Monday, April 30, 2012

4 CARA TIDUR

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.

2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.


3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.

4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka. 

-ustaz azhar idrus-

pelajari sesuatu sebelum terlewat
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Atheis vs Ulama

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

ada suatu hari, seorang atheis mencabar beberapa ulama untuk berdebat tentang wujudnya ketuhanan. ramai ulama tertewas. pada suatu hari, raja menyuruh seorang ulama terbesar ini untuk berdebat dengan si atheis. ulama tersebut bersetuju dan mencadangkan perdebatan berlaku di satu tempat pada waktu pagi.

tibalah hari yg dijanjikan. atheis dan beberapa orang yg hadir menunggu kedatangan ulama tersebut pada pagi itu. setelah lama menunggu ulama tersebut masih belum hadir. sampai la tengahari sehinggakan org ramai menyangkakan ulama tersebut lari menyerah kalah. secara tiba2, ulama itu muncul sambil meminta maaf kepada si atheis.


"maafkan aku kerana terlambat. sebenarnya rumahku terletak di tepi seberang sungai. malangnya jambatan sungai tersebut tiba2 runtuh. aku termangu2 seketika tak tau nak buat apa. tapi, tiba2 saja sebatang pokok yg besar tumbang. selepas tumbang, tiba2 batang pokok tersebut tercabut sedikit demi sedikit dengan sendirinya dan tiba2 menjadi sampan dan dayung. dengan sampan tersebutlah aku menyebarangi sungai..."

"KAU BOHONG!! mana mungkin semua itu terjadi dengan sendiri secara tiba2!! mustahil la tiba2 semua tu terjadi dengan sendiri!!" marah si atheis kerana berasakan dirinya ditipu bulat2

"maka, begitu la juga dengan alam ni. mana mungkin alam yang hebat ini boleh terjadi dengan sendirinya secara tiba2. mestilah ada pencipta dan pengatur disebaliknya. maka pencipta itu lah tuhan, Allah yang Maha Berkuasa.." ujar ulama' tersebut

atheis itu terdiam dan menyerah kalah.. -ustaz azhar idrus-

sujudlah kepada Allah
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

bila kita berkahwin kerana Allah

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Bila kita berkahwin kerana Allah...walau tak pernah kenal..tak pernah bercinta..tak pernah dating....

Lepas saja lafaz ijab dan kabul, Allah akan campakkan rasa sayang, cinta dan rindu dalam hati kita dan pasangan...


Si suami automatik akan rasa bertanggungjawab untuk melindungi isteri dan si isteri akan automatik menjadi taat kepada suami...

Sebab tu banyak kes orang yang bercinta lepas kahwin, bahagianya lebih dahsyat dari yang dah bercinta bertahun-tahun... :)

-ustaz azhar idrus-

berkahwinlah kerana Allah
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Sunday, April 29, 2012

Ketika Kita Mengeluh

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ



Ketika kita mengeluh : “ Ah, tak mungkin kot... ”. 
اَللّهُ menjawab : “ Jika AKU menghendaki, cukup Ku berkata “Jadi”, maka jadilah "

Ketika kita mengeluh : “ Beratnya dugaan ni, x sanggup aku ... ”. 
اَللّه menjawab : “ AKU tidak membebani seseorang, melainkan sesuai kesanggupan ”

Ketika kita mengeluh : “ serabutnyaa ... ”.
اَللّهُ menjawab : “ Hanya dengan mengingatku hati akan menjadi tenang ”

Ketika kita mengeluh : “ aku sedih sangat... ”. 
اَللّهُ menjawab : “ La Tahzan, Innallaha Ma’ana. Janganlah kamu berduka cita, sesungguhnya Allah bersama dengan kita "

-ustaz azhar idrus-

usahlah mengeluh
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Mengapa wanita sering menangis ya Allah ?

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Mengapa wanita sering menangis ya Allah ?


JawabNya:-

Kerana wanita itu unik

Aku ciptakan ia sebagai makhluk yang unik.

Aku kuatkan bahunya untuk menjaga anak-anaknya.

Aku lembutkan hatinya untuk memberi rasa aman.

Aku kuatkan rahimnya untuk menyimpan benih manusia.

Aku teguhkan peribadinya untuk terus berjuang saat yang lain menyerah.

Aku beri dia naluri utk mencintai anak-anak dalam keadaan apapun.

Aku kuatkan batinnya untuk tetap menyayangi walau dikhianati oleh orang-orang yang ia sayangi.

Wanita makhluk kuat, tapi jika satu saat dia menangis, itu kerana Aku memberi dia air mata untuk membasuh luka batin dan memberi kekuatan baru

-ustaz azhar idrus-

sesungguhnya Kau Maha Pencipta
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Saturday, April 28, 2012

adat orang kita. buat ini salah, buat itu pun salah

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

» » KAHWIN HANTARAN MAHAL « «
••► ish..mahalnya?nak jual anak apa?

» » KAHWIN HANTARAN MURAH « «
••► ish..murahnya hantaran,mesti pihak laki orang miskin sebab tu dia letak hantaran murah ja..


» » KAHWIN UMUR MUDA « «
••► ish..muda-muda dah kawin,ni mesti ade buat benda tak baik ni..entah-ntah dah mengandung..

» » KAHWIN UMUR LAMBAT « «
••► ish..dah tua baru nak kawen,tu la muda-muda tak nak kawen..org da beranak-pinak dia bru nak kawen..tak laku kot..

» » KAHWIN BUAT MAJLIS KECIL « «
••► ish..ni kawen ke ape?kedekutnya,makanan pun ntah pape bukan selalu, buatlah besar sikit..

» » KAHWIN BUAT MAJLIS BESAR « «
••► ish..besarnye majlis,kalah anak Datuk..nak berlagaklah tu,macam anak die je nak kawin kat dunia ni..

