Monday, April 22, 2013

Wanita Oh Wanita

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

credit : Mr.Google
Ketika Allah menciptakan wanita, Malaikat datang dan bertanya, 
“Mengapa begitu lama, Tuhan?”

Tuhan menjawab, 
“Sudahkah kamu lihat semua detik yang AKU ciptakan untuknya?”

Dua tangan mesti dibersihkan, setidaknya terdiri dari 200 bahagian yang boleh digerakan & berfungsi baik agar dapat mengolah berbagai jenis makanan… Mampu memberikan kenyamanan bagi anak-anaknya… Mempunyai pelukan yang menyembuhkan rasa sakit hati & kesengsaraan…Dan semuanya cukup di lakukan dengan kedua tangan ini…
Malaikat menjawab, 
“Hanya dengan dua tangan ini?”
“Tetapi…Engkau membuatnya begitu halus & lembut”

Tuhan Perjelas,
Ya…, AKU membuatnya begitu lembut, tapi kamu belum dapat bayangkan kekuatan yang AKU berikan kepadanya agar ia dapat mengatasi banyak hal luar biasa”

Tanya Malaikat,
“Apakah dia mampu berfikir?” 

Tuhan menjawab, 
“Tidak hanya berfikir, dia juga mampu berunding dan mengutarakan pendapatnya.

Malaikat itu menyentuh dadanya,
“Tuhan, Engkau buat ciptaan ini kelihatan lemah & rapuh, seolah banyak sekali beban untuknya”

Tuhan Perjelas,
Itu bukan kerapuhan, itu air mata. AKU berikan padanya supaya dia boleh mengekspresikan kegembiraan, kegalauan, cinta, kesepian, penderitaan, dan rasa bangga”

Kata Malaikat.
“Engkau memikirkan segala sesuatunya, wanita ciptaan-Mu ini sungguh menakjubkan”

Tuhan Menegaskan,
“Ya….., Harus…!!! Wanita ini mempunyai kekuatan untuk mempersona lelaki…

Dia dapat mengatasi beban hidup, mampu menyimpan kebahagiaan dan pendapatnya sendiri… Mampu tersenyum bahkan ketika hatinya menjerit… Mampu tertawa saat hatinya menangis… Dia boleh berkorban demi orang yang di kasihinya… Dia boleh melawan ketidakadilan… Dia bersorak disaat melihat temannya bahagia… Hatinya terluka saat melihat kesedihan… Dia tahu sebuah ciuman & pelukan dapat menyembuhkan luka… “CINTANYA TANPA SYARAT”
Malaikat sangat kagum, 
"Lalu apa kekurangannya?”

Tuhan menjawab, 
“Hanya satu hal…Dia terkadang lupa betapa berharganya dia”

sumber:
tanyalah ustaz

sayangilah wanitamu
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Saturday, April 20, 2013

Mee Soya Tomyam & Moist Choc Cake

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

hye semua! rajin pula cx nak update blog pada malam ini kan. cx biasa takkan update pada hari minggu sebab cx tahu majority blogger tidak menghadap blog pada hari minggu.. kebiasaannya stats untuk weekend akan merudum. sebab masing-masing sibuk berjalan. kan kan kan? huhu tapi tidak mengapa, sengaja cx update sebab hari ini rasa nak update. hahah alasan untuk dilempang laju-laju. #lari

apa yang kecoh sangat agaknya nak update hari ini pun tidak ku ketahui. padahal dah berlapuk blog ini tiada berpenghuni. kih3. jadinya cx sengaja update tanpa info yang berguna pun untuk pembaca. sengaja bagi terupdate sedikit blog ini daripada kesuraman. okaylah, hari ini cx rajin pula untuk buat kek coklat moist dan mee soya tomyam diatas permintaan seseorang. huhu. 

