Tuesday, June 25, 2013

Petua Rawatan Penyakit KAYAP

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

hai kawan-kawan, jika entry sebelumnya cx kongsikan apakah itu kayap dan pantang larangnya. kali ini cx kongsikan petua rawatan penyakit kayap. semoga yang sakit itu dapat diubati dengan izinNya. InsyaAllah. 

credit: Mr.Google
Pilihan 1: Anda ambil 10 duri pokok kekabu. Asahkan duri itu sehingga terkeluar cecair yang agak pekat. Tadahkannya dalam satu bekas. Kemudian, sapukan cecair duri pokok kekabu itu pada bahagian kayap di anggota badan anda. Amalkan petua ini berulang kali sehingga kayap anda sembuh.

Pilihan 2: Ambil sebatang pokok keladi candik. Atau nama lainnya keladi merbah. Seterusnya, anda keluarkan air dari batang pokok keladi itu. Sapukan air tersebut pada kawasan badan yang dijangkiti kayap.
Pada keesokan harinya anda sudah boleh mengopek kayap itu seperti mengoyak plastik.

Pilihan 3: Asah buah delima yang tua dengan sedikit air pada bahagian belakang pasu. Sapukan airnya pada kayap

Pilihan 4: Asah putik cempedak yang masih muda di atas belakang lesung batu. Ambil airnya dan campurkan dengan bedak sejuk. Sapu di sekitar kayap. Amalkan selalu.

Pilihan 5: Ambil sebiji kelapa, perah santannya dan masak bersama beberapa keeping gambir. Kacau di atas api yang sederhana. Sapulah di tempat kayap sebelum tidur.

Pilihan 6: Ambil daun cili dan kapur makan dan tumbukkan atau ramas daun cili serta campurkan sedikit kapur. Kemudian sapukan di bahagian yang terkena kayap. Lakukan sehari 2 kali. Kayap akan pudar dan baik dalam masa beberapa hari.

Pilihan 7: Daun delima ditumbuk halus dan campurkan dengan bedak sejuk / calamine lotion. sapukan pada bahagian yang kena kayap setiap hari. selain itu kena pantang makan. Insyaallah. kayap akan berkurangan.

sumber:
Open Minda
jagalah kebersihan
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

No comments: