Thursday, February 27, 2014

7 Tindakan Bahaya Selepas Makan

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

hai semua orang. berjumpa kita lagi pada hari ini. apa khabar? harapan cx agar semua orang sihat hendaknya. cx nak kongsikan tujuh tindakan bahaya yang korang mesti hindarkan daripada melakukannya selepas makan. Ingat ya! Jangan buat! 

credit: Telugu Desk's Photo & Facts
* Jangan merokok - Eksperimen dari pakar membuktikan bahawa merokok rokok selepas makan adalah setanding dengan merokok 10 rokok ( kemungkinan kanser lebih tinggi).

* Jangan makan buah-buahan serta-merta - Segera makan buah-buahan selepas makan akan menyebabkan perut akan mengembung dengan udara. Oleh itu mengambil buah-buahan 1-2 jam setelah makan atau 1 jam sebelum makan .

* Jangan minum teh - Kerana daun teh mengandungi kandungan asid yang tinggi . Bahan ini akan menyebabkan kandungan protein dalam makanan yang kita makan akan menjadi keras dengan itu sukar untuk dihadam.

Jangan ketatkan ikatan tali pinggang - ikat pinggang setelah makan akan menyebabkan usus terbelit dan disekat.

Jangan Mandi - Mandi selepas makan akan menyebabkan peningkatan aliran darah ke tangan , kaki dan badan yang menyebabkan jumlah dara sekitar perut akan terus berkurang. Ini akan melemahkan sistem penghadaman di dalam perut kita.

* Jangan berjalan - Orang selalu mengatakan bahawa selepas makan berjalan seratus langkah dan anda akan hidup hingga 99kali. Sebenarnya ini tidak benar . Berjalan akan menyebabkan sistem pencernaan tidak dapat menyerap nutrisi dari pengambilan makanan kita .

* Jangan tidur dengan segera - Pengambilan makanan kita tidak akan dapat mencerna dengan betul. Oleh itu akan membawa kepada gastrik & jangkitan di dalam usus kita.

Selamat beramal!
lahirkanlah keikhlasan dihatimu

Tuesday, February 25, 2014

Sebelum Semuanya Terlambat

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ


credit: Homemoms Worldwide 's Photo and Story
Seorang isteri mengadu kepada suaminya…..”Abang badan saya sakit-sakit”….lalu suami berkata….”itulah buat kerja banyak sangat, sakit urat kot”. 
Seorang isteri mengadu…”Abang, saya pening rasa nak pitam”…lalu suami berkata….”dahlah tu…makan panadol…..penat sangat tuh”. 
Seorang isteri mengadu…..”Abang duit belanja dapur dah habis”….lalu suami berkata…”aik…kan baru bagi lagi …takkan dah habis…pening la macam ni”. 
Seorang isteri mengadu…”bang saya rasa penat nak bersama”….lalu suami berkata…”ala asyik penat jer….stress betul”. 
Seorang isteri mengadu …..”bang badan saya kebelakangan ni rasa sejuk-sejuk jer, kenapa?”...lalu suami berkata…..”nak demam kot”. 
Seorang isteri mengajak…..”bang boleh bawak saya bergi buat check –up tak”…lalu suami berkata….”lain kali la…abang busy…lain kali kita pergi”. 
Seorang isteri memohon…..”bang….boleh bagi saya cuti satu hari….saya nak berehat…abang bawak anak keluar…saya betul-betul dah penat”….suami berkata…..”alaaaa…abangpun penat juga”. Walhal seorang suami waktu cutinya boleh tidur selama mana diingini…..
Namun suatu hari….

Si isteri merayu sambil menangis….”Bang, sempena hari ibu ni saya nak minta satu permintaan, boleh tolong saya tak? Tolong bawa anak-anak keluar sekejap tak saya nak tidur”.

Lalu melihat kan airmata dan rayuan isteri tadi suami bersetuju….”baiklah abang bawak pergi rumah mak…nanti petang abang balik”.