Mee Soya Tomyam
Moist Chocolate Cake
okaylah. itu sahaja pun yang cx beriya sangat nak update. hahah! okay perancangan menu esok adalah nasi putih + sup daging + sambal belacan + sayur campur. fuh! menangis makan. hahha! berangan. kemudian hari cx nak buat donut pula. wah! berangan. hahah! if cx buat donut, cx update okay. donut gula itu je pun. heheh. #kbai

makan selagi boleh #haha
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Wednesday, April 10, 2013

Isbal

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

hye semua! apa khabar? cx doakan semuanya sihat-sihat belaka hendaknyalah ya :) .  sila jaga kesihatan tau, tak lama lagi nak mengundi. eh? haha. lari topik ni. okaylah, hari ini cx nak share sesuatu yang merupakan ilmu baru buat cx.  cx nak kongsi dengan korunk semua walaupun antara kalian yang sudah pun mengetahuinya. pernah dengar tentang ISBAL? 

Credit: Mr.Google
Maksud: Orang yang mengisbalkan (melabuhkan) pakaian, dia adalah orang-orang yang menjulurkan (memanjangkan) dan melabuhkan pakaiannya sehingga mencecah ke bumi (melebihi had). (Rujuk: Imam Ibnu Hajar, Mukaddimah Fathul Bari, 1/126)

Isbal menurut syar’i adalah melabuhkan (menjulurkan) pakaian serta membiarkannya terurai ke bawah sehingga melampaui batasan yang telah ditetapkan di dalam syari’at (melebihi mata kaki), dan perkara tersebut tidak terhad kepada isbal dengan niat sombong.

secara jujurnya selama kehidupan cx, cx tidak pernah tahu tentang isbal ini dan tidak pernah terlintas dikepala cx kenapa jemaah lelaki apabila solat, tidak mengisbalkan kaki seluarnya. Allahuakhbar.  ternyata lagi kita mencari ilmu Allah, semakin banyak yang tidak kita ketahui. Allahuakhbar! terima kasih Allah!

rujukan:

Indahnya AgamaMu Allah
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Friday, April 5, 2013

Cara Menguruskan Uri Anak

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Hukum menanam uri adalah HARUS. (JAKIM)• Uri tersebut perlu dibasuh dan ditanam di dalam tanah supaya ia tidak dimakan oleh haiwan.• Uri orang-orang Islam adalah suci dan dengan itu tidak boleh di bakar atau dijual. Mana-mana orang Islam yang melahirkan anak di hospital dikehendaki membawa balik uri-uri itu untuk di tanam di tempat masing-masing• Amalan menanam uri bayi dengan lada hitam, paku, pensil dan sebagainya adalah amalan khurafat.
credit: Mr.Google
1) Mulakan dengan baca Bismillahirahmannirrahim.
2) Cuci bersih-bersih hilangkan darah-darah. Jangan guna sabun/shampoo.
3) Bilas dengan air bersih sambil berselawat dan doa yang baik-baik (Untuk pastikan uri tersebut bersih dan suci)
4) Cuci uri dengan garam. Lumurkan garam dan cuci bersih-bersih.
5) Cuci uri dengan asam jawa. Lumurkan asam jawa dan cuci bersih-bersih. (Untuk hilangkan bau hanyir darah)
6) Perahkan 4 biji limau ke atas uri hingga naik bau limau dan untuk harumkan uri.
7) Letakkan dalam plastik/bekas mudah reput seperti plastic tesco/kotak mudah reput, letak garam kasar dan asam keping. Ikat seperti sup bunjut.
8) Letak dalam kain putih dan ikat kemas-kemas seperti sup bunjut.
9) Gali tanah sedalam mungkin, agak-agak tidak dibau/dikesan dan dikorek anjing nanti atau binatang –binatang lain nanti
10) Baca Bismillahirahmannirrahim dan selawat semasa letakkan uri dalam dalam dan timbus.
11) Tanam ditempat yang bersih dan selamat. Contohnya perkarangan surau/masjid.
12) Letak batu sebagai tanda bagi memastikan tidak digali oleh anjing dan binatang2 lain.
13) Jangan di letak lilin dan barangan sebagainya yang boleh mendatangkan syirik dan khurafat.
sumber:
-hidayahmk.blogspot.com-

