Friday, December 26, 2014

Fenomena Alam : Banjir 2014

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

ihsan siakap keli
Merenungkan keadaan dunia sekarang, Allah sedang menguji bumi Malaysia. Allahuakhbar! Dugaan demi dugaan pada tahun 2014 ini. Mudahan Allah menerima segala amalan dan taubat kita sebelum mengambil semula bumi pinjamanNya ini. Amin Ya Rabbal'alamin.

Melihatkan kekeruhan banjir yang semakin menjadi-jadi dan tiada petanda untuk surut, ayuhlah kita sama-sama berdoa. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Angka korban turut menjadi mangsa selain angka mangsa yang senantiasa meningkat. Cx berdoa kepada Allah agar kepada mangsa-mangsa yang terperangkap, dapat dijumpai pasukan penyelamat.  Bayangkan tiada apa yang boleh digunakan untuk meminta bantuan. Elektrik semua terputus bekalan, apatah lagi air dan makan minum. Nak pentik api pun peratusnya rendah supaya dapat meminta bantuan dengan memberitahu lokasi mereka. 

Mudahan Allah permudahkan dan Allah kembalikan keadaan sediakala.  Tadi terlihatkan gambar-gambar kucing yang terkandas dalam banjir. Luluh hati mengenangkannya. Tengok muka takut dan terpinga-pinga, macam manalah nasib mereka. Allah Ya Allah. Bayangkan kita? Allahuakhbar. Apatah lagi mangsa banjir yang bergelar manusia. Allahuakhbar! Cx harap sangat Allah selamatkan semuanya. Amin. Ayuh kawan-kawan, jangan putus doa. Doa adalah senjata kita. InShaaAllah. 

Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui
lahirkanlah keikhlasan dihatimu

4 comments:

Yumida Huda said...

kesian sidak di sinun hoo. byk tanggung kerugian ya. tp syukur juak, byk bantuan dihantar. even ada juak kes kehilangan nyawa. tedah pusak, dak manok indah, mesti takut nangga aek besar. lagik la mun dak lembu indah. haiwan berbadan besar. gine nak selamat sidak ya hoo..

Deanna Morni said...

jaik ati ngga pusak nyelamat dirik pon...sedih ehhh...huhuhuhu

Anonymous said...

sedih sangat tengok gambar2 kucing yang terkandas. menangis melihat nya. kenapa tuan2 mereka tidak selamat kan mereka bersama. kesian mereka. sampai hati tinggalkan mereka...harap orang2 yang menyelamat tolong lah selamatkan kucing atau semua binatang yang terkandas juga... mereka juga makhluk Allah yang perlu perlindungan... besar pahalanya menolong mereka...dan kucing adalah binatang kesayangan Rasullullah... Semoga Allah pelihara mereka semua juga....amin...

CT Humairah said...

alaaaaa cik cik meow tu semua T.T