ஜ۩۩ஜ BERSANGKA BAIKLAH..JANGAN DENGAR KATA ORANG,DENGAR KATA ALLAH SWT..HIDUP INSYAALLAH BAHAGIA..NAK KAHWIN TAK SUSAH TAPI MEREKA DAN KITA YANG BUAT KAHWIN JADI SUSAH ஜ۩۩ஜ

diikutkan hati mati
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Bila kamu banyak post tentang NASIHAT:


بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ


Bila kamu banyak post tentang NASIHAT:


Biar orang kata kamu POYO..
Biar orang kata kamu BUAT-BUAT ALIM..
Biar orang kata kamu nak TUNJUK HEBAT..
Biar orang kata kamu BERLAGAK BAIK SANGAT "LERW TUE"..
Biar orang kata kamu NAK JADI USTAZ "LERW TUE"..
Biar orang kata kamu APA-APA SAHAJA..

Ingatlah sahabat...sekurang-kurangnya kamu telah meLAKSANAkan salah satu HAK MUSLIM ke atas MUSLIM yang lain..kamu tak akan diPERSOALkan Allah lagi... biar manusia memPERSOAL kamu di DUNIA, jangan sampai Allah memPERSOAL kamu di AKHIRAT...


sampaikanlah ilmu
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

SUNNAH KETIKA MENGUAP : TUTUP MULUT KETIKA MENGUAP

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Daripada Abu Hurairah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda: Menguap dari syaitan,apabila seseorang daripada kamu menguap hendaklah ia menahan seberapa boleh, jika kamu berkata: Haaaa ( bunyi suara dari menguap ), syaitan pasti ketawa. (Riwayat Muttafaqun Alaihi)


Menguap ketika solat.
Nabi bersabda, “Menguap ketika solat itu daripada syaitan. Oleh itu, apabila kamu terasa ingin menguap, maka hendaklah berusaha menahannya.”
(HR At-Tirmizi).

** Menutup tangan mulut dengan belakang tangan kiri ketika menguap dan jangan mengeluarkan bunyi hembusan angin yang keluar.

bentuklah dirimu
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Friday, April 27, 2012

AMALAN SUPAYA ANAK TIDAK DEGIL

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

1. Semasa anak, isteri @ suami kita sedang tidur inilah waktu yang paling sesuai terutamanya diwaktu dua pertiga malam, kerana fikiran bawah sedarnya (subconscius mind) adalah paling optimum ketika ini. Yang tidur hanyalah conscius mind (minda sedar).

2. Sentuhkan ibu jari anda ke langit-langit dan kemudian sentuhlah dengan halus ibu jari anda ke ubun-ubun orang yang ingin anda nasihati.

3. Semasa ibu jari diatas ubun-ubun selawatlah ke atas junjungan Nabi Muhammad dan bacalah surah al fatihah. Kemudian terus dengan berzikir didalam hati dan jangan putuskan zikir anda.


4. Angkat ibu jari anda, kalau boleh janganlah diputuskan zikir didalam hati dan bercakaplah dengan suara yang agak perlahan agar tidak sampai mengejutkanya. Beritahulah apa yang ingin anda beritahunya. Kebiasaannya nasihatinya agar tidak selalu melewatkan solat, banyakkan berselawat, banyak bersabar. Nasihatilah orang yang anda sayangi dengan apa sahaja nasihat yang anda inginkan. Jangan putuskan zikir anda, supaya zikir itu masuk bersama dengan nasihat anda.

5. Anda akan dapat melihat reaksi yang dia sedang menerima pernyataan anda iaitu kelopak matanya bergerak-gerak. Insyallah anda berjaya dengan kaedah ini dengan pertolongan Allah SWT.

Pernah di zaman Imam Abu Hanifah (Hanafi An Nu'man), seseorang pernah bertanya kepada bapa Imam Abu Hanifah. "Tuan, bagaimanakah tuan mendidik Hanafi sehingga begini istimewa jadinya. Jawab bapa Imam Abu Hanifah "saya didik Hanafi 40 tahun sebelum dia dilahirkan". Kalau didengar pernyataan ini tentu aneh bagi kita bukan. Bagaimana mungkin manusia yang belum dilahirkan sudah dididik. Namun apa yang ingin disampaikan oleh Tsabit (bapa Imam Abu Hanifah) ialah dia sendiri telah diasuh, manakala isterinya juga sudah dididik dan Hanafi sendiri sudah dididik sejak dari kandungan lagi.

*Mengikut logik akal, acuan yang bulat mana mungkin menghasilkan kuih segiempat. Begitu juga dengan anak dan isteri kita. Mereka adalah cermin kepada diri kita sendiri.


didiklah dari rebung
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

realiti yang mencuit hati.


بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

sejak semalam, cx rajin pula blogwalking. membaca sana-sini. follow sana-sini. komen sana-sini. huhu. sedang cx online fB, secara tiba-tiba ternampak gambar yang mencuit hati. huhu. jom cx kongsi dengan korunk. :) boleh mati kejap woo. huhu


Thank You For Shopping With Us Today!
Your Cashier Was GAY .
#HAHA!


