Friday, August 31, 2012

Imam Terlupa Dia Berhadas Besar

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Persoalan:
Seseorang mengimamkan sembahyang jemaah, beliau terlupa bahawa dirinya berhadas besar (terlupa mandi wajib), perkara tersebut telahpun disedarinya pada rakaat kedua, tetapi masih meneruskan sembahyang tersebut sehingga akhir. Persoalannya, adakah solat jemaah tersebut dikira, adakah makmum turut terbatal dan apakah hukumnya imam tersebut yang telah menyedari akan kesilapan tetapi masih meneruskan solat. Wallahu'alam. Jazakallah.

sekadar hiasan
Jawapan:
Ulama' khilaf didalam mendatangkan hukum menentukan sah atau tidak solat makmum apabila Imam didalam keadaan janaabah (berjunub). Menurut Dr Wahbah Zuhaily, Pensyarah dari Universiti Damsyik, Syiria :-

"Sesungguhnya ulama' bersetuju bahawa jika Imam secara mengejut berhadath didalam solat, batallah solatnya (Imam), Solat makmum masih sah." (al-Fiqh Al-Islami, 2/199).

Yang jadi perbincangan ialah, jika Imam bersolat dengan makmum, sedangkan ia didalam keadaan berjunub, dan hal diketahui oleh makmum. Apakah sah solat makmum. Maka disini terdapat 3 pandangan :

a. Mazhab Hanafi - Solat mereka rosak secara mutlak.
a. Mazhab Maliki - Batal solat mereka (Imam dan makmum) didalam keadaan sengaja dan bukan lupa.
b. Mazhab Syafie dan Hanbali - Solat mereka sah, melainkan didalam solat Jumaat jika jumlah jemaah bersama Imam cuma 40 orang sahaja, dan pada waktu itu solat menjadi batal.

info lanjut : UstazNaim

carilah ilmu sebanyak mungkin
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Thursday, August 30, 2012

Isi Hatiku Berkata

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

:: adakah satu dosa jika kita merindui orang yang pernah menghina kita? *apabila kesilapan ditutupi dengan kemaafan dan kasih sayang. maka keikhlasanlah yang bertakhta dihatimu ::

tempatkan aku sebagai sahabat dalam hatimu
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Segmen Up Follower & Tambah Kenalan Part 3

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ


click header to join 

followers : 1008
asal negeri : Melaka

duedate:
10 SEPTEMBER 2012, 
JAM 2 PETANG

support blogger lain
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Blogger Berseni > dilladoodledat

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

credit to dilladoodledat
hye peeps! cantik tak lukisan diatas? :) cx sangat suka. hehehe. nama blogger ni adalah DILLA .. pari-pari diatas ni bukan beliau ya. hehe. cx mula kenali blogger ni seminggu lepas kot. *tak ingat. melalui blogger PILOT kita, siapa? cari sendiri. huhu. kenapa cx suka sangat blog ni? sebab:

1. cx suka blogger yang berseni yang lebih menjurus kepada lukisan *confirm follow to support them.
2. suka idea blogger ni yang ohsem bila bercerita.. siap ada komik tau.
3. cara penyampaian beliau sangat sempoi dan gila-gila *seronok baca

ini dia owner blog seni ni :)
korunk nak tahu best atau tidak blog ni. pergilah terjah :) insyaAllah tidak mengecewakan melainkan korunk berhati busuk terhadap kejayaan orang lain. huhu *rasakan! ;p cx suggest pada korunk supaya pergi baca komik beliau yang dah ada 3 episode. sangat best. kalau malas nak cari.. tekan jerk dekat link bawah ni ya.

komik raya : 
si sally bapuk dan baju kurungnya


percaya dengan qada' qadar Allah
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Aplikasi Perakam Video

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

teknologi dunia semakin canggih sekarang ni kan? terlalu banyak yang dipertingkatkan kualitinya untuk menarik pengguna kekal menggunakannya. namun, jangan sesekali alpa. setiap sesuatu itu ada baik dan buruknya. kali ni cx nak kongsi sedikit pendapat. 


