Thursday, December 12, 2013

30 Pasangan Pilih 11.12.13

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Holla everybody! Menjadi perbualan hangat apabila diperkatakan tentang 11.12.13 ini yang merupakan tarikh keramat bagi Che Ta dan Zain Saidin yang melangsungkan pernikahan mereka semalam. Namun, apakah istimewanya tarikh ini kepada kalian semua? Pada cx? biasa-biasa sahaja ;p

Credit: Mr.Google
Tanggal 11.12.13 semalam menjadi pilihan ramai pasangan untuk mendaftarkan perkahwinan mereka.  Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Norehan Abdullah menyatakan bahawa seramai 30 orang pasangan memilih tarikh ini. Begitu ramai yang tertarik dengan tarikh ini kan?  Malah, ada antara mereka yang telah membuat tempahan tarikh tersebut seawal 15 Jun 2013. Dahsyat bukan? fanatik sungguh manusia-manusia tersebut dengan tarikh keramat ini. Tidak mengapa, setiap manusia itu lain-lain citarasanya. Tidakkah begitu sahabat semua? :)

Sebelum tibanya tarikh keramat ini, ramai juga yang tidak ketinggalan untuk memilih tarikh-tarikh keramat yang mungkin cantik dan ada makna tersendiri bagi mereka. Antara tarikh yang menjadi pilihan adalah 10.10.10 (10 Oktober 2010), 11.11.11 (11 November 2011) dan 12.12.12 (12 Disember 2012). Korang bagaimana? Ada juga tarikh keramat yang menjadi pilihan? :) - Bernama

Meriahkan Harimu
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Wednesday, December 11, 2013

'Rules' di Rumah Mertua

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Hai semua! apa khabar? Sekian lama cx meninggalkan blog cx ini terbengkalai tanpa dijenguk.  Baiklah, kali ini cx kembali dengan isu-isu yang mungkin menjadi perbualan secara tidak sengaja bagi mereka-mereka yang dah berkahwin, baru berkahwin atau hendak berkahwin. Semoga bermanfaat :) InShaAllah. Rules ini untuk para wanita sahaja :) 
credit: Mr.Google
1. Jangan Malas
Ketika zaman muda mudi single mingle, bolehlah jika hendak bermalasan, tetapi apabila sudah berumahtangga, tolonglah rajinkan diri. Contohnya, jika bangun pagi, nampak dalam sinki ada pinggan dan cawan kotor, janganlah bangun terus duduk depan televisyen, teruslah bertindak membersihkan semua yang perlu. Sila ubah perangai. Lebih-lebih lagi di rumah mertua. Sehari dua bolehlahkan, sebulan setahun berikutnya? Korang pun boleh agak apakah respon adik beradik dan kedua ibu bapa pasangan?

2. Adab
Kenapa cx tekankan adab? Baiklah, cx terus bagi contoh. Jika ketika makan beramai-ramai dengan famili, tak kira dengan famili sendiri atau mertua, sekiranya mereka duduk makan di bawah, tolong jangan biadap nak duduk atas kerusi atau tempat yang lebih tinggi berbanding orang tua. Jika nenek cx, dah lama dia cubit peha cx. Kenapa? tindakan tersebut tidak berapa sopan untuk kita yang muda. Jika dah terbiasa dengan keluarga sendiri, tolong jangan buat ketika di tempat orang lain. Itu dipanggil biadap! okay? :)

3. Telefon Bimbit
Ini merupakan satu lagi hal. Jika di rumah mertua, tolonglah jangan ke hulu ke hilir bawa telefon bimbit di tangan. Letak sahaja telefon tersebut dalam bilik. Dah berkahwinkan? Nak mesej siapa lagi? Nak berlaman sosial? Tunggu malam sikit tak bolehkah? Ini tidak, bangun tidur sahaja, sudahlah tidak ringankan tulang kemas rumah basuh baju ke kan, bangun tengok tv siap pegang telefon. Tengah makan pun pegang telefon. Mak Ayah mertua ada di ruang tamu pun pegang telefon lagi. Adab kau letak mana?! Haa.. Marah sangat rasa di hati apabila ada segelintir yang melakukan sedemikian. 

Cx Pesan:
Tolonglah ya, apabila dah berkahwin, buat cara dah berkahwin. Jangan lupa, korang duduk mana dan dengan siapa. Jangan bila depan suami sahaja tunjuk sopan, beradab dan rajin. Apabila suami tiada, tunjuk belang. Berubahlah  ya. Tolong jaga sikit maruah seorang wanita, isteri, ibu dan nenek kerana kita sendiri akan merasai segala title tersebut suatu hari nanti. 

Belajarlah Beradap
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"