No Parking? #haruslahkan ;p

ceriakanlah harimu
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

bekas tisu yang unik


بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ





sangat unik. heheh. kalau ada di Malaysia, cx nak satu. heheh

keunikan menambat hati
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Syaitan Di Atas Pintu Masuk Rumah


بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

apa khabar semua rakan-rakan blogger? :) cx tadi berblogwalking, then terjumpa satu entry berkenaan SALAM yang diberikan. selama ni cx memang tak tahu. setelah baca entry beliau, cx baru ilmu baru. so cx nak kongsi dengan kalian. sebelum itu, TERIMA KASIH kepada INDAHITUKAMU yang sudi share ilmu ni:)


melalui entry beliau, beliau ada menyatakan bahawa menurut sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yang duduk diatas pintu rumah.  tugasnya adalah untuk menanam keraguan dihati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan dihati isteri terhadap kejujuran suami diluar rumah.  sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah sehingga baginda mendengar jawapan salam daripada isterinya.  di saat itu, syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu.

blogger tersebut juga turut berkongsi pesanan daripada Dato' Dr. Fadzillah Kamsah, suami isteri sebelum masuk ke dalam rumah, apabila berada di depan pintu rumah, baca BISMILLAHIRAHMANIRAHIM 3x, selepas itu, MEMBERI SALAM, dan SENYUM DI MUKA PINTU, kemudian baru masuk kedalam rumah.  kerana kata beliau, di muka pintu itu ada syaitan yang menunggu untuk mengganggu gugat rumahtangga kita. :)

marilah sama-sama kita kongsikan ilmu ini. terima kasih kepada INDAHITUKAMU :)

amalkanlah amalan yang baik
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Thursday, April 26, 2012

INFO: Mengenali berus bulu BABI

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ


BRISTLE (Berus daripada bulu babi)

Bulu babi atau babi hutan dipanggil "Bristle" kerana bentuk mereka yang keras dan kasar. Hujung bulu babi ini mempuyai sifat yang unik iaitu hujungnya akan bercabang (split ends). Bristle daripada wilayah Chungking China adalah yang terbaik untuk digunakan untuk mengecat.

Berus bulu kambing atau biri-biri

Berus bulu kambing atau biri-biri banyak digunakan untuk kaligrafi. Hujungnya tidak bercabang seperti bulu babi. Bulu kambing atau biri-biri ini mempunyai hujung yang tajam.

Maha Suci Allah yang menjadikan bulu babi berbeza daripada bulu binatang lain. 


berhati-hatilah umat Islam
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Kisah Rasulullah Sebagai Pengajaran

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

1) Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual.

2) Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina 'Aisyah menceritakan 'Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga..

3) Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang. 


4) Pernah baginda bersabda, 'sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik,kasih dan lemah lembut terhadap isterinya.' Prihatin, sabar dan tawadhuknya baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin umat. 

5) Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah seorang tua yang dipenuhi kudis, miskin dan kotor. 

6) Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt dan rasa kehambaan yang sudah sebati dalam diri Rasulullah saw menolak sama sekali rasa ke tuanan.

7) Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung tidak dijadikan sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika di depan ramai mahupun dalam keseorangan.

8) Pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk baginda, baginda masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari, terus-menerus beribadah hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak.

contohhilah sifat yang terpuji
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

4 Alasan Ditolak Diakhirat

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Pada hari kiamat Allah SWT akan menolak alasan empat orang dengan empat iaitu:

Menolak alasan orang-orang kaya dengan nabi Muhammad AS, jika si kaya berkata, “Kekayaan itulah yang menyebabkan aku sibuk sehingga tidak sempat beribadat.” Maka dijawab Allah SWT, “Engkau tidak lebih kaya daripada Sulaiman tetapi kekayaannya tidak melupakannya dari ibadat.”


Jika hamba sahaya berkata, “Kerana saya sebagai hamba sahaya maka tidak dapat bebas untuk beribadat kepadaMu.” Maka Allah SWT menjawab, “Yusuf AS menjadi hamba sahaya tetapi kehambaannya tidak menghalangi untuk melakukan ibadat.”

Jika si miskin berkata, “Kemiskinanku itulah yang menghalangi untuk beribadat kepadaMu.” Maka Allah SWT menjawab, “Engkau tidak lebih miskin dari Isa AS tetapi Isa AS tidak terhalang untuk melakukan ibadat.”

Jika terhadap orang yang sakit dengan Nabi Ayyub AS. Jika si sakit berkata,
“Penyakitku itulah yang menghalangi aku untuk beribadat.” Maka Allah SWT menjawab, “Penyakitmu tidak lebih berat dari penyakit Ayyub AS tetapi ia tidak terhalang untuk beribadat kepadaKu.”

patuhlah arahanNya
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

"SEGMEN NASZ : FOLLOW DAN COMMENT"


بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

dah lama tak join segmen Nasz. hehe. so today, cx nak join. korunk nak join tak? simple jerk segmennya :) ayuh!

click here
due:
11.00 malam
(26hb April 2012)

salam perkenalan
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

hentilahkanlah airmatamu

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Suatu hari, seorang anak muda yang sedang putus cinta menangis buaian satu sudut sebuah taman permainan. Tiba-tiba datanglah seorang Pakcik tua lalu bertanya kepadanya, 

“Kenapa kamu menangis wahai anak muda?.. hentikanlah air matamu. ”

Anak muda itu menjawab, “ Aku sangat sedih , kerana dia meninggalkan aku. ”

Lalu Pakcik tua itu tertawa sambil berkata, “Wahai anak muda... kamu bodoh sekali! ”


Pemuda itu tersentak lalu bertanya kepadanya, Kenapa berkata begitu.? Aku sedang putus cinta dan sudah cukup menyedihkan bagiku, tidak mengapa andai Pakcik tidak mahu memujukku , tetapi jangan sesekali mentertawakan aku. ”

“ Bodoh!.. sebenarnya kamu tak perlu bersedih, kerana yang harus bersedih adalah dia,” kata Pakcik tua itu.
Pemuda itu hairan lalu bertanya lagi, “Kenapa dia yang perlu bersedih, bukankah dia yang meninggalkan aku? ”

“ Kamu hanya kehilangan orang yang TIDAK mencintaimu, tapi dia kehilangan orang yang SANGAT mencintainya,” jawab Pakcik tua lantas menepuk bahu anak muda itu dan terus berlalu pergi.


