Monday, September 30, 2013

Sunnah Harian Nabi Muhammad s.a.w

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

hai kawan-kawan. kali ini cx nak share sunnah Nabi kita. boleh kita jadikan amalan harian. InsyaAllah setiap sesuatu yang baik itu pasti ada hikmah dan balasan yang indah daripada Allah swt. :) mudah-mudahan. amin

credit: Google
Tahajjud
Kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajuddnya

Membaca Al-Quran 
Membaca sebelum terbit matahari.  Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Quran terlebih dahulu dengan penuh pemahaman

Jangan tinggalkan Masjid
Terutama di waktu Subuh.  Sebelum melangkah kemana pun, langkahkan kaki ke masjid terlebih dahaulu kerana masjid merupakan pusat keberkatan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah. 

Dhuha
Jaga solat Dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha

Sedekah
Jaga setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.

Wudhu
Jaga terus menerus kerana Allah sayang hamba yang berwudhu.  Kata Khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia Ya Allah"

Istighfar
Amalkan setiap saat dengan istighfar, masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah

sumber: fb user

semoga diberkati
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Keutamaan Zikir Setelah Solat Subuh

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

credit: fb user
Diriwayatkan oleh Tirmidzi, disebutkan bahawa Rasulullah Shallallahu'alaihiwasallam bersabda:

"Barangsiapa yang mengucapkan doa setiap selesai solat Subuh, dan ia masih melipatkan kedua kakinya serta belum berkata-kata yang lain, iaitu doa : 

Laa Ilaaha Illa Allahu Wahdahu Laa Syarikala Lahu, Lahulmulku walahulhamdu, yuhyi wayumitu, wahuwa 'ala kulli syai'in qodiir..

Sebanyak 10 kali, maka Allah tuliskan baginya 10 kebaikan dan menghapus darinya 10 keburukan, mengangkat derajatnya sebanyak 10 darjat, dan pada hari itu ia berada di dalam perlindungan daripada setiap perkara tidak mengenakkan dan dijaga dari syaitan. Tidak ada yang boleh membinasakannya hari itu selain perbuatan syirik kepada Allah.

Diriwayatkan oleh Tirmidzi (no.3811) kitab ad-Da'awat

jadikan amalan setiap kebaikan
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Friday, September 27, 2013

Tanda Kiamat Semakin Hampir II

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

credit: Mr. Google
11- Anak-anak ingkar dan menderhaka kepada ibi bapa (ibu bapa menjadi kuli dan anak menjadi tuan).

12- Kawan baik dilayan kasar, manakala musuh dilayan baik. Kawan disangka lawan dan musuh diaanggap sahabat serta memusuhi orang yang mengajak berbuat kebaikkan.

13- Dosa dipandang ringan malah bangga melakukannya seperti zina, minum arak, bergaul bebas antara lelaki dengan perempuan, meninggalkan sembahyang, mendedahkan aurat dan berjudi.

14- Masjid dihiasi indah tetapi kosong, terpulau, berkunci dan banyak berlaku kecurian barang masjid yang berharga.

15- Ramai yang sembahyang tetapi munafik dan berpura-pura. Ketika sembahyang, berjanji akan mengikut suruhan ALLAH tetapi di luar sembahyang melanggar perintah-NYA.

16- Akan datang golongan manusia dari barat menguasai mereka yang lemah (iman) dan ramai terpengaruh dengannya seperti mengikut cara mereka berpakaian, bergaul dan suka berpesta.

17- Al-Quran dicetak dengan indah tetapi hanya dijadikan perhiasan dan jarang dibaca serta diamalkan isinya.

18- Darah manusia tidak berharga, sering berlaku pembunuhan, peperangan dan jenayah.

19- Penganut Islam tidak mahu mengamalkan suruhan agama, tidak mahu membela dan menyebarkannya.

20- Ramai orang kaya pergi umrah dan haji dengan tujuan melancong, yang sederhana pergi untuk berniaga dan yang miskin bermaksud meminta sedekah.

semoga ada keizinan dariNya
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Tanda Kiamat Semakin Hampir I

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

cx tahu ramai yang sedia maklum akan tanda-tanda kiamat yang semakin hampir ini. namun cx ingin juga kongsikan sebagai peringatan bersama. semoga Allah ampunkan dosa kita semua. semoga Allah izinkan kita dan memberikan masa untuk sentiasa bertaubat sebelum gugurnya daun di Luh Mahfuz. InsyaAllah. 

credit: Mr.Google
1- Sembahyang diringan-ringankan.

2- Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan melalui iklan, buku, gambar, risalah, filem.

3- Penjenayah menjadi pemimpin dan kebanyakannya jahil mengenai agama serta memberi fatwa yang menyesatkan pengikutnya.

4- Perkara benar disalahkan. Susah untuk membezakan antara perkara halal dengan haram kerana yang haram dianggap halal serta sebaliknya.

5- Berbohong sudah menjadi keperluan dalam hidup sebab dikatakan jika tidak berbohong susah untuk mendapat kesenangan.

6- Membayar zakat (harta, perniagaan dan pendapatan) dianggap beban.

7- Manusia yang hidup mengikut lunas agama ditindas dan hati mereka sentiasa merintih kerana maksiat berleluasa, tetapi mereka tidak mampu mencegahnya.

8- Turun hujan di luar musim dan hujan tidak memberi keuntungan kepada makhluk di muka bumi.

9- Fenomena lelaki berkahwin dengan lelaki (homoseksual) dan perempuan berkeinginan perempuan (lesbian) semakin menjadi-jadi.

10- Perempuan menguasai lelaki dengan memakai ubat guna-guna, sihir dan amalan syaitan lain.

ampunkanlah dosa kami Allah
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Thursday, September 26, 2013

Candy Crush Empat Satu Kosong

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

hai semua! selamat sejahtera hendaknya! kali ini cx hendak kongsi lagi tentang candy crush saga. permainan paling berhantu yang menguasai diri kita sekalian manusia yang tiada berdaya menepis. #ehh. okay sila abaikan. sebelum ini cx ada kongsi Candy Crush Satu Empat Kosong dan Candy Crush Dua Dua Enam. Alhamdulillah sudah lepas kedua-duanya. hihi. penuh dengan kesakitan hati. #Haha


siapa yang bergelar pemain candy crush saga, dia tahu macam mana perasaan apabila tidak lepas. hahah. okay, pada level 410 ini, cx sangat sakit hati juga sebab susah sangat nak lepas. akhirnya cx main menggunakan laptop adik cx. besar sikit nak tengok. yelah selalu main guna telefon bimbit sahaja. kemain lagi telefon bimbit, baku sungguh. lagipun di telefon bimbit, dia lambat kemaskini. jika di lappy, cx dah boleh request ticket. jika di telefon bimbit, tak boleh. 

tapi alhamdulillah #kemain bersyukur lagi padahal main game sajo. haha. tidak mengapa, latih diri untuk mengucap syukur untuk apa jua keadaan yang kita tempuhi :) okay, setelah dah lepas level ini, cx sangat happy sebab beberapa motif. pertama disebabkan cx dapat lepaskan level susah payah ini, kedua sebab cx dapat kalahkan geng-geng yang selalu bertakhta tinggalkan cx kejauhan di level bawah. hahaha. okay ini entry sudah bertukar kepada entry membangga diri. dush! #kbai

semoga bahagia hendaknya
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"


Ujian Warna Atas Talian

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

hai semua! selamat tengah hari. erk. bolehlah kan almost 1++ o'clock. hihi hari ini cx rajinkan diri dan curi masa untuk blogwalking di blog rakan blogger. Alhamdulillah berjaya. maaf jika cx terlepas pandang untuk jengah ke blog kalian. :) sedang bw tadi, cx memang selalu singgah dekat blog Pha Is tau, so hari ini sangat menarik perhatian. huhu. 

Cx's Result
nampak kan keputusan di atas? hihi sebenarnya Pha Is ada buat entry berkaitan Ujian IQ Warna ..cx pada mulanya baca entry pha is dengan perasaan yang biasa-biasa sahaja tetapi setelah cx tinjau komen yang ditinggalkan oleh para blogger yang lain, cx menjadi teruja. apa yang membuatkan cx teruja nk buat juga color iq challenge ini adalah keputusan mereka. kih3. cx nak juga tahu tahap cx dimana, makanya cx pun cuba. Alhamdulillah! itulah keputusannya. kalau dapat 0, lagi hebatlahkan korang! huhu nak cuba uji iQ korang juga? okay pergi terjah blog pha is :) semoga berjaya! ;)

ujilah tahap mindamu
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Kenapa Perempuan?

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

credit: Fotohati.com
1) Kenapa nasihat banyak ditujukan untuk PEREMPUAN?
- Sebab kebanyakan penghuni neraka adalah PEREMPUAN

2) Siapakah antara yang paling senang masuk syurga?
- PEREMPUAN

3) Apakah hiasan terindah di dunia?
-PEREMPUAN solehah

4) Apakah dugaan paling berat lelaki?
- PEREMPUAN

5) Siapakah yang menyebabkan ramai lelaki masuk neraka?
- PEREMPUAN yang mendedahkan aurat boleh mengherat 4 jenis lelaki ke neraka iaitu ayahnya, suaminya, abang-abangnya dan anak-anak lelakinya..

sumber: RayyanRaudhah

peringatan bersama
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Wednesday, September 25, 2013

#Sept25 Wordless Wednesday

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

credit: fb user
Islam is my religion
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"


Friday, September 20, 2013

Fakta Menarik Ibu Bersalin

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

hai semua :) maaf cx tidak sempat nak bw dan refollow kalian. apabila ada masa nanti, cx blogwalking okay :) mungkin hari minggu ini. semangat untuk berblog hilang kebelakangan ini. mungkin tiada idea baru. hihi. tapi nak bw pun cx tidak memberikan masa kepada diri sendiri. maaflah ya, nanti cx lakukan dan aktif semula :) kali ini cx nak kongsikan fakta menarik ibu bersalin. silakan baca :) 

cx suka mereka berdua! hihi
1. Hanya 5% bayi yang lahir pada tarikh EDD (Estimated Due Date) mereka. Kebanyakannya lahir antara minggu ke 37 dan 42 kehamilan.

2. Sehingga bersalin, rahim ibu akan mengembang 500 kali ganda dari saiz normal untuk menampung kandungannya.

3. Purata darah yang hilang melalui proses kelahiran normal adalah 500ml.

4. Kira-kira 80% wanita mengalami sindrom “Baby Blues” semasa dua minggu terawal selepas bersalin disebabkan oleh perubahan hormon badan.

5. Hanya 1 daripada 10 wanita mengalami pecah air ketuban sebelum proses bersalin bermula. Kebanyakan wanita hanya akan mengalaminya apabila mereka telah bersedia untuk meneran keluar bayi.

Nadi Anaqi Zahiril Adzim
6. Badan manusia hanya mampu menanggung kesakitan sehingga 45 Del. Tetapi semasa bersalin ibu akan mengalami sehingga 57 Del yang bersamaan dengan 20 tulang dipatahkan serentak.