sekarang ni alat yang menghubungkan manusia sudah pun melancarkan aplikasi perakam video bagi penggunanya.  bukan sekadar telefon, chatting, tapi video yang lancar umpama kita sedang face-to-face.   siap boleh rakam lagi. macam astro. heheh korunk rasa, apa yang baik dan apa yang buruk melalui aplikasi ini? kalau cx tak cakap pun, korunk boleh tahu. actually semakin canggih sesuatu aplikasi atau teknologi, semakin tinggi peratus ketidakbaikkannya. bukan salah aplikasi tersebut tetapi salah pengguna. kita manusia tidak pernah terlepas daripada melakukan kesilapan namun jika kita tidak kawal diri kita, segala kesilapan itu kita akan lakukan tanpa kita sedar atau pun secara realitinya kita sedar sepenuhnya.

motif cerita : 
teringat perkara yang tidak sepatutnya. belum lagi menjadi hak milik namun .. sesuka hati kongsi dengan orang lain. that's your sin but it's effect your love when he/she know the truth. disappointed. 

MAK TEMAH''s:
i forgive but never forget. it's hurt when we know the truth. *yourbadhistory

i'm only a human
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Wednesday, August 29, 2012

Harimau Tercucuk Besi, Orang Utan Terbakar

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

sedang cx blogwalking, seperti biasa cx akan singgah ke Ohsenyum.com tau. blogger ni gemar sangat update entry yang menarik. tadi cx baca tentang Harimau Bintang Tercucuk Besi Pagar. Ya Allah. sayu hati tengok berdarah-darah kaki harimau tu tercucuk, then harimau itu tidak dapat menahan atau berpaut dekat mana-mana dan tergelincir. Ya Allah. kesian sangat dekat dia. tak sampai hati. rasa nak nangis pun ada. 


then, a few hours later, Ohsenyum.com update pasal Orang Utan Terbakar Dengan Tidak Sengaja .. ini pun sangat kesian. even di awalnya niat orang kampung nak menghalau tapi malang kan tidak berbau. terbakar orang utan ni. kesian sangat. semoga cepat sembuh kedua-dua haiwan ni. Amin


kawan-kawan, even mereka adalah haiwan tapi mereka tetap merasa sakit. even diorunk ni pemangsa kepada kita tapi mereka juga makhluk Allah. semoga cepat diorunk sembuh. Amin. 

sumber: Ohsenyum.com

belajarlah menyayangi
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Jangka Masa Mengucapkan Takziah

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Ta‘ziah dari segi istilah bererti menyuruh seseorang dengan bersabar dan mendorongnya dengan pahala yang dijanjikan, memperingati daripada dosa, mendoakan bagi si mati dengan keampunan dan mendoakan bagi orang yang terkena musibah dengan mendapat penggantinya. (Mughni al-Muhtaj: 1/481) 

Waktu Dan Jangka Masa Ta‘ziah
Sunat mengucapkan ta‘ziah kepada ahli keluarga musibah sebelum dan selepas menguburkan si mati. Adapun lebih afdhal mengucapkan ta‘ziah itu selepas menguburkan si mati kerana kesibukan ahli keluarga pada menguruskan mayat si mati. Berlainan halnya jika ahli keluarga itu terlalu sedih dan resah sebelum dikuburkan mayat tersebut, maka afdhal didahulukan ta‘ziah itu bagi menghilangkan kesedihan dan keresahannya.

Ucapan ta‘ziah kepada ahli keluarga musibah itu, hendaklah tidak melebihi kira-kira tiga hari lebih kurang. Kerana dalam jangka masa tiga hari itu, ahli keluarga musibah pada kebiasaannya hati mereka sudah mula tenang dan tidak merasa sedih dan resah lagi. Oleh yang demikian, makruh mengucapkan ta‘ziah kepada ahli keluarga si mati selepas berlalunya tiga hari agar tidak menimbulkan lagi kesedihan mereka. Akan tetapi jika salah seorang di antara orang yang mengucapkan ta‘ziah dan orang yang diucapkan ta‘ziah itu tidak ada pada masa tersebut, maka harus diucapkan ta‘ziah itu selepas tiga hari.

sumber: UstazNaim

berilmulah walau sedikit
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Hukum Lelaki Memakai Suasa

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

selamat pagi kawan-kawan :) hari ini merupakan hari kedua terakhir cx praktikal. :) *takde motif bagitahu. okaylah, hari ni nak berkongsi tentang hukum lelaki memakai suasa. kebiasaannya cincin suasa. ramai kaum Adam yang masih tidak tahu tentang hal ini. untuk pengetahuan semua, HARAM bagi seorang lelaki memakai suasa. :) sila rujuk soal jawab dibawah.