hargailah cinta yang hadir
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Wednesday, April 25, 2012

SEGMEN : JOM TINGKATKAN FOLLOWER DAN TRAFIK BLOG


بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

dah lama tak join segmen... rindu lak nak bersegmen ni.. hehe... (gary, April 2012) 

click here :)
due date :
 25 APRIL 2012
(cx tak tahu due time, so, cx join sajo. hee)

eratkanlah silaturrahim kita
"lahirnkanlah keikhlasan dihatimu"

PANDUAN IMAM AL-GHAZALI SUPAYA TIDAK BERSIFAT SOMBONG DAN ANGKUH

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ


1. Jika berjumpa dengan kanak-kanak, anggaplah kanak-kanak itu lebih mulia daripada kita, kerana kanak-kanak ini belum banyak melakukan dosa daripada kita.

2. Apabila bertemu dengan orang tua, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana dia sudah lama beribadat.

3. Jika berjumpa dengan orang alim, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana banyak ilmu yang telah mereka pelajari dan ketahui.

4. Apabila melihat orang jahil, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka membuat dosa dalam kejahilan, sedangkan kita membuat dosa dalam keadaan mengetahui..

5. Jika melihat orang jahat, jangan anggap kita lebih mulia kerana mungkin satu hari nanti dia akan insaf dan bertaubat atas kesalahannya.

6. Apabila bertemu dengan orang kafir, katakan didalam hati bahawa mungkin pada suatu hari nanti mereka akan diberi hidayah oleh Allah dan akan memluk Islam, maka segala dosa mereka akan diampuni oleh Allah

belajarlah meniti langkah
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Saturday, April 21, 2012

Hiasilah Peribadimu


بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ


:: apa yang kamu peroleh adalah sebahagian daripada dirimu. pasanganmu adalah peribadimu yang sebenar. maka coraklah peribadimu seeloknya agar kedua-dua peribadi itu mampu membentuk dan saling melengkapi ::

aku mencintaimu kerna agamamu
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

4 Malaikat Diutus Ketika Jatuh Sakit

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Apabila seorang hamba Allah jatuh sakit , Allah akan utuskan 4 malaikat :


1. Malaikat Pertama akan mengambil SELERA MAKANNYA .
2. Malaikat Kedua akan mengambil REZEKINYA .
3. Malaikat Ketiga akan mengambil KECANTIKAN WAJAHNYA ( pucat ) .
4. Malaikat Keempat akan mengambil DOSANYA . 

Apabila telah sampai waktu yang telah Allah tetapkan untuk hambaNya kembali sihat , Allah akan menyuruh Malaikat Pertama , Malaikat Kedua dan Malaikat Ketiga supaya memberi balik apa yang telah diambil oleh mereka . 

Akan tetapi Allah tidak menyuruh Malaikat Keempat memberi balik dosa hambaNya tersebut . Jadi , janganlah kita membenci kesakitan , sesungguhnya setiap kesakitan itu adalah penghapus segala dosa .. Subhanallah...


usah dipersoal hukum Allah
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Friday, April 20, 2012

CX Blogger Pilihan Chegu Zubir

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

click here to fly without wings

url CX:

due:
JUMAAT jam 12 tengah malam bersamaan 20 April 2012 

join segment
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Thursday, April 19, 2012

4 Api Kubur Dipadam 4 Amalan

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Riwayat dalam kitab Jauhar Mauhub (m/s. 55) apabila dihantar mayat ke dalam kubur, akan datang kepadanya empat api, maka:



Api Pertama:
akan dipadam oleh SOLATNYA

Api Kedua:
akan dipadam oleh PUASANYA

Api Ketiga:
akan dipadam oleh SEDEKAHNYA

Api Keempat:
akan dipadam oleh SABARNYA.

timbalah amalanmu
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Wanita Cantik

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Wanita cantik ialah:


1.Melukis kekuatan melalui masalah

2.Tersenyum saat tertekan

3.Tertawa saat hati sedang menangis

4.Tabah di saat terhina

5.Mempersona kerana memaafkan

6.Mengasihi tanpa balasan

7.Bertambah kuat dalam doa & pengharapan Ilahi

jadilah wanita yang cantik
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Wednesday, April 18, 2012

#6'12 Wordless Wednesday

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ


jadilah idaman kumbang yang setia
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Harapan Wanita Untuk Jodohnya

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

apa harapan kita sebagai wanita untuk jodoh kita? :) antara yang dapat cx share. kita manusia dan harapan kita juga berbeza kan? :) 


  • Solat fardhu cukup 5 waktu.Jenis tak cemburu buta sangat. Cemburu macam ni ok, “Ehemm..ramainya kawan laki kat opis.. Jangan sampai lupa abang taw..” 
  • Dia sentiasa nak berubah bersama-sama isteri dan anak-anak dia. Berubah jadi lebih soleh dari sehari ke sehari. 
  • Boleh susah senang bersama. Kalau isteri nangis, dia tolong riba isteri dan tenangkan. Kalau isteri sakit, dia tolong jaga dari malam sampai pagi. 
  • Dia paham kamu, kamu paham dia. Paham jiwo gitu. Serasi bersama. Berbeza tapi boleh masuk.
saling melengkapilah
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Cara Menjadi Isteri Dambaan Suami

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Sebagai seorang suami, ciri-ciri di bawah ini akan menjadikan anda wahai isteri-isteri, seorang yang bakal disayangi sepenuhnya oleh suami. Tetapi dengan syarat anda mesti cuba untuk menjadikannya kenyataan.