Namun, sekembalinya suami ke rumah……si isteri dilihat tidur dengan nyenyak dan apabila dikejutkan si isteri rupanya telah tidur untuk selamanya…..

Akhirnya suami tadi sedar tapi segalanya dah terlambat baginya….

SAYANG….abang mintak maaf….
Bila SAYANG mengadu sakit2 badan…. Abang sangkakan SAYANG sakit urat…..tapi penyakit itu telah menular dan menyakiti SAYANG di segenap nadi SAYANG….
 
Bila SAYANG mengadu pening dan rasa nak pitam…abang sangkakan…..penyakit biasa dan suruh SAYANG telan panadol jer…. 
Bila SAYANG mengadu duit belanja dapur dah habis…abang bising cakap abang pening kepala pikul beban sorang-sorang…walhal SAYANG juga pening memikirkan macamana nak berjimat sampai SAYANG nak beli keperluan SAYANGpun tak cukup….sampai SAYANG nak beli barang-barang peribadi SAYANG pun susah….sampai SAYANG nak menggantikan pakaian dalaman SAYANG sebulan satu pun tak der…. 
Bila SAYANG mengadu penat nak bersama…..abang selalu marah2 dan berhasrat nak cari lain…walhal sel-sel badan SAYANG dah x mampu nak tanggung beban tugas seharian SAYANG di rumah…. 
Bila SAYANG ajak abang pergi buat check up…..abang kata abang sibuk walhal kerja opis abang tak pernah habis…..dan masa yang ada kekadang abang tolong kawan-kawan….. 
Bila SAYANG mengadu rasa sejuk2 badan dan abang kata nak demam rupanya itu tanda-tanda SAYANG dah nak pergi….. 
Bila SAYANG mengadu nak cuti sehari….sebagai majikan SAYANG …abang tak pernah bagi cuti walau setengah hari…..kesian SAYANG …. 
SAYANG…maafkan abang….abang tak pernah nampak semua kesakitan yang SAYANG alami tuh….kuatnya SAYANG hadapi setiap kesakitan itu plus dengan kerenah abang dan anak-anak. Abang tak pernah hirau nak baawak SAYANG ke klinik buat full body check up kerana abang ingat semua tu sakit biasa. Nampak sayang sentiasa sihat dan tersenyum waktu abang balik…Cuma sayang mengadu macam tuh jer….. 
Maafkan abang kerana tak pernah ambil serius kesihatan SAYANG …..Namun….semuanya dah terlambat…. SAYANG dah pergi untuk selamanya….segalanya takkan berpatah balik….Sekarang selama seminggu pemergian SAYANG …..abang ambil cuti menguruskan anak-anak dan abang rasa keletihan dan kelelahan SAYANG …..bagi abang kerja di opis masih juga ada waktu abang berehat….agaknya sebab tulah SAYANG penat sangat…. 
Maafkan abang kerana semuanya sudah terlambat……

Hargailah Pasangan Anda
lahirkanlah keikhlasan dihatimu

Monday, February 24, 2014

Symptom Mommy-to-be

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

holla everyone! dah lama cx tidak update blog cx kan. Almaklum sibuk dengan komitmen kehidupan. Acewah. Kali ini kedatangan cx adalah untuk berkongsi dengan korang semua tentang symptom mommy-to-be. hehe macam seronok sahaja kan? terutama kepada para isteri dan suami yang baru berkahwin. Korang yang belum kahwin pun masih boleh baca. Tiada masalah. Jadikan ianya sebagai ilmu baru. :) 

credit: Mr.Google
1. Suhu Badan Naik
Tidak semena-mena, suhu badan naik. Lebih-lebih lagi apabila bangun tidur dan di waktu malam. Hanya encik suami yang boleh memastikannya. Bagi para ibu, sudah tentu dapat merasakan suhu badan naik. Tetapi ada juga yang tidak perasan. So, para ibu bolehlah mula amalkan merekod suhu badan kalian setiap hari bagi yang merancang untuk mendapat zuriatlah ya :)