SOALAN:
Assalamualaikum.. Apa hukum orang lelaki memakai cincin suasa? Ada pendapat mengatakan haram. minta penjelasan daripada ustaz.

credit : google

JAWAPAN:
Waalaikumussalam.. Apa yang saya ketahui hukum memakai cincin suasa bagi orang lelaki adalah haram kerana ia diperbuat daripada emas yang bercampur dengan logam lain. Samalah seperti haramnya lelaki memakai emas putih seklipun emas putih itu bukan 100% diperbuat daripada emas.

Kata Imam Nawawi dalam kitab Syarah Muslim yg bermaksud:
"Emas itu adalah haram atas lelaki memakainya samdaa emasnya sedikit atau banyak."

Syeikh Abd Qadir Al-Mandili menyebut dalam fatwanya :
"Dan adalah suasa itu haramlah bagi kaum lelaki memakainya."

Rujukan:
Kitab Fatwa Syeikh Abd Qadir , Fatawa Mufti Negeri Johor dan Pelita Penuntut.

saling beringatlah sesama kita
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Tuesday, August 28, 2012

Kerja Last Minute

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

hye peeps! simple entry from me. sekarang sedang buntu untuk update log book industrial training. so update blog sat. huhu. merujuk perkara diatas, yes that's me! hahah. kerja last minute. practical sebulan sahaja tapi rajin sangat tangan tak nak update log book kan. so, inilah padahnya. dah tak tahu nak update apa. jangan ikut ya kawan-kawan sekalian :)

password required *security maaa ;)
apa yang perlu disiapkan sebelum praktikal cx yang habis pada hari khamis ini bersamaan 30 Ogos 2012 adalah, update log book, submit evaluation form's trainee, update report and complete my database system. fuh~ nasib baik dah start buat report and system awal-awal, if not.. boleh tahanlah kegilaan yang melanda. jangan katakan cx seorang je, kawan-kawan lain pun sama. ahah! biasalah, student kan .

my database system home page :) *simple sajo
cx ingat lagi kata-kata blogger MyLittleWorld, beliau cakap, kadang-kadang kerja last minute ni membantu sebab kita dalam stress dan ketika itulah idea mencurah-curah datang. brainstorming gitu! :) suppose to be brainstorming diawal waktu. an an an ;p . okaylah kawan-kawan.. dua hari lagi dah nak habis praktikal! ayuh kembali ke sekolah! :) #kbai

sempurnakan amanahmu
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Segmen:JOM TAMBAH FOLLOWER BLOG SEBANYAK YANG MUNGKIN!

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

click here

Followers: 991

due:
15 September 2012

indahnya cinta dari Allah
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Segmen Eraz Fadli : Pencarian Bloglist

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

click here to join
due:
Selasa
28 Ogos 2012
22:00

bersyukur dengan nikmatNya
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Friday, August 24, 2012

Excited In Worry

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

hye kawan-kawan, tadi (semalam) cx blogwalking blog si cantik manis Irine Nadia Marcello blogger terkenal.  orang Masjid Tanah rupanya. huhu. sebelum ni tak kenal pon siapa Irine Nadia yang dipanggil sebagai Murni dirumahnya. :) tapi hari ni pergi usha-usha pasal wedding, so terjumpa blog beliau. mulalah click demi click disetiap entry beliau :)

fyi, setiap manusia akan lalui ambang percintaan, pertunangan dan perkahwinan .. memang orang yang mendengar dan melihat akan menyatakan seronoknya mereka. tak sabar nak tengok mereka bersanding namun bagi pasangan mempelai , ianya satu cabaran apabila terlalu banyak benda baru yang perlu dipelajari.
creadit to Irine Nadia Marcello
bukan mudah untuk menjadi seorang suami dan isteri bagi pasangan. terlalu besar tanggungjawab yang perlu digalas. bukan suka-suka sahaja untuk berkahwin, berkahwin bukan sehari dua tetapi seumur hidup segalanya diharungi dengan pasangan. tidak semudah yang disangka. cx ingat lagi mak pernah cerita, apabila tiba hari bahagia itu nanti, satu perasaan yang sukar untuk digambarkan akan kita rasa. mak cakap, apabila sah sahaja akad nikah, satu perasaan secara automatiknya menyelinap dalam badan kita umpama satu kuasa.