1. Isteri yang cerdik
Dengan erti kata bukan cerdik dari sudut akademik. Gulungan ijazah bukanlah kejayaan yang perlu anda tonjolkan untuk menjadi isteri dambaan suami. Isteri yang cerdik akan benar-benar mengenali siapakah suaminya, tahu bagaimana mengambil hati suami di waktu sedih, pandai mengangkat suami di pandangan orang lain, tidak hanya merajuk untuk mendapat perhatian dari suami. Wahai isteri-isteri anda sebenarnya mampu lakukan ini!

2.’Assistant’ dalam pengurusan kewangan keluarga
Jangan menjadi seorang isteri yang hobinya suka shopping. Anda sebenarnya mula memeningkan suami. Lebih-lebih lagi bajet kewangan suami anda adalah di luar kemampuannya. Sebagai seorang isteri andalah yang menjadi pembantu dalam perancangan ekonomi keluarga. Anda mungkin membantu jika anda juga bekerja. Tetapi bagaimana jika anda suri rumah sepenuh masa? Jika anda tidak berkemampuan untuk membantu meningkatkan ekonomi keluarga, biarlah sekurang-kurangnya anda menjadi pengurus yang bijak terhadap bajet bulanan yang diberikan oleh suami anda.

3. Manager dalam segala hal
Suami diberikan kuasa untuk memimpin kerana suami lebih rasional dalam membuat keputusan. Tetapi tidak dapat menguruskan semua perkara tanpa adanya isteri. Maka andalah wahai isteri-isteri yang perlu menjadi ‘manager’. Makan pakai suami, anak-anak, kebersihan rumah, perbelanjaan rumah dan perkara-perkara kecil yang diperlukan dalam kehidupan berkeluarga tidak akan dapat diuruskan tanpa bantuan isteri. Anda perlu mula memahami hakikat ini kerana sekiranya anda mampu menguruskan semuanya dengan cekap dan baik maka sudah pasti apabila suami anda pulang dari bekerja, beliau akan memberikan senyuman yang sempurna kerana menghargai anda.

4. Selalu di belakang suami
Ramai isteri mengharapkan suami berada selalu di samping mereka. Tetapi mereka terlupa bahawa ramai suami lari dari isteri kerana isteri mereka tidak pernah berada di belakang mereka. Seorang isteri perlu menjadi penenang kepada suami, berikan suami kata-kata semangat dan pelukan di saat emosi mereka jatuh. Sekiranya anda mampu berbuat demikian, percayalah bahawa tidak akan ada wanita lain di mata suami anda. Berikan sokongan dan galakan walaupun mungkin ada perbezaan pada minat dan hobi anda berdua.

5. Menjaga perut suami dan anak-anak
Yang ini seharusnya seorang isteri tidak dapat tidak mesti tahu memasak. Bahkan kalau mahukan kasih sayang lebih dari suami kena tahu apa masakan kegemaran suami. Walaupun mungkin masakan anda tidak sehebat masakan chef, tetapi hakikatnya suami tetap mahukan air tangan isterinya dalam menyediakan makanan. Tangan seorang isteri sudah tentu bukan sahaja menyediakan yang terbaik dalam menu untuk keluarganya, tetapi juga sudah pasti isteri yang hebat akan berdoa untuk setiap usaha menyediakan makan minum suaminya.

6. Pandai jaga diri
Isteri perlu pandai jaga diri dan famili. Maklumlah mungkin ada ketikanya suami ‘out station’ kerana berkursus atau atas urusan kerja yang lain. Maka sudah tentu isteri yang pandai jaga diri dan famili akan memberikan kelegaan di hati suami.

7. Perunding imej
Kalau suami anda nampak hensem di pejabat, sebenarnya isterilah yang mendapat pujian. Terutama di pandangan mata orang-orang tua. Sebab itu isteri perlu tahu menjaga imej suami. Bila digelar sebagai perunding imej suami, maka isteri juga perlu lebih-lebih lagi pandai mengurus
imej diri. Jangan hanya nampak cantik ketika berada di luar rumah, sedangkan ketika di rumah baju T-shirt dan kain batik menjadi pakaian utama. Cuba ubah situasi ini jika anda ingin menjadi isteri dambaan suami anda.

8. Menjaga keluarga mertua
Tidak dapat tidak untuk menjadi isteri dambaan suami, jangan hanya menyayangi suami anda akan akan bahagia. Anda perlu menjaga hati semua ahli keluarga sebelah suami anda. Percayalah anda benar-benar menjadi dambaan suami apabila anda mengambil berat tentang sakit demam mertua anda. Anda menjaga mertua anda seperti ibu kandung sendiri. Kerana itu semua akan membuatkan suami anda rasa dihargai dan menerima dirinya dan keluarganya.

InsyaAllah dengan izinNya
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Rahsia Cinta

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ


1. Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja masing-masing.

2. Jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk tugasan luar daerah, tambah rutin harian tadi dengan pelukan dan ciuman di bibir.

3. Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang dilakukan.

4. Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti I love you sepenuh hati sebelum keluar kemana-mana, menamatkan perbualan di telefon dan sebelum tidur.

5. Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan.

6. Luangkan masa untuk berbual tentang apa sahaja dari isu rumah tangga hinggalah politik semasa sebelum tidur.

7. Biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makan serta tidak segan atau geli untuk menghabiskan makanan atau minuman isteri atau suami.

8. Sesekali buatlah kejutan seperti membeli hadiah atau kad untuk peristiwa tertentu, memakai pakaian dalam yang seksi atau apa sahaja yang anda tahu pasangan pasti menyukainya.

9. Senda gurau dalam rumah tangga amat penting, ceritalah sesuatu yang kelakar, teka teki atau apa sahaja yang membolehkan anda ketawa bersama.

10. Sentiasa kenang pengorbanan masing-masing seperti susah payah isteri melahirkan anak dan suami yang berkerja keras menyara keluarga.