7. Apabila seorang ibu mula sakit hendak bersalin, tercatatlah pahala jihad baginya.

8. Apabila seorang ibu melahirkan anak, terhapuslah dosa-dosa lepas bagi wanita itu.

9. Ibu bersalin akan dapat pahala 70 tahun solat dan puasa.

10. Setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah hadiahkannya pahala menunaikan haji.

semoga bermanfaat
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Wednesday, September 18, 2013

#Sept18 Wordless Wednesday

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

credit: fb user
penangan candy crush saga
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Tuesday, September 17, 2013

Segmen : Bloglist Oktober

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

hit banner untuk join sama

TAMAT
19hb September 2013

budi bahasa budaya kita
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Monday, September 16, 2013

Jalan Tercantik di Dunia

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

holla semua! kali ini cx nak kongsikan jalan tercantik di dunia. sebenarnya nak kongsi banyak tapi cukuplah sekadar dua sahaja. hihi. jangan tamak, orang tamak selalu rugi. #ehh padahal malas. hahah! okaylah, jom layan gambar jalan tercantik di dunia :) 


1. Atlantic Ocean Road (Norway)
The Atlantic Ocean Road atau Jalan Atlantik adalah bahagian yang panjang 8.3 kilometer (5.2 bt) County Road 64 yang berlangsung melalui kepulauan di Eide dan Averoy dalam More og Romsdal, Norway. Jalan berjalan di antara kampung-kampung di Karvag Averoy dan Vevang dalam Eida. Jalan-jalan yang dibina di atas beberapa pulau-pulau kecil dan Skerries, yang dihubungkan oleh beberapa tambak, jejambat dan lapan jambatan-yang paling menonjol yang Storseisundet Bridge.

2. Tianmen Mountain Road (Hunan, China)
Gunung Tianmen adalah gunung yang terletak di dalam Taman Negara Tianmen Mountain, Zhangjiajie, di barat laut Provinsi Hunan, China. Cablecar. Ia telah dibina oleh syarikat Perancis Poma dari berdekatan stesen keretapi Zhangjiajie ke puncak gunung. Tianmen Mountain Cableway dituntut dalam penerbitan pelancongan sebagai "cableway penumpang terpanjang gunung yang tinggi di dunia", dengan 98 kereta dan jumlah panjang 7,455 meter dan penaikan 1,279 meter. Kecerunan tertinggi adalah luar biasa 37 darjah. Pelancong boleh berjalan di atas laluan kilometer dibina ke muka tebing di bahagian atas gunung.

okay itu sahaja. selamat melancong kawan-kawan! #tetibe. hihihi #kbai

kosongkan minda, bersihkan hati
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Tiga Cahaya di Hari Kiamat

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ


Di hari kiamat terdapat tiga cahaya yang berlainan iaitu:

1. Cahaya yang pertama seperti bintang-bintang
2. Cahaya yang kedua seperti cahaya bulan
3. Cahaya yang ketiga seperti cahaya matahari

Apabila ditanya cahaya apakah ini? Lalu dijawab:

"Cahaya yang pertama ialah cahaya wajah-wajah manusia yang ketika di dunia, mereka akan meninggalkan pekerjaan dan terus bersuci serta mengambil air wudhu apabila terdengar azan."

"Cahaya yang kedua adalah cahaya wajah mereka yang mengambil wudhu sebelum azan"

"Cahaya yang ketiga adalah cahaya mereka seperti matahari.  Mereka di dunia sudah bersiap sedia di malam masjid sebelum azan"

Subhanallah, semoga kita boleh mendapatkan ketiga-tiga cahaya tersebut. Amin. InsyaAllah. 
sumber: Facebook User

bersama menuju jalan Allah
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Sunday, September 15, 2013

Segmen Follow April hingga Disember 2013 by cik akak omei

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

hit banner to join
tempoh segmen:
2 April 2013 sehingga 31 Disember 2013

senarai hadiah dan peserta yang melibatkan diri. hit photo!

selamat maju jaya!
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Saturday, September 14, 2013

Segmen 1K by Labyrinth

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

hit banner to join

hai kawan-kawan, macam biasa hari minggu kepada seorang blogger adalah mengisi masa lapang dengan menceburkan diri dalam pelbagai segmen sebagai menyokong blogger kita sendiri :) ada yang sekadar blogwalking dan ada juga yang mengemaskini entry. tidak bagi cx kerana pada hari minggu, pasti pageview merudum sebab tak ramai blogger yang melanguk depan komputer riba. hihi. okay jom join segmen 1K ni. sambil-sambil cx dengar radio online penulisan2u.my

Tarikh segmen : 
13 September - 27 September

selamat bersegmen!
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Friday, September 13, 2013

Andai Ini Takdirku - Kisah Benar

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Ini cerita tentang rakan baik saya. Isteri dia menghidapi barah payu dara, namun dia sudah mula mencari spare tyre, dapat pula pelajar muda IPTA.  Isteri dia terpaksa membuang sebelah payu daranya, kawan saya sudah geli untuk bersama dengan isterinya. Bulan 12 tahun lepas, kawan saya berkahwin dengan isteri keduanya yang baru berusia 21 tahun.