jika ada pasangan yang dipaksa kahwin, selesai sahaja akad nikah, secara automatiknya rasa amanah dan tanggungjawab akan ada dalam diri mereka.  dengan kuasa Allah juga, akan adanya perasaan sayang, kasih dan cinta antara satu sama lain. kuasa Allah kan? :)

itulah kuasa akad nikah yang Allah tetapkan. Allah Maha Kuasa dan Maha Mengetahui :) maka bersyukurlah walau siapapun jodoh kita kerna itulah yang terbaik buat kita. jika sebaliknya, mungkin itu adalah ujian Allah buat kita dalam menguji sejauh mana tahap keimanan kita :) Wallahu'alam.

nukilan:
indahnya percintaan. indahnya dalam menempuh hari-hari bahagia namun aku mengharapkan agar Allah sentiasa melindungi kami daripada segala godaan yang mampu menjatuhkan kami. Amin


Berkatilah Cinta Kami Ya Allah
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Friday, August 17, 2012

Tips Kesihatan

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ


Jangan makan ubat berulam air sejuk (berais)

Jangan makan makanan berat selepas 5:00 petang

Minum banyak air disiang hari dan kurangkan pada waktu malam

Waktu yang paling ideal untuk tidur adalah 10:00 malam sehingga 4:00 pagi

Jangan baring selepas makan

Sila jawab telefon menggunakan telinga kiri

Apabila bateri telefon hanya tinggal last bar, jangan jawab telefon sebab radiation ketika itu adalah 1000 kali ganda kuatnya.


sayangilah diri anda
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Tanah Kubur KL Makin Sempit

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

hye peeps! :) hari ni tiada kerja yang nak dibuat. hehe. report dan system pun in progress, so tidak bimbang sangat. alhamdulillah segalanya dipermudahkan olehNya. :) okay, tadi cx baca surat khabar BH tau. then cx baca bahagian SUARA KOMUNITI. so disitu terdapat satu soalan yang amat menarik perhatian cx. 

bayangkan bilangan keseluruhan umat Islam di negara kita Malaysia. dekat mana kita nak kebumi jenazah apabila adanya kematian? dikatakan harga tanah semakin meningkat tinggi nilainya. korunk bayangkan kalau tanah perkuburan dekat KL tak cukup.. dahlah penduduk sana sangat ramai. nak kebumi dekat mana nanti?


JAWI turut menyatakan kebanyakan jenazah merupakan penduduk tempatan yang datang dari negeri berasingan dan dikebumikan di tanah perkuburan KL. so, target cukup atau tidak itu amat membimbangkan. tapi.. JAWI turut menyatakan sebenarnya tanah perkuburan masih mencukupi sehingga 2016. fuh~ sampai 2016 ya kawan-kawan, ntah ada lagi ke tidak agaknya kita didunia ni. 

JAWI juga telah membincangkan inisiatif lain yang merupakan konsep baru untuk menguruskan hal pengebumian di ibu negara tetapi kata mereka, ianya terlalu awal untuk didedahkan kepada rakyat. so, kita tunggu sahaja :) InsyaAllah.

amalan baik, amalan mulia
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Thursday, August 16, 2012

Hak Manusia


بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ


dalam hidup ni. semua orang ada kisah silam. ada sejarah hidup masing-masing. namun kita sebagai manusia biasa, kita tiada hak untuk menghukum kisah silam mereka. cx ada dengar satu ceramah agama, jika kita punyai kisah silam yang hitam.. apabila berkahwin nanti, tidak perlu kita beritahu suami atau isteri kita sebab itu hak peribadi hidup kita. jadi, tak perlu menuding jari kepada insan lain untuk membuktikan diri sendiri adalah yang terbaik. jika ada silap .. mohon keampunan dengan Allah. jika tahu kesilapan orang lain, tak perlu mengeji, tetapi berdoa untuk kebaikan diri sendiri kerna masa mereka telah tiba untuk diuji dan kita masih belum pasti kemanisan atau kepahitan dimasa hadapan dalam ujian yang akan diberikanNya.

nota kecil
:: counting other people's sins, does not make you perfect ::

berdoalah demi kebaikan
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Wednesday, August 15, 2012

#WW

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ


thanks to Allah
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

#WW

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ


+Ns

Allah knows everything
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Tuesday, August 14, 2012