11. Sesekali tukar gaya penampilan agar ada kelainan serta untuk mengelakkan pasangan merasa jemu.

12. Apa sahaja masalah yang timbul, berterus terang dan berbincang bersama untuk menyelesaikannya.

Aku Cinta Padamu
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Tuesday, April 17, 2012

sifat isteri solehah

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

kita pasti berimpian untuk menjadi isteri yang solehah bukan? :) entry kali ni, cx share sifat-sifat isteri solehah beserta dengan syaratnya jika ingin menjadi isteri yang solehah. moga kita bersama-sama tergolong dalam golongan yang menjadi isteri solehah :) Amin.


Pertama dan kedua, berkhidmat dengan rasa puas serta taat dengan baik kepadanya (suami).

Ketiga dan keempat, memerhatikan tempat pandangan matanya dan bau yang diciumnya. Jangan sampai matanya memandang yang buruk daripadamu dan jangan sampai dia (suami) mencium kecuali yang harum daripadamu.

Kelima dan keenam, memerhatikan waktu tidur dan waktu makannya (suami) , kerana lapar yang berlarutan dan tidur yang terganggu dapat menimbulkan rasa marah.

Ketujuh dan kelapan, menjaga hartanya dan memelihara kehormatan serta keluarganya. Perkara pokok dalam masalah harta adalah membuat anggaran dan perkara pokok dalam keluarga adalah pengurusan yang baik.

Kesembilan dan kesepuluh, jangan membangkang perintahnya (suami) dan jangan membuka rahsianya. Apabila kamu tidak mentaati perintahnya, bererti kamu melukai hatinya. Apabila kamu membuka rahsianya kamu tidak akan aman daripada pengkhianatannya.

Nasihat di atas seharusnya diterima dengan beberapa asas penting:
> l Suami yang dicari adalah suami yang beriman lagi taat kepada perintah Allah.
> l Ketaatan kepada suami adalah wajib dengan syarat beliau tidak melakukan perkara yang bertentangan dengan syariat Allah.
> l Begitulah hukum Allah, di sana sentiasa ada ‘dua bahagian muka syiling’. Kalau diperhati setiap nasihat di atas, perbuatan kita yang positif akan menghasilkan reaksi dan tindak balas positif juga dengan izin Allah.

moga kami tergolong dalamnya
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

15 PESANAN RASULLULAH KEPADA SAIDINA ALI R.A :

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Saidina Ali r.a berkata bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda "ertinya : "Jika umatku telah melakukan 15 perkara, maka pasti ditimpa bala ke atas mereka. 

1- Jika kekuasaan itu dianggap keuntungan .

2- Amanah itu dianggap seperti ghanimah .

3- Zakat itu dianggap kerugian (cukai ) .

4- Orang lelaki tunduk pada isterinya.

5- Anak-anak menderhakai ibu-bapanya

6- Taat menurut pada kawannya .

7- Membenci ayahnya .

8- Bersuara keras ( menjerit-menjerit ) di dalam masjid .

9-Pemimpin sesuatu kaum itu orang yang rendah budinya .

10-Orang ditakuti kerana kejahatannya .

11- Berleluasa minuman Khamer ( arak ) .

12- Banyak pakaian sutera dipakai oleh kaum lelaki .

13- Bertambah ramai artis-artis ( pelakon dan penyanyi ) wanita .

14- Berleluasa permainan muzik .

15- Umat hari ini mengutuk ( mengecil-mengecil dan menghina ) umat permulaan ( yakni di kalangan para sahabat , tabi'in dan para imam-imam mujtahid) .

Bila semua itu berlaku , Allah akan turunkan azab berupa angin merah, gempa atau runtuhan ( tanah dan bangunan) atau kemusnahan . - ( HADIS RIWAYAT AT-TIRMIZI )

bertaubatlah selagi ada peluang
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

ciri lelaki yang bersedia untuk bernikah

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ


  1. Karier dan materialnya sudah agak mantap sehingga dia memiliki rasa kepercayaan diri yang tinggi untuk bernikah.
  2. Dia tidak mengelak apabila diajak untuk menemui orang tua anda, juga tidak berasa segan untuk memperkenalkan anda kepada orang tuanya.
  3. Dari perbualan atau perbincangan yang sering anda lakukan berdua, masalah perkahwinan merupakan topik yang paling disukainya.
  4. Suka melakukan perkerjaan sebagai mana layaknya seorang suami, seperti menghantar dan menunggu anda sewaktu anda berbelanja.
  5. Tidak pernah berusaha mengajak anda untuk melakukan hubungan yang lebih intim yakni mengadakan hubungan seksual sebelum waktu.
  6. Suka bergaul dengan anak-anak kecil dan suka berkata bahawa dia ingin mempunyai seorang anak seperti anak yang dikaguminya.

doa adalah senjata utama
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Monday, April 16, 2012

Pilihan Orang Bijak

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ


Assalammualaikum para sahabat. ramai orang dengan tidak sedar memilih untuk bersedih, derita, stress, boring dan dibenci orang lain. orang yang bijak memilih untuk bahagia dengan banyak berdoa, yakin yang Allah Maha Pengasih dan beri kita yang terbaik, redha dengan setiap yang berlaku, cari hikmah dalam semua hal, banyak senyum, bantu orang, belanja orang, maafkan orang, pakai minyak wangi, solat taubat, istighfar, tengok kartun, syukur dengan apa yang di depan mata, buat kebaikan, nasihatkan orang, dan sebagainya. orang bahagia InsyaAllah sihat, orang sayang mudah buat keputusan, berjaya dalam pelajaran dan kerjaya, hidup berkat, tinggalkan legasi hebat dan Allah redha. Wassalam. -fbDHMFK

bersangka baik dan jadilah orang yang bijak
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Prinsip dan Garis Hidup

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ


Assalamu'alaikum para shbt. Prinsip hidup yang Allah gariskan: Man Jadda Wa Jada = Tiada siapa yg boleh ubah diri kita kecuali kita sendiri. So jangan buat atau cari sebarang sebab atau alasan untuk tidak berubah ke arah yang lebih cemerlang, untuk tidak bahagia, berdendam, merajuk, bersangka buruk, masam muka, menyesali nasib, rasa tertipu, etc. Ingat: Bila kita berubah dalaman & luaran, Allah akan ubah semua org & semua makhluk di sekitar kita. Nasib & segala aspek diri kita juga akan berubah ke arah yang lebih positif. Moga Allah jadikan kita orang-orang yang dirahmati. Wassalam.