Masa cuti Thaipusam, kawan saya bawa isteri keduanya tinggal bersama isteri pertamanya dan yang paling kejam, isteri pertamanya dipaksa keluar daripada bilik utama untuk diberi laluan kepada isteri keduanya. Kejam. Sangat Kejam! Pada mulanya saya tidak tahu juga yang kawan saya itu membawa isteri keduanya, tetapi apabila saya terdengar kecoh dari rumah sebelah, saya nampak kawan saya tengah campak baju-baju isteri pertamanya daripada balkoni rumah sambil berpesan.. "kau orang cakap dengan mama kau...kalau nak papa jaga sampai mampus...jangan lawan cakap papa..."

credit: Suami Isteri Bahagia Rumahtangga Sempurna
Pada 24 Januari 2003, kawan baik saya tiada di Malaysia kerana pergi berbulan madu bersama isteri keduanya di France. Mereka berlepas pada malam harinya di lapangan terbang Changi.  Apabila saya balik ke rumah setelah menghantar rakan baik saya, orang gaji kawan saya menelefon dan mengatakan bahawa isteri pertamanya mengalami sesak nafas, saya kelam kabut ke rumah sebelah untuk bawanya ke hospital. Sebelum dibawa pergi ke hospital continue here . Pada 25 Januari 2003, isteri pertama kawan saya menghembuskan nafas terakhirnya dikala suaminya pula berbulan madu bersama isteri keduanya. 
P/S : Kisah benar ini untuk dijadikan renungan terutama bagi lelaki yang bergelar suami. Setiap yang Allah s.w.t kurniakan kepada kita, tak kiralah sempurna atau tidak pada pandangan mata, ia adalah anugerah, amanah yang tak terhingga nilainya. Isteri dan anak untuk disayang sampai bila-bila, bukan untuk dibuang bila dah "tak berguna".
belajarlah menghargai
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Muda-Mudinya Para Blogger :)

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

hye semua. semalam sebelum tidur, cx menjalankan rutin harian sebagai seorang blogger. apalagi kalau bukan blogwalking kan? atau singkatannya BW. :) melalui bw tersebut, apa yang sempat cx perhati adalah berkaitan para blogger sendiri. bukan cx perhati apa pun, cuma usia para blogger kita sekarang ini.

sepanjang cx berblog, pelbagai jenis blogger cx jumpa. pelbagai versi cerita cx baca untuk satu topik yang sama. kita manusia punyai pendapat yang berbeza, makanya olahan jua punyai irama tersendiri. cuma yang menjadi pengamatan terdekat cx kali ini adalah usia mereka. paling muda cx jumpa adalah adik-adik darjah enam. esok nak UPSR tapi sempat update blog malam sebelumnya. fuh! tabik springlah dik! :)

credit: Modern Muslim Plaza
tak terkecuali adik-adik PMR dan SPM. but it's okaylah sebab mereka pun dah semakin mengenali dunia walaupun sekadar dunia IT. cx memang tabik dekat adik-adik yang dah ada blog diawal usia 12 tahun. Allah! tapi tidak pelik sangatlahkan sebab adik-adik ini membesar dalam dunia IT. serba touch and go. acewah. hihi. beruntunglah adik-adik sekalian tetapi ingat, jadikan teknologi sebagai tempat ilmu. 

jika dulu, zaman cx, tiadalah semua ini. cx sendiri ada telefon bimbit ketika usia 17 tahun. itupun setelah habis SPM. itupun duit sendiri tau! :) facebook pun cx kenal masa zaman diploma. yelah, facebook baru keluar. hihi. untuk blog pula, cx mula ceburkan diri seawal usia 21 tahun. jika sekarang dah tiga tahun cx berblog. boleh agak tak usia cx berapa? hihi. okaylah, macam panjang sangat dah entry ini. even ada banyak lagi  yang cx nak celoteh disini tapi yelahkan, entry panjang-panjang orang taknak baca. kih3. #kbai

bijaklah mendidik diri
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Scoliosis

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

hai semua pembaca yang disayangi. cx doakan kalian sihat sentiasa. semalam cx ada update tentang kes tembak-menembak di Tesco Cheng Melaka, hari ini cx nak kongsikan tentang kesihatan yang ramai antara kita tidak perasan atau tidak endah akannya. tahukah kalian apakah itu scoliosis? 

credit: Mr.Google
Scoliosis merupakan penyakit tulang belakang bengkok sama ada berbentuk S atau pun C.  Scoliosis merupakan istilah perubatan yang merujuk kepada keadaan tidak normal di mana tulang belakang seseorang itu membengkok ke kanan atau ke kiri, atau boleh juga ia berpusing.  Dapatkanlah rawatan segera di hospital, jangan diabaikan kesihatan dirimu. Mencegah itu lebih baik daripada merawat. InsyaAllah. 

sumber: LolipopBlogspot

sayangilah dirimu
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Special Giveaway 2013 by Misz Nadea

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

click here to join
Giveaway akan berlangsung pada 
13- 30 Sept 2013/11:59pm

HADIAH SEPERTI BERIKUT

Top Referal 1 (Seorang) 
CASH RM50
PERFUME AVON
TOPUP RM10
BLOGLIST 6 BULAN

Top Referal 2 (Seorang)
BAJU
PERFUME AVON
TOPUP RM10
BLOGLIST 6 BULAN

Sponsor Bertuah (Seorang)
LONG DRESS
CASH RM20
BLOGLIST 6 BULAN

Hadiah Random
EYELINER x1
ZIPPER CHAM x1
FELT CRAFT PLUSHIES x1
ANAK TUDUNG HALF x2
SHAWL x2
TUDUNG BAWAL x3
BLOGLIST 6 BULAN x3
SPECIAL DOODLE x4
SPECIAL BOOKMARK x5
COVER PHOTO FB x1
HEADER BLOG x4
TOPUP RM10 x4
TOPUP RM5 x12

marilah menyokong bersama
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Thursday, September 12, 2013

Tembak-Menembak di Tesco Cheng Melaka!