Kesan Kekurangan Vitamin C

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

hye kawan-kawan, cx nak share lagi tentang sesuatu yang berguna. cx pun baru dapat tahu kesan bila kita kurang vitamin C dalam badan. seriously terkejut. korunk semua dah tahu? cuba baca :

Kekurangan vitamin c dalam tubuh akan menyebabkan anda :
☆ Mudah selsema
☆ Mudah tertekan ( stress)
☆ Mudah dapat ulcer
☆ Mudah demam
☆ Tapak kaki keras dan kasar
☆ Mudah bersin
☆ Penyakit Skurvi
☆ Luka yang lambat baik
☆ Kulit kelihatan sangat kering dan bersisik
☆ Wajah nampak tua berbanding umur 
(Vitamin C membantu pembentukan kolagen)


so kawan-kawan, dekat sini cx nak suggest dekat semua, korunk boleh mengambil Vitamin C untuk kesihatan dan kesegaran tubuh badan korunk. boleh tanya Rahmah Seman jika korunk mushkil. jika korunk cuba.. tiada kesan yang negatif pun. InsyaAllah berseri-seri jerk di pagi hari raya :)

+info: Vitamin c mengambil masa 2-3 jam sebelum ia mencapai tahap maksimum dalam darah. Selepas tempoh tersebut, kandungan vitamin c dalam darah akan mula berkurangan dan seterusnya terhapus melalui air kencing atau peluh. Kebanyakan vitamin c akan terhapus sepenuhnya selepas 3-4 jam. Oleh kerana itu, Vitamin c perlu diambil setiap hari dan berkadaran

:) yang baik disebarkan
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Monday, August 13, 2012

Kenali Jodohmu

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

hye peeps! malas nak berceloteh. cx saja nak share knowledge ni. :) tak payah nak percaya sangat tapi ada kebenarannya juga bila tiba masanya nanti, kalian akan merasa :) InsyaAllah. bila tibanya jodohmu yang telah Allah janjikan, kalian akan merasa sesuatu yang diluar jangka. :) 

google
adanya deria batiniah membuatkan hati kalian berdua saling dapat tahu. dan kalian dapat saling membaca fikiran dan menduga reaksi serta perasaan satu sama lainnya pada situasi tertentu.

bila kalian bersama, kalian akan merasa tenang, selesa dan tiada rasa tertekan. kalian tidak akan pernah rasa bosan walau berapa lama pun kalian bersama.

dia akan selalu ada untuk anda. dia juga selalu memahami situasi dalam hati even anda tidak memberitahu kepadanya.  

jika dia jodohmu, dia tidak akan peduli masa lalu kamu saat bersama kekasih terdahulu.  dia juga tidak malu menceritakan masa lalunya.

bila kita rasa kita selesa dan percaya untuk kongsi rahsia kita dengan sidia. kita akan terus mencari sidia bila ada sesuatu yang tidak kena. walaupun kawan-kawan ada tapi dengan adanya sidia, itulah arah utama yang dituju untuk kita bercerita.

terima kasih Ya Allah
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Sunday, August 12, 2012

Ranking UiTM Terkini (2012)

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ


Alhamdulillah. :) UiTM Di Hatiku


I Love UiTM
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"


Jodoh Kita

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

source:google
Jodoh itu kita dapat rasa dengan kehadiran seseorang yang membuatkan kita merasa lebih tenang, lebih bertambah aman, malah lebih tingkatkan keimanan 

+ustazdondaniyal+

segalanya ketentuan Ilahi
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Rahsia Kelangsingan Badan

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

hye kawan-kawan . dah lama tak update blog. sibuk sedikit. :) so, hari ini nak share tentang rahsia kelangsingan badan. tak perlu susah payah lagi untuk berdiet bagai. cuba rahsia ni. InsyaAllah mujarab :) 

click photo for more info
 + ramuan khusus untuk membantu MENURUNKAN berat badan serta memperCANTIKkan KULIT

+ memiliki kandungan omega 6 dan omega 9 yang berguna MENGURANGI ancaman jantung, dan juga kandungan lainnya seperti fosfor, kalsium, potassium, vit B1, vit B2, dll

+ Kaya akan SERAT sehingga membuat kita cepat merasa kenyang dan MENAHAN nafsu makan dengan efektif