Islam Agama Terindah
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Thursday, April 4, 2013

10 Makanan Anti Kolestrol

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Credit: Mr.Google
1. SOYA
Kacang soya mengandungi 48% protein, lesitin, vitamin & zat galian.Ia juga dpt menghidarkan penyakit jantung & kencing manis. Kaya kalsium & Mineral yg membantu memecah lemak. Ia membantu menyusutkan kadar Lemak jahat (LDL) dan meningkatkan kadar lemak baik (HDL)

2. KUACI
Kuaci mempunyai kandungan zat besi. Pola pemakanan yg rendah dgn zat besi boleh menaikkan kadar kolestrol LDL sekali gus menghadkan kolestrol HDL. Mulakan pengambilan kuaci jenis tawar seperti dari jenis labu atau bunga matahari untuk menambah zat besi serta mengurangkan kolestrol.

3. BUAH KERING
Antara pelbagai jenis buah kering, limau kering adalah yg paling banyak mengandungi flavanoid. Pengambilannya mampu menyingkirkan lebihan lemak LDL sehingga dapat mengurangkan risiko sarangan jantung. Flavanoid juga boleh diperolehi dalam brokoli, tomato, bawang serta delima.

4. EPAL
Memakan sebiji epal @ meminum jusnya setiap hari cukup untuk membekalkan khasiat bagi mengurangkan kandungan kolestrol dalam badan. Kanak-kanak yg memakan makanan segera dan kemudian memakan epal @ minum jusnya, sebenarnya menyimbangkan kandungan zat dan mencegah berlaku lemak dlm badan.

5. IKAN TUNA
Termasuk sumber asid lemak omega-3 yg popular, selain salmon dan makarel. Omega-3 secara khusus melindungi tubuh daripada peningkatan kadar kolestrol LDL.

sumber:
Foren6

jagalah pemakananmu
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Wednesday, April 3, 2013

Khasiat Memakan Taugeh

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Credit: Mr.Google
1. Cegah Kanser
Taugeh yang terdiri daripada jenis kacang hijau, alfalfa dan sebagainya mengandungi banyak unsur fitokimia yang berkhasiat. Salah satunya ialah kanavanin (canavanine) iaitu sejenis asid amino yang mampu melumpuhkan punca kanser leukimia, usus besar dan pankreas.

2. Baik Untuk Wanita
Taugeh juga mempunyai estrogen semulajadi yang berfungsi sama dengan estrogen sintesis. Estrogen dalam taugeh dapat meningkatkan kepadatan dan susunan tulang, serta mencegah kerapuhan tulang (osteoporosis). Pengambilan taugeh oleh wanita secara kerap dapat membantu mengelakkan dari kanser payudara, gangguan menjelang haid, simptom pra-menopaus, dan gangguan akibat menopaus.

3. Lebih Subur
Taugeh juga mampu menyumbang kepada kesuburan lelaki dan wanita. Pengambilan taugeh oleh kaum lelaki mampu membuatkan sperma yang dihasilkan lebih baik, begitu juga bagi kaum wanita yang dapat membantu meningkatkan tahap kesuburan.

4. Kurangkan Lemak
Mereka yang berisiko penyakit strok dan serangan jantung disebabkan oleh kadar lemak darah yang tinggi digalakkan mengambil lebih banyak menu taugeh dalam hidangan seharian. Saponi di dalam taugeh akan menghalau ‘lemak jahat’ LDL tanpa mengganggu kandungan lemak baik HDL kerana ketika kacang dicambahkan untuk dijadikan taugeh secara umum, kadar saponinya meningkat sehingga 450%.

5. Buang Kotoran
Taugeh yang mengandungi banyak serat dan air yang berfungsi untuk membuang segala kotoran dalam usus besar. Apabila kotoran dihapuskan, tiada lagi zat dalam kotoran yang dapat diserap tubuh, ia mencegah pengumpulan bahan beracun yang dapat merangsang sel kanser.