-fb's DHMFK-

berubahlah demi kebaikan
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Cara Terbaik Bahagiakan Diri

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ



Asssalammualaikum para sahabat. cara terbaik untuk bahagiakan diri ialah dengan berbuat baik dan bahagiakan orang lain. mulai hari ini, mari kita azam untuk tekankan butang lif atau bukakan pintu untuk orang lain, bantu orang melintas jalan, belikan air untuk kawan atau pengawal kes, tunjukkan jalan orang yang sesat, bawa kuih untuk member di pejabat, dengar cerita kawan dengan teliti, kutip sampah di sekitar anda, beri tip kepada waiter di restoran, bersihkan toilet untuk pengguna selepas anda, message 'I Love You' kepada orang tersayang, message "I'm Sorry" kepada orang yang anda lukai, message "Thank You" kepada yang membntu anda, telefon ibu bapa, aidk beradik atau kawan lama, dan sebagainya. Wassalam


what you give, you get back
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Sunday, April 15, 2012

8 Niat Ketika Berwuduk

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".

2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan,
... "Ya Allah, putihkanlah >mukaku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".

3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku di tangan kanan ku ini".

4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini".

5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, lindunglah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu".

6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini".

7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan.
"Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim".

8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat".

-tq to Hamba Allah for this sharing-

bersihkanlah hatimu
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

TIPS DAN PANDUAN MENGGUNAKAN FACEBOOK

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

kita ni sekarang makin maju dan pantas, segala kemudahan telah disediakan untuk kita berkomunikasi antara satu sama lain, namun awas! setiap yang wujud didunia ni, ada pros and cons. so, berhati-hati ya kawan-kawan. limit yourself. :)

1. Jangan gunakan password yang lemah.

2. Jangan berikan tarikh lahir yang tepat dalam Profile

3. Jangan pandang remeh kebaikan yang ada dalam Privacy Controls.

4. Jangan masukkan nama-nama penuh anak anda (mahupun nama penuh kawan-kawan anda) dalam Photo Caption.

5. Jangan beritahu semua orang "You ll Be Away From Home".

6. Jangan biarkan search engines mencari anda.

7. Jangan biarkan anak anda menggunakan Facebook tanpa dikawal atau dipantau.


Walaupun kesemua perkara ini nampak remeh, banyak kes berlaku bermula dengan Facebook.  Bijaksanalah dalam penggunaan Facebook. apa yang penting sekarang adalah diri kita sendiri. we will make a decision for ourself. if we love ourself, we will make a good decision. :) -source

love yourself
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Pokok Gharqad @ Pokok Yahudi

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

apa khabar semua? semoga sihat sentiasa. hari ni cx nak cerita tentang pokok gharqad. korunk tahu tak pokok apa ni? pernah dengar hadis Nabi s.a.w tentang kedatangan hari kiamat? sebelum hari kiamat berlaku, akan ada perang antara orang Islam dengan Yahudi yang diketuai oleh Dajjal. 

ketika peperangan, Allah yang Maha Kuasa telah menjadikan semua tumbuhan dan pokok-pokok bercakap.  semua pokok akan membantu orang Islam dengan memberitahu kewujudan orang Yahudi yang bersembunyi dikawasan berdekatan atau belakang mereka (pokok).  CUMA.. ada satu pokok yang tidak akan bersuara dan membantu orang Yahudi dengan memberi perlindungan kepada mereka. 


Rasulullah S.A.W bersabda dalam sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Muslim dan al-Tirmidhi bermaksud 

"Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah orang-orang Islam akan memerangi Yahudi. Orang-orang Islam akan memerangi (membunuh) Yahudi dan mereka akan bersembunyi di sebalikk batu-batu dan pokok. (Ketika itu) Batu dan pokok akan akan bersuara 'Wahai muslim! wahai hamba Allah! di belakangku ini ada Yahudi, marilah bunuhnya', kecuali POKOK GHARQAD (yang tidak bersuara), kerana sesungguhnya ia merupakan pokok Yahudi". (no 7523 , riwayat Muslim)"

korunk tahu tak? sekarang ni, orang Yahudi giat menanam pokok Gharqad ni secara berleluasa? katanya menanam pokok ni untuk kempen bumi hijau? haaa.. gerun bila cx dapat tahu perkara ni. nak tahu lebih lanjut? korunk boleh baca dekat SINI. if korunk tak baca, korunk rugi. seriously rugi. 

Allah Maha Mengetahui
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Saturday, April 14, 2012

creative thinking out of box

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

hye everyone. :) tadi cx blogwalking . then nak tahu apa yang cx jumpa? hehe. sangat teruja. mulanya cx tak berapa nak faham tapi bila tengok gambar yang dipaparkan, sangat menguajakan. kreatif sungguh. korunk nak tahu apa yang cx cakap ni? ok, tajuk gambar adalah TERATUR LEBIH BAGUS. cuba tengok gambar dekat bawah ni. :)

tidak teratur

lebih teratur. huhu
hehe pada cx, ianya sangat comel. bukan setakat ini sahaja tau, ada yang sampaikan kereta yang diparking pun diatur mengikut warna. haha. lawak gila. orang dekat tepi pantai pun disusun. haha. ok2. kalau korunk nak tengok lagi, korunk boleh terjah blog Ohsenyum :) okbai#

senyumanmu menyinar
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Friday, April 13, 2012

Petua Memilih Kawan dari Imam al-Ghazali

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Imam al-Ghazali ada menerangkan tentang kawan yang baik dan kawan yang tidak baik..