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

nampaknya jenayah dah datang menyerang Melaka. Allahuakhbar! adakah Malaysia masih aman? fikirkanlah. cx semakin tak tahu nak cakap apa. negara kita semakin hari semakin menjadi-jadi keganasannya. berita ini amat memeranjatkan dan sangat menakutkan. masih terjaminkah keselamatan diri ini? Allah. Allah. Allah.

GEMPAR ! LAGI KES TEMBAK MENEMBAK DI TESCO CHENG MELAKA
Published on Thursday, September 12, 2013 12:22 PM // Am, Jenayah, Terkini 
MELAKA 12 SEPT - Sekitar jam 10 pagi tadi, telah berlakunya satu insiden tembak menembak di antara pasukan polis dan tiga orang penjenayah yang menaiki sebuah perodua Myvi. Setengah jam kemudian kedengaran bunyi ambulan bergegas ke lokasi kejadian untuk mengesahkan tiga orang penjenayah yang mati akibat terkena das tembakan.
Berita masih belum mengenal pasti punca kejadian sama ada berkait dengan kes anggota kongsi gelap. Berita selanjutnya bakal menyusul.

credit: facebook user
Pesanan daripada polis:
Elakkan dan jangan lalu di kawasan dalam sekitar krubung, durian tunggal, masjid tanah, bukit beruang, petron malim , gadek, shell sungai udang dan kawasan sekelilingnya. kerana disyaki geng 6long akan turun pada malam ini dengan bersenjatakan pistol dan sebagainya. elakkan keluar pada malam hari dan jangan berkumpulan yang mencurigakan pihak polis. pihak polis akan menangkap semua budak yang duduk berkumpulan tidak kira siapa pun.. terima kasih - facebook user *copypaste
sila berhati-hati kawan-kawanku. lebih-lebih lagi yang menetap di Melaka. sila ikut arahan polis. berhati-hati lebih sedikit demi keselamatan diri. sayangi diri dan orang tersayang. doa banyak-banyak. InsyaAllah. 

sayangilah dirimu
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Perkara yang Menjejaskan Kecantikan

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

credit: Mr.Google
Kulit Berkilat
Terik mentari atau ruang panas dan hangat boleh membuat kulit wajah kita mengeluarkan minyak berlebihan. Agar muka tidak terlihat licin dan berkilat, korang boleh cuba lakukan kaedah ini. Sapukan pelembap yang bebas minyak pada wajah. Kemudian sapu rata bedak jenis serbuk. Bagi menambah solekan yang sudah semakin luntur, pastikan korang membuang lebihan minyak dengan menggunakan kertas minyak di wajah. Tekan kertas minyak ke atas permukaan kulit agar tidak merosakkan solekan yang sedia ada.

Lingkaran Putih Kelopak Mata
Kurang tidur boleh menyebabkan timbulnya lingkaran hitam di sekitar mata atau lebam di bawah mata. Bagi mengatasi masalah tersebut, korang boleh menggunakan concealer. Namun, pastikan korang memilih warna concealer yang sesuai dan tidak berlebihan. Jika tidak , ianya akan menyebabkan timbulnya lingkaran putih di sekeliling mata. Pastikan juga concealer tidak lebih daripada satu warna atau lebih terang daripada bedak asas atau warna kulit.

Mata Terlalu Gelap
Solekan untuk mata dengan gaya smoky eye memang menjadi pilihan mereka yang ingin kelihatan lebih seksi.  Tapi solekan mata terlalu gelap atau berat boleh menyebabkan mata nampak kecil atau sepet. Sebenarnya hitam bukanlah satu-satunya warna yang boleh dipilih untuk mengaplikasikan gaya ini.  Korang boleh gunakan warna kelabu terutamanya yang berkilat dan boleh menciptakan kesan yang sama seksinya tanpa membuat mata yang kecil.

Gigi Berlipstik
Ketika memakai lipstick korang tidak perasan ada sedikit lipstik yang terlekat pada gigi. Pastikan korang tidak merosakkan senyuman korang yang menawan dengan masalah tersebut.  Bagi mengatasinya, korang boleh sapukan lipstik pada bibir terlebih dahulu. Kemudian buang lebihan lipstik dengan menggunakan kertas minyak. Ambil tisu dan sapukan ke permukaan gigi untuk menghilang bekas lipstick yang mungkin melekat pada gigi korang. Oleskan pengilap bibir untuk menampakkan bibir korang lebih menyerlah dan bersinar.

sumber: Mingguan Wanita

hargailah dirimu
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Wednesday, September 11, 2013

Tips Kekal Awet Muda

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

hai semua. entry kali ini sangat teruja untuk cx kongsikan kepada kalian semua. cara mudah untuk kekal awet muda. cx pasti ramai anak dara diluar sana yang nak kekal awet muda kan? siapa yang tidak mahu. betul tak? perempuan sentiasa inginkan diri mereka kelihatan cantik dan muda. :) okaylah, mari cx kongsikan.

credit: Mr.Google *i love soo young! hehe
Tidur
Tidur amat penting untuk kesihatan tubuh badan anda. Kulit anda juga akan bertambah baik dengan tidur yang mencukupi. Tempoh tidur yang baik ialah 6 – 8 jam setiap hari. 

Cara berjalan
Penting untuk kita berjalan dengan betul. Ada yang berjalan terbongkok-bongkok, ada yang jalan tertunduk-tunduk. Ada yang laju yang amat, ada yang perlahan yang sangat. Cuba berjalan tegak seperti berjalan menuruni tanah landai. Kalau anda berjalan turun bukit, pasti anda akan cuba tegakkan badankan? Berjalan tegak tapi tidak mendada. Berjalan juga senaman yang amat bagus untuk jantung. 