6. Lebih Muda
Taugeh juga padat dengan antioksida kuat yang menghalang tubuh dari radikal bebas perosak sel DNA. Secara kesimpulannya taugeh merupakan sayuran yang boleh membuat kita lebih muda.

sumber 
MelayuKiniDotNet
setiap sesuatu ada khasiatnya
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Tuesday, April 2, 2013

Pantang Larang Dalam Hubungan Suami Isteri

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Thanks Mr.Google
1. Jangan puji orang luar, jiran tetangga atau saudara mara secara berlebihan.

2. Hindar meninggikan suara atau menjerit memanggil pasangan. tegur dan nasihatilah dengan nada rendah agar tidak mengguris hati

3. Usah lontarkan krikitan pedas yang mengguris perasaan pasangan. sentiasa membuka hati untuk menerima pandangannya.

4. Jangan berbohong dengan pasangan. Tiada tempat dalam syurga untuk si pembohong kerana rumah pertama dalam syurga bagi mereka yang bercakap benar.

5. Usah meninggalkan isteri tanpa alasan dan sebab yang munasabah. elak juga menjauhkan diri daripada isteri walau ketika isteri sedang haid.

6. Bersedia untuk mengakui kesilapan yang dilakukan. Usah sesekali merasakan diri tidak bersalah atau betul setiap masa.

sumber: 
Ustaz Kazim Elias

Cintaku Padamu KeranaNya
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Monday, April 1, 2013

Personaliti Melalui Kiraan Tarikh Lahir

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

hye readers! selamat menyambut bulan April! have a nice day! okay, memandangkan cx ditugaskan untuk membuat satu modul untuk lepasan SPM, cx turut selitkan beberapa ujian yang digunakan untuk kita kenali personaliti diri kita. rasanya, ramai yang sudah tahu kiraan ini. tetapi tidak mengapa, cx kongsi untuk para pembaca yang mungkin masih tidak ketahuinya lagi.  kiraan tarikh lahir ini sangat mudah. korunk ambil tarikh lahir korunk dan campurkan. contohnya adalah seperti berikut:

Tarikh Lahir : 12 April 1974
12 + 4 + 1974 = 1990
kemudian, campurkan 1990; (1 + 9 + 9 + 0 = 19)
seterusnya, campurkan 19; (1 + 9 = 10)
dan, campurkan 10; (1 + 0 = 1#)

makanya, nombor kiraan tarikh lahir adalah 1# ..apabila korunk dah ketahui nombor korunk, korunk bolehlah ketahui personaliti korunk. sila semak dengan teliti ya :)  

1. Logam: Ketulenan 
o Hadir dengan idea baru 
o Memperolehi sesuatu dengan cara yang tersendiri 
o Golongan ini merupkan yang paling jujur dan boleh mempelajari dengan baik teknik diplomasi 
o Mereka suka mengambil inisiatif, suka menjadi yang terbaik dan kebiasaannya adalah pemimpin atau boss 
o Bekerja sendiri merupakan pilihan terbaik mereka 

2. Air: Pendamai
o Dilahirkan sebagai diplomat
o Mereka selalu memikirkan dan peka terhadap keperluan dan perasaan orang lain sebelum mengambil kira dirinya sendiri.
o Secara semulajadi sangat analitikal dan suka mengikut gerak hati
o Mereka tidak suka bersendirian
o Persahabatan adalah penting buat mereka dan berupaya mendorong mereka untuk Berjaya di dalam hidup tetapi mereka sanggup untuk bersendirian jika hubungan yang terjalin itu tidak serasi.

3. Api: Ceria
o Mereka sangat kreatif, social, mesra, romantic dan mudah dibawa berunding
o Suka memulakn sesuatu tetapi jarang dapat menghabiskannya
o Suka orang lain gembira dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapainya
o Mereka sangat popular dan idealistic
o Golongan ini perlu belajar melihat sesuatu dengan lebih realistic

4. Kayu: Konservatif
o Golongan ini sangat peka dan tradisional
o Sukakan arahan dan sesuatu yang rutin
o Hanya bertindak apabila faham sepenuhnya tentang apa yang sepatutnya mereka lakukan.
o Suka bekerja keras dan sungguh melakukan sesuatu kerja secara sendirian.
o Mudah tertarik dengan aktiviti luar dan merasai pertalian dengan alam sekitar
o Berupaya bersabar, tekun dan adakala dianggap degil
o Mereka harus belajar lebih fleksibal dan bersikap lebih baik terhadap diri sendiri.

5. Tanah: Perintis
o Mempunyai sikap ingin tahu dan suka mengambil risiko serta sangat bersemangat
o Perlukan kepelbagaian dan tidak suka disekat
o Dunia ini adalah sekolah mereka, mereka memerhatikan setiap peluang untuk mempelajari sesuatu daripada setiap situasi yang ditempuhi.
o Persoalan yang bermaian difikiran mereka tidak pernah terhenti
o Golongan ini dinasihatkan untuk melihat sesuatu dengan teliti dan mendapat semua fakta yang diperlukan sebelum membuat sesuatu kesimpulan.

6. Logam: Romantik
o Idealistik dan memerlukan sesuatu sebab untuk berasa gembira.
o Hubungan kekeluargaan yang kuat adalah penting buat mereka
o Perasaan mereka mempengaruhi keputusan mereka
o Mereka sangat suka untuk membantu dan menjaga seseorang
o Sangat setia dan boleh menjadi guru yang terbaik
o Suka seni music
o Menjadi teman yang setia kepada sesiapa yang menjalin persahabatan secara serius
o Golongan ini harus belajar apakah yang boleh diubah dan apakah yang tidak boleh diubah.

7. Air: Intelektual
o Selalu menyelesaikan sesuatu yang tersembunyi, dan sukar menerima sesuatu perkara dengan mudah
o Perasaan mereka tidak mempengaruhi keputusan mereka
o Suka mempersoalkan apa yang ada disekeliling mereka tetapi mereka tidak suka dipersoalkan.
o Kerap dikenali sebagai ahli falsafah dan sangat berpengatahuan dan kadangkala bersendirian
o Gemarkan perkara yang berteknikal dan berkebolehan untuk menjadi penyelidik yang baik dalam menyelesaikan sesuatu perkara
o Sangat suka berahsia
o Golongan ini hidup dalam dunia mereka tersendiri dan mereka perlu belajar untuk menerima kenyataan dunia sebenar.

8. Api: Penyelesaian
o Professional, berterus terang, penilai yang baik dan sangat tegas
o Selalu mempunyai perancangan yang hebat dan suka hidup dalam suasana kehidupan yang terbaik
o Sangat suka mengendalikan manusia. Melihat manusia secara objektif
o Mereka akan memberitahu seseorang dengan cara mereka tersendiri bahawa mereka adalah ketua
o Golongan ini perlu belajar untuk membuat keputusan berdasarkan keperluan sendiri daripada mengikut keperluan orang lain.

9. Kayu: Pelakon
o Golongan ini mempunyai kebolehan untuk menghiburkan orang lain
o Sangat penyayang dan pemurah
o Dengan daya tarikan yang ada, mereka tidak mempunyai masalah untuk berkawan dengan sesiapa jua dan pada mereka tiada sesiapun yang dianggap asing kepada mereka
o Mereka mempunyai personaliti pebagai sehingga menyukarkan orang sekeliling untuk memahami mereka
o Mereka umpama sumpah-sumpah yang berubah dan menyesuaikan diri mengikut persekitaran
o Mempunyai nasib yang baik tetapi boleh menderita akibat terlalu bergantung kepada nasib dan perasaan
o Untuk berjaya golongan ini perlu membina landasan kasih sayang.

Sumber: 
-Cicinta.Com-

kenali dirimu sebaiknya
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"