Wednesday, July 10, 2013

wordless wedneday

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ


dirikanlah solat terawih
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Friday, July 5, 2013

Rahsia Solat Lima Waktu #Isyak

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

#Isyak 20:38 waktu di Bandar Melaka

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.

Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

syukran Ya Allah
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Thursday, July 4, 2013

Rahsia Solat Lima Waktu #Asar

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

#Asar : 16:42 waktu di Bandar Melaka

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu ). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita. Nak subur? Sila segerakan solat Asar anda!

sumber:
JalanAkhirat

Alhamdulillah
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Rahsia Solat Lima Waktu #Maghrib

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

#Maghrib : 19:23 waktu di Bandar Melaka

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Lailahaillallah
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Monday, July 1, 2013

Candy Crush Dua Dua Enam

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

hye semua! selamat masuk bulan baru! happy Julai! hehe. happy monday too. tidak lama lagi kita akan menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak. InsyaAllah semoga kita semua mendapatkan kerahmatan dibulan yang penuh barakah ini. :) ingat tak sebelum ini cx ada update tentang Candy Crush Satu Empat Kosong? Alhamdulillah lepas dah. tapi kali ini? hahah! dahsat! sakit hati main. 


nampak tak apa yang cuba cx tunjukkan? kegeraman tahap melampau! hahah. bihadap tau lagi satu move untuk satu jelly. ngeks betol! huhu. main candy ini memang memerlukan tahap kesabaran, ketekunan dan ketajaman taktik yang sangat tinggi. kalian bagaimana? haa, cx perhati sekarang ini pun ramai blogger yang update pasal candy crush masing-masing. bukan sebab apa pun, gara-gara geram tak lepas. kesian candy diaibkan. hahah! #kbai

asah minda anda
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"