Pertama :
PILIH kawan yang berakal.
JANGAN pilih kawan yang bodoh kerana akan menjadi musuh dan menyakitkan hati.

Kedua :
PILIH kawan yang berakhlak.
JANGAN pilih kawan yang jahat kerana akan dirangsang nafsu jahatnya itu..


Ketiga :
PILIH kawan yang soleh.
JANGAN pilih kawan yang fasik kerana akan diajar kita kepada pekerjaan dosa dan maksiat.

Keempat :
PILIH kawan yang bersederhana.
JANGAN pilih kawan yang tamak kerana akan menjadi racun yang berbisa kepada sifat pemurah.

Kelima :
PILIH kawan yang bercakap benar.
JANGAN pilih kawan yang selalu bercakap bohong kerana akan memusnahkan jiwa.

love you sahabat
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Syarat Kahwin, Wanita Mesti Tahu Memasak Tapi Lelaki??

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja. Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati.

"Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!" Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara, juga rakan sejawat kami.

Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja.

Setelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya.

''Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya sang lelaki lagi dengan penuh semangat.


''Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!" Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala.

Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak. Wanita sepatutnya buat begitu juga.

Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam.

Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup.

Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai.

Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya. Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami.

Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam.

Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu.
Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal.

Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah ditetapkan.

Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga? Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah. 

to be continue at HERE

cx:
berfikirlah.

sempurnakanlah diri sebelum menyempurnakan
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Pindaan Cuti UiTM, Sarjana Muda, Sarjana dan PhD

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

hye kawan-kawan. untonglahkan? huhu. cuti lagi la weh!! April cuti.. Mei cuti lagi. masyuklah masing-masing. makin pendeklah semester ni. makin sakitlah kepala nak menyiapkan assigment, nak menghabiskan test dan quiz, nak take turn untuk presentation. huh... ada hikmahnya kan? :) Allah permudahkan kerja kita diakhir waktunya nanti apabila kita bersusah payah sebelumnya :) okaylah, selamat bercuti warga UiTM!!!


sumber? pergi klik student portal news ya kawan-kawan yang dikasihi :) 

I'm Proud To Be UiTM Student
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Thursday, April 12, 2012

Perkara Penting Lelaki Perlu Awas!

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

hye semua! :) kali ni nak share lagi. perkara penting lelaki perlu awas terhadap wanita. heeheh. apakah perkara yang penting yang beriya sangat tu? :p cx dapat sumber ni daripada blogger sorunk ni. so cx share tapi tak semua sebab cx suka certain point jerk. hehehe

1. Menafikan perkara yang benar. Jika perempuan bertanyakan sesuatu, besar kemungkinan dia sudah tahu jawapannya, menafikannya akan membuat dia lebih marah.

cx suka point ni sebab memang tepat benar dan benar belaka. hahah. macam cx lah kan, if cx dapat tahu something, cx tak akan serang melulu. cx pancing dengan soalan. hahah. so kepada encik boyfriend, sila berhati-hati bila cx dah mula bertanya sesuatu. uhuhu. ;p




2. Bercerita kepadanya tentang bekas teman wanita anda. Apatah lagi anda bercerita tentang perkara yang baik, mereka akan ingat anda masih cintakan bekas teman wanita anda. dan sebaliknya.

point yang ni pula, pada cx .. no need nak cerita kisah lama. cx takdelah nak jeles tapi bila kita fikir secara rational, even tak jeles atau tak marah tapi mesti akan terdetik dihati satu perasaan yang tidak enak. so encik boyfriend diluar sana, jagalah hati wanita anda. :) 

dua point jerk cx nak share sebab cx suka. hehehe. korunk nak tahu lagi ke point yang lain? haaa. ayuh tekan dekat SINI :) selamat membaca! 

ikhlaskanlah hati mencintai
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Mereka Cantik Tatkala Bertudung

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

hye semua. cx saja nak share. cx suka sangat dekat Diana Amir ni. bukan sebab dia artis tapi disebabkan penampilan terbarunya. dulu cx ala-ala jerk suka tapi bila DA dah pakai tudung. sangat cantik. korunk tengok cerita CINTA UNTUK EMELDA kan? haa.. watak dan penampilan beliau sangat menarik perhatian. sopan jerk. :) korunk camne? bukan DA jerk yang dah bertudung, ramai lagi kan artis kita sekarang menuju matlamat yang satu. antaranya? :)

Diana Amir
Irma Hasmie
antara artis lain yang dah bertudung adalah seperti akma AF, Natasha Hudson dan ramai lagi. kalau korunk nak tahu lagi, korunk boleh baca dekat SINI. ok bai# :)

yang baik diambil contoh
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Hantaran Daripada Allah

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

telah Allah berikan hint kepada umatNya, namun kita alpa. telah Allah tunjukkan petanda-petanda kecil, namun kita leka. ampunilah kami Ya Allah. sesungguhnya hantaranMu itu benar-benar bermakna.


cx:
telah Kau beriku amaran namun tidak aku ambil pusing kerna kurasakan itu sekadar perasaanku. namun setelah apa yang telah Kau amarahkan hari sebelumnya, benar-benar membuatku akur dan memohon ampun.

ampunilah kami Ya Allah
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"