Makan buah-buahan & sayuran
Buah-buahan dan sayuran adalah baik untuk kesihatan dalaman dan juga kulit anda. Ulam-ulaman tempatan juga baik untuk badan. Selain murah, ia juga mudah untuk didapati dan mengandungi khasiat yang sangat tinggi. Jadikanlah ia sebagai amalan harian anda! 

Minum air
Amalkan minum air sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Air akan melembabkan kulit anda serta membantu peredaran darah anda. 

Jangan merokok
Merokok membahayakan kesihatan. Ia juga merosakkan struktur kulit. Berdasarkan kajian perubatan, merokok menyumbangkan kira-kira 45% faktor penuaan berbanding dengan mereka yang tidak merokok. 

Makan makanan seimbang
Amalkan pemakanan seimbang didalam kehidupan anda. Pastikan diet anda lengkap dengan kandungan vitamin dan mineral yang diperlukan. Dinasihatkan supaya mengambil makanan mengikut piramid makanan yang telah ditetapkan. 

Tangani tekanan & sentiasa berfikiran positif 
Tekanan bukan sahaja akan mempengaruhi kesihatan mental sebaliknya ia juga akan mempengaruhi kesihatan badan anda. Teorinya mudah sahaja, bagi mereka yang selalu gembira pastinya akan kelihatan muda berbanding dengan mereka yang selalu berdepan dengan tekanan. Dan sentiasalah berfikir secara positif. Anda pasti akan berasa lebih tenang jika sentiasa amalkan kehidupan yang positif. Pembacaan buku-buku motivasi juga boleh membantu anda berfikiran positif.

sumber: Yahoo.com

hargailah dirimu
lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Cara Mencerahkan Bibir Gelap

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

credit: Mr.Google

1. Anda boleh gunakan berus lembut atau berus gigi untuk menanggalkan sel kulit mati atau rekahan bibir yang kering. Apabila sel kulit mati telah dibuang, sel kulit yang baru akan kembali dan mengembalikan kelembutan bibir. 

2. Letakkan madu di bibir anda selama 15 minit sebelum dibasuh dengan air. Lakukan pada waktu malam sebelum tidur. 

3. Letakkan ubat gigi pada bibir selama 3 minit dan dibasuh dengan air. Lakukan setiap hari sehingga warna bibir menjadi agak cerah. 

4. Sapukan santan kelapa pada bibir untuk membantu mencerahkan kulit bibir. Sapuan dilakukan sebelum tidur pada setiap malam sehingga bibir cerah kembali. 

5. Kurangkan merokok. Perokok tegar memang sudah arif yang bibir yang terdedah dengan nikotin akan menyebabkan bibir menjadi gelap. 

6. Hadkan daripada mengambil minuman kopi dan teh. Ia memang akan menggelapkan bibir anda jika terlebih minum kopi dan teh. 

7. Sebelum membeli gincu, anda boleh buat 'patch test' dahulu. Sapukan gincu pada tangan anda. Jika anda merasa gatal-gatal atau alahan, elakkan dari membeli gincu itu. Selain itu tanggalkan gincu sebelum tidur dan bersihkan bibir anda. Paling penting adalah jangan gunakan gincu yang sudah tamat tempoh. 

8. Jika anda keluar rumah, jangan lupa untuk sapukan lipbalm untuk melindungi bibir dari sinar UV. Ini kerana pancaran matahari bukan saja boleh menggelapkan kulit, tapi juga boleh menggelapkan bibir. 

9. Makan buah-buahan segar dan sayuran serta minum air dengan secukupnya. 

sumber: Yahoo.com

serlahkan kewanitaanmu
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Tuesday, September 10, 2013

Tindakan yang Boleh Diambil Jika Orang Tidak Maafkan Kita

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

entry sebelum ini cx ada update tentang Kelebihan Memaafkan Orang Lain. entry kali ini, cx nak kongsikan tentang antara tindakan yang boleh diambil sekiranya orang masih tidak memaafkan kita. semoga memberi manfaat bersama. InsyaAllah

credit: Mr.Google
1. Mohon lagi maaf melalui telefon, sms atau kaedah selain bersemuka, 
2. Kita maafkan SEMUA orang agar Allah gerakkan dia maafkan kita, 
3. Kita doakan dia agar lembut hati untuk berubah dan dapat maafkan kita, 
4. Buat baik kepada dia bila ada kesempatan, 
5. Hebahkan kebaikan dia kepada orang lain, 
6. Bela dia bila orang lain kutuk dia, 
7. Sedekah dan hadiahkan pahala kepada dia yang enggan maafkan kita, 
8. Tawakkal dan berserah kepada Allah utk selesaikan masalah. 

sumber: DHMFK

Moga Allah rahmati kita semua.
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Kelebihan Memaafkan Orang

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

credit: Mr.Google
1. Allah ampunkan dosa kita, 
2. Allah gerakkan orang lain maafkan kita, 
3. Hati kita jadi murni, 
4. Fikiran tenang, 
5. Doa makbul, 
6. Badan sihat, 
7. Muka comel dan awet muda, 
8. Pintu rezeki terbuka, 
9. Allah beri hidayah dan masalah akan selesai satu persatu, 
10. Allah sayang dan semua makhluk Allah akan sayang pada kita juga, 
11. Kita bentuk imej dan sahsiah diri yang lebih cemerlang, 
12. Kita jadi teladan positif kepada ahli keluarga dan orang lain. 