+ FOKUS pada perut pinggang dan posisi di mana LEMAK mudah terakumulasi

+ Membantu MEMBERSIHKAN sistem pencernaan terutama pada USUS sebagai media jalannya asupan makanan dalam tubuh

+ Meningkatkan metabolisme tubuh dan PERAWATAN kulit 

untuk maklumat dan keterangan yang lebih lanjut, kalian boleh rujuk SINI atau rasa nak tanya secara direct .. kalian boleh terus contact Rahmah Seman untuk bertanya khabar tentang acai berry ni. :) okay kawan-kawan.. good luck! berbadan langsing dan cantik di pagi raya ! :) 

setiap satu itu ada ubatnya
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Wednesday, August 8, 2012

#WW

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ


menanti kehadiranmu
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Monday, August 6, 2012

TIPs Fulfil Job Application Form II

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

hye semua! sebelum ni, cx ada buat entry pasal TIPs juga . boleh rujuk SINI .. kali ni adalah episod dua. huhu. yelah, cx ada cakap, if cx rajin nak share lagi, cx akan buat entry. so inilah hasilnya :) mari baca~

1.formal passport photo
ini turut menjadi satu hal yang tidak berapa nak elok. fyi, if nak apply any job or application, please use formal passport photo sebab ianya menunjukkan siapa diri anda.  adakah anda tahu ciri-ciri gambar formal yang dimaksudkan? baiklah, biar cx kongsikan bersama kalian. bagi perempuan, ianya sangat senang.  berbaju kurung dan bertudung bagi yang muslim. jika freehair, sila pakai baju kemeja berkolar dan sila ikat rambut kemas-kemas. bagi lelaki, pastikan baju berkolar dan rambut rapi. jangan pakai jersey or sebarang baju berkolar bulat atau V.

2. tulisan
cx tahu tulisan kita berbeza.. bentuk tulisan jika boleh, sila perkemaskan, jika tidak.. nasib badanlah if pembantu tadbir tersilap tafsir huruf yang ada. bukan apa, kalau kalian fikir, bukan satu borang yang PT nak hadapi tapi beribu. bayangkan nak tengok satu-satu. boleh berpinau anak biji mata. 

3. sijil
hal ini pun juga terjadi. dah tahu yang kalian nak apply job, so. attach la sekali sijil-sijil kalian. ini tidak, hantar jer borang yang di print tadi. rugi jer kawan-kawan oi.  buang masa pon ya.  rejected directly sebab tiada sijil sokongan yang boleh dinilai pencapaiannya.

4.email
ini paling penting ya kawan-kawan, email ini adalah satu jalinan yang digunakan untuk menyampaikan sebarang maklumat yang berkaitan. maka, silalah buat email formal. janganlah bagi email yang zaman-zaman kalian muda-mudi . pelik-pelik je. bila dibaca, melucukan. contoh? ya ini dia - chanploo_930 la.. xeliapae.com la. aish. tak formal langsung. then ada juga yang tiada email. kalian tahu tak kepentingan email ni? tapi yang peliknya, kenapa facebook boleh ada tapi email tiada? pelik tak? hurm~

MAKAnya kawan-kawan, sila pastikan anda mematuhi peraturan.  jika tidak, rugi jer kalian hantar borang permohonan. :) buang masa sebab awal-awal dah kena tolak tepi. good luck!

hiasi duniamu
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Sunday, August 5, 2012

Hot Entry for Ramadhan

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

hye semua! kali ni sengaja nak update pageviews untuk entry cxopportunities ni. sangat teruja bila entry cx yang INI mencecah ranking first. dalam masa sebulan dengan kedatangan Ramadhan sahaja, kedudukannya meningkat dengan mendadak. Alhamdulillah. sekurang-kurangnya bertambah pahala :) hehe nak tahu entry apa? taraaaa~


nampak tak pageviews dia berapa? 1248 dalam masa sebulan dengan kedatangan Ramadhan. Alhamdulillah syukur kehadrat Ilahi :) cx pun tak sangka. hehe. thank you readers! :)

berkongsi ilmu Tuhan
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

TIPs Fulfil Job Application Form

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

apa khabar kawan-kawan? korunk tau tak ada job vacancy sekarang? haa. if tak tahu, sila rujuk SINI for more information. ok, memandangkan cx jaga selection candidate, so cx nak bagi tips ketika kalian enuhkan borang tersebut. 