Terlalu banyak keuntungan yang kita dapat bila memaafkan orang. Kenapa masih berkira sangat dan beri berbagai alasan untuk tidak maafkan orang? Sebenarnya, jika kita tak maafkan orang, kita yang sengsara di dunia dan di akhirat! Mari pujuk diri untuk maafkan semua orang. Moga Allah beri kita kekuatan untuk memaafkan orang lain. InsyaAllah

sumber: 
Dato' Dr. Hj. Mohd Fadhilah Khamsah

bersihkanlah hati dan maafkanlah
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Monday, September 9, 2013

Pembaca dari Latvia, France, Romania

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

hye everyone! dah lama cx tak tengok pageview secara details. alhamdulillah lately ni, pageview semakin baik. :) dah lama sangat tinggalkan blog kan, bila aktif semula, bagilah usaha itu betul-betul usaha. tapi tidaklah boleh cx update sehari banyak entry, at least satu atau dua entry. kalau ada masa lebih, cx updatelah lebih entry. yalahkan, nak update entry, perlulah banyak membaca dan membuat pengamatan dialam dunia maya dengan teliti. kalau salah update, mendatangkan fitnah. kan dah berdosa namanya. Nauzubillah Minzalik. jauhkanlah. biarlah perkongsian yang dibuat dapat pahala. bukan dosa. blog bukan sekadar berkongsi tetapi blog merupakan site income pahala buat kita. so, hati-hati okay kalau nak kongsi :) kongsilah yang baik-baik. InsyaAllah. :)

click picture for best view. thank you dear :)
Alhamdulillah. merujuk kepada pageviews CXopportunities for today, syukur ke hadrat Allah bila rata-rata pembaca datang membaca di blog cx. Alhamdulillah. semoga ada entry yang memberi mereka manfaat :) InsyaAllah. terima kasih cx ucapkan kepada rakan pembaca. tidak kiralah kalian silent reader sekalipun, terima kasih banyak-banyak. :) Alhamdulillah. 

Ilmu Allah itu Luas
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Punca Sukar Turun Berat Badan

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

credit: Mr.Google
1. Kurang minum air kosong
2. Tidak sarapan pagi. Sarapan amat penting untuk penurunan berat badan yang ideal
3. Tidak cukup tidur
4. Makan makanan yang tidak seimbang
5. Metabolisma yang lambat - sila google
6. Makan lewat malam
7. Kurang bersenam untuk bakar kalori
8. Skip waktu makan

amalkan hidup yang sihat
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Comel Sangat Peminat Shila Amzah! :)

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ


ini kisah sabtu lepas, sengaja update hari isnin sebab sudah ketahui trafik sabtu dan ahad di blog tidak berapa nak mengancam. hihi. blogger keluar berjalan kan. ;) kelmarin cx sengaja stalk instagram shila amzah. tiba-tiba cx terjumpa gambar ini dan tertarik dengan komen peminat beliau. perhatikan komen yang cx kotakkan dengan kotak hijau. seriously sangat comel! hihi. bila cx baca sahaja komen farhansupadi itu, terus cx tergelak. macam-macam keletah para peminat ni kan. hihi apa-apa pun, shila memang sangat cantik. cx suka :) #kbai

indah itu Islam
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Sunday, September 8, 2013

Tudung Aaron Aziz? Apakah?

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

weh! tergamak! seriously. cx tak tahu tudung aaron aziz ini ada atau tidak sebenarnya. tapi rasanya macam tiada. makanya, mesti ada yang sabotaj. apakah tergamak orang yang sabotaj orang lain macam ni? anyway, kelakar pun iya juga. hahaha. sorry. gambar tersebut cx dapat ketika cx jelajah KELAB BLOGGER tadi. sebenarnya cx mencari new entry untuk dibaca, tetapi secara tiba-tiba terjumpa. tak baik tau buat macam ini! ;p
diingatkan kembali, gambar diatas BUKAN PEKERJAAN cx okay! cx dapat daripada kelab blogger. ada yang post. huhu. okaylah, apa-apa pun, tak baik tau buat orang sesuka hati. hihi. :) artis pun manusia juga. okaylah, tata~

jagalah aibmu
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Segmen Follow Me by Salamah Ishak

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ


hit banner kalau nak join sama dengan cx :) 
End 22 September 2013 pukul 12tengahari.

membantu itu amalan mulia
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Segmen Follow Me By Sha & FD

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

selamat petang semua! disebabkan sabtu ahad, kebiasaannya blogger jarang update. makanya, cx pun melibatkan diri dengan segmen yang dianjurkan oleh para blogger :) dan memang kebiasaan pun cx buat apabila tiba hari minggu. :) daripada blog kosong tanpa sebarang entry baru, lebih baik kita support rakan blogger kita kan :)


sila hit banner untuk join sama. terima kasih :) 

Hadiah
i) Topup RM 5 x 2
ii) Button Badge Blogger x 6
iii) Keychain dari Sabah x 2
iv) Shiseido Mask x 5
v) Hadiah Misteri x 2
**Penyertaan lebih dari 150 orang, hadiah akan ditambah !!

Pemilihan Pemenang
i) Top Refferal
ii) Random.org
Tarikh Penting
i) Mula : 7 September 2013
ii) Tamat : 18 October 2013
iii) Pengumuman pemenang : 19 October 2013
iv) Claim hadiah : 19 - 26 October 2013
**Peserta akan diupdate dari masa ke semasa 

selamat bersegmen!
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Segmen Rakan Blogger cikguzamrud.com

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Klik di sini untuk menyertai Segmen Rakan Blogger cikguzamrud.com


Jom sertai "Segmen Rakan Blogger cikguzamrud.com". Segmen ini berlangsung daripada 1 September 2013 hingga  30 September 2013. Caranya mudah sangat. Cuma lima langkah sahaja.