1. penuhkan maklumat
kebanyakkannya cx tengok, alpa atau terlepas pandang. kalian bayangkan, jawatan apa yang dipohon pon terlupa nak tulis. benda penting tu.. macam mana nak kerja kalau benda penting boleh lupa? boss cx yang kata ok. not me.

2. gambar
untuk pengetahuan kalian, gambar adalah wajib bagi setiap candidate. first impression tu kawan-kawan, kenapa mesti apply tapi tak letak gambar? tahu tak if gambar tiada boleh mempengaruhi pemilihan? aish~

3. ikut arahan
ini satu hal. dah terang-terang dalam form tu bagi arahan jika nak apply banyak jawatan, sila hantar form yang berbeza tapi .. disatukannya. boleh eh dia tulis dua jawatan dalam satu form? then macam mana company nak buat selection. ingat borang awak seorang je ka? sorting form lagi.. nak kena koyak dua ke form tu? alert ya kawan-kawan

4. education
even awak ada MASTER sekalipun tapi jawatannya pembantu am pejabat.. tak perlulah awak apply. awak tahu tak education yang diperlukan untuk pembantu am pejabat tu level apa? SRP je kawan-kawan. then, awak tahu tak pembantu am pejabat tu kerjanya macam mana? main apply je kan? selidik dulu kerja failnya.

okaylah kawan-kawan, banyak lagi actually tapi macam malas nak menaip. huhu. kalau cx rajin, cx update lagi ya :) yang penting-penting jelah kan :) okay. good luck kawan-kawan yang apply job! :) doakan juga supaya cx dapat siapkan key in data for selection hari isnin ni. huhu. 

disiplinkan dirimu
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

UiTM RESULT

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ



hye peeps! kali ni saja nak share cerita. :) kelmarin sangat mengantuk ya di pejabat. terlalu mengantok tahap dewa punya.  tapi actually salah sendiri sebab tidur lambat. yalah kan, 3 ogos 2012 merupakan tarikh keramat bagi pelajar UiTM yang mengambil ijazah dan keatas. result keluar! kebiasaannya jika tarikh result esok, tepat jam 12:00 tengah malam sebelumnya, UiTM akan send ke email rasmi kita. tapi kelmarinnya, asyik refresh tapi tak dapat-dapat. jenuhlah dan setia menanti walaupun mata sangat mengantuk. at last jam 3:30 pagi if tak silap. tiada perasaan langsung dalam hati bila dapat email. huhu. macam bagus je result kan? aahahaha. tapi alhamdulillah . sangat tak sangka. inilah pointer yang cx rindukan :) alhamdulillah. thank you Allah. 

kepada rakan-rakan yang dapat ANUGERAH DEKAN.. cx ucapkan TAHNIAH SETINGGI-TINGGI TAHNIAH kepada kalian. :) big hug for all of you >.<

utamakanlah ilmu
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Wednesday, August 1, 2012

Jadual Kursus Kahwin Negeri Melaka (2012)

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

hye peeps! yeah. hari ini adalah hari ketiga cx praktikal. huhu. dekat mana? MAIM sajo. hehe. boleh jumpa cx disitu ya. okaylah, entry ini adalah perkongsian buat mereka yang nak hadiri kursus kahwin. fokus kepada bakal pengantinlah kan? huhhu. tapi kan, tak salah if nak pergi even tak merancang pon untuk berkahwin. tak salah pun. just mentality masyarakat kita jer yang boleh pergi hanya mereka  berkenaan. :) sila tukar ya mentaliti tersebut.

click here
okay kawan-kawan, nak tahu lebih lanjut, korunk bolehlah rujuk kepada MAIM ya :) seperti yang tertera didalam gambar . if malas nak cara kat situ, tengok kat bawah :) 

PERHATIAN *cx tiru atas

1. urusetia kursus ini adalah MAIM Bentara Sdn. Bhd. dipantau oleh JAIM
2. kadar bayaran bagi setiap peserta adalah sebanyak RMM80:00
3. segala perubahan tarikh akan dimaklumkan pada masa akan datang

rujukan :
MAIM BENTARA SDN.BHD
TINGKAT 1, KOMPLEKS AL-AZIM FASA II
JALAN BUKIT PALAH 1
75150 MELAKA
Tel: 06-2829360 Faks: 06-2815637

SELAMAT PENGANTIN BARU! :)

bersatu kita teguh
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"