  1. Follow Blog cikguzamrud.com, Tambah Google+ hijau zamrud
  2. Buat entri bertajuk "Segmen Rakan Blogger cikguzamrud.com"
  3. Copy paste kod HTML yang telah disediakan diruangan HTML new post dan publish entri.
  4. Tinggalkan link (URL entri) anda diruangan komen entri ini.
  5. Klik mana-mana iklan Nuffnang.

  6. Blog rakan blogger yang menyertai "Segmen Rakan Blogger cikguzamrud.com" akan tersenarai dalam bloglist cikguzamrud.com sehingga 31 Disember 2013.

    Segmen ini dibuat sempena pertukaran domain pbssainsonline.blogspot.com kepada cikguzamrud.com. Selain itu, ia memberi peluang kepada cikguzamrud mengenali rakan-rakan blogger dan menziarahi blog rakan-rakan blogger. Secara tidak langsung segmen ini dapat merapatkan lagi persahabatan sesama blogger.

    Kepada semua rakan blogger, selamat berkenalan. Terima kasih kerana memberi meryertai "Segmen Rakan Blogger cikguzamrud.com". Sokongan kalian amat saya dihargai.

    menyokong rakan blogger
    "lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

    Saturday, September 7, 2013

    Segmen Tinggalkan Url Blog/ Url Entry

    بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
    اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

    Hit Banner to Join Together :)
    Tamat: 7 September 2013
    HADIAH (2 pemenang akan dipilih):
    Ankle Bracelet
    Wallet

    merajinkan diri dikala malas
    "lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

    Segmen Sabtu by Emas Putih & Dedeq

    بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
    اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ


    hit banner guys! :) lets join together!
    Celcom
    Hadiah : Topup RM5 x 15 Pemenang
    Tarikh Tamat : 08 Sept 2013 , 11:59pm (24 Jam Sahaja)

    menyokong rakan blogger
    "lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

    Wednesday, September 4, 2013

    #Sept04 WORDLESS WEDNESDAY

    بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
    اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

    credit: Oh! Media

    hidup biar berpada
    "lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

    #Sept04 WORDLESS WEDNESDAY

    بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
    اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ


    from Him for Me
    "lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

    Monday, September 2, 2013

    RON95 dengan 20SENnya.

    بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
    اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

    hai pembaca yang cantik lagi bijaksana. seperti semua orang pun tahu, malam ini adalah malam terakhir harga minyak ikut standard RM1.90 seliter. tepat 0000, harga RON95 melonjak naik kepada RM2.10 setelah RM0.20 dianak angkatkan serta merta. fuh! sebelum ini harga RON97 turun 20sen tapi sekarang 20sen itu dipindahkan kepada RON95. bijak! bijak! #pfffftt

    Caltex dan Shell
    macam-macam status up malam ini di facebook dan twitter. :) nak buat macam mana, hidup demokrasi, so suara rakyat dibolehkan. antara yang cx baca status mereka adalah :

    What Drives You tonight?  the answer is 20sen. HAHA!
    "Minyak naik 20 sen, oleh itu kalau ada duit baki 20 sen, simpan elok-elok duit syiling tu. Jangan sepah-sepah, kumpul masuk tabung. Nanti boleh guna bayar duit minyak. # Harga minyak naik 20 sen" - NJ;2013
    "Topik minyak naik 20 sen 'je' memenuhi wall fb.  Bila harga minyak petrol naik, automatik harga benda lain naik... Gaji je tak naik-naik" - SA;2013
    "Minyak da naik.. gaji tak naik-naik,.. nampak tak permainan dia di situ?? salah undi kot ritu.. fuh2!!" - NA;2013
    okaylah, berhati-hati ya di jalan raya kawan-kawan semua! jangan gara-gara minyak naik, kalian masing-masing baran di jalan raya. selepas ini boleh dah aplikasikan naik basikal macam negara Jepun. ayuh mulakan mengayuh basikal! yeah! #kbai

    manfaatkan sebaiknya
    "lahirkanlah keikhlasan dihatimu"


    Cabaran di Awal Perkahwinan

    بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
    اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

    welcome september everyone! :) alhamdulillah sekejap sahaja masa berlalu. :) okaylah, cx pasti ramai yang sudah, sedang dan akan mendirikan rumah tangga tak lama lagi, makanya cx nak kongsi sedikit cabaran di awal perkahwinan. semoga memberi manfaat kepada kita semua. InsyaAllah.


    1. Mengenali diri dalam konteks yang baru iaitu dunia berumah tangga. adakah aku dapat taat perintah Allah? sabar dengan setiap ujian? mampukah mempamerkan kasih sayang berpanjangan? dan bertanggungjawab?

    2. Kenali pasangan yang sebenar. peribadi semasa bercinta atau bertunang seringkali berubah selepas berkahwin!

    3. Cari titik-titik keserasian sebab kebanyakan kita tertarik kepada pasangan yang berlawanan perangai kita.

    4. Segera belajar mengimbangi antara kerjaya dan rumahtangga.  ramai pasangan baru yang tak peka mengenai isu ini dan hadapi berbagai masalah serta konflik selepas kahwin.

    5. Belajar untuk lebih memberi daripada menerima. jangan sibuk meminta hak, tapi banyak memberikan hak kepada pasangan

    sumber: Dato' Dr. Hj Fadhilah Khamsah

    indahnya alam perkahwinan
    "lahirkanlah keikhlasan dihatimu"