2. Demam
Sangat ketara bagi setiap bakal ibu. Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba demam. Demam yang boleh ambil masa sehingga empat ke tujuh hari. Bergantung kepada badan masing-masing.. Kenapa demam? Sebab badan yang ada baby, akan wujudnya hormon berlebihan yang menyebabkan suhu badan si ibu mendadak naik tanpa amaran. Makanya, be prepared! :)

3. Mual & Loya
Ini terjadi kepada majority para ibu. Kalau tak teruk pun, sekali sekala mesti ada rasa mual dan loya. Walaupaun sesaat datangnya loya tu :) Tetapi ada juga yang sepanjang sembilan bulan itu mengadap. Bahagian masing-masing. Tapi jangan risau, doktor cakap, kalau para ibu mual dan loya, itu tandanya baby sihat. Alhamdulillah :)

4. Lapar
Haa, lapar ini bukan dibuat-buat. Lapar memang tahap gelojoh punya. Hahaha. Pantang nampak makanan, terus nak makan. Walaupun makanan still atas periuk yang baru hendak ditumis. Haha. Bau sahaja dah mendatangkan kelaparan yang membuak-buak. :) Korang bayangkan eh, bau nasi yang tengah menggelegak nak masak dalam periuk nasi pun dah terliur. Kecur.. huhu. Okay tapi ada juga yang jenis tiada selera makan. Makanya, jangan lupa ambil supplement dan ubat-ubatan yang doktor bagi ya. Much better minum susu. Baik untuk ibu dan anak :)

5. Lenguh / Kejang
Bergantung kepada badan masing-masing juga. Lenguh yang betul-betul lenguh okay. Korang bayangkan tiba-tiba nak bangun, lutut lenguh macam orang tua. Haa.. mampu kau nak berdiri cepat-cepat? fuhh. Memang lenguh. Sebegitu rupa agaknya para ibu kita yang dah berusia rasakan ya? :) hurm. Hargailah mereka. Kejang ini terjadi apabila tidur malam. Tiba-tiba sahaja tengah syok tidur, kaki kejang. Kejang yang macam apabila hari hujan yang sejuk kematu gitu. Sakitkan? Para ibu sahaja yang merasa nak oii. huhu

Okaylah. itu sahaja perkongsian cx kepada kalian semua yang merancang untuk menjadi ibu dan bapa. :) Korang sudah boleh mula perhati diri 24/7 untuk ketahui perubahan-perubahan yang ada pada badan korang. :) Ini symptom cx kah? Korang rasa? Haa, dah ada jawapan? Makanya, itulah jawapannya. lalalalala. #kbai

Jaga diri lebih sikit ya mommy :)
lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Wednesday, February 5, 2014

#Feb5 Wordless Wednesday

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ


Be a good one 
lahirkanlah keikhlasan dihatimu

Perbezaan Pendapat

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Hai semua. Pagi tadi cx update tentang Peranan Seorang Isteri dan feedback yang cx dapat adalah sangat membuatkan cx tercetus idea untuk update entry ini. Makluman semua, cx update entry tersebut bersebab agar sedikit sebanyak dapat memberi kesedaran kepada kita agar tidak berpelakuan sedemikian. Namun mungkin ada yang terfikir bahawa cx tuju kepada seseorang.

Sebagai perempuan, kita perlu persiapkan diri kita dengan keadaan akan datang. Ada yang menerima dan bersetuju dengan pendapat cx namun ada juga yang tidak bersetuju. Ya mungkin kita boleh positifkan diri bahawa beliau masih belum dapat membiasakan diri. Okay cx terima.

credit: Mr. Google
Namun kawan-kawan, ini sekadar pandangan cx, penyakit M ini tidak boleh diselarikan dengan alasan 
belum biasa dengan keadaan. Kalau rajin, di mana-mana pun pasti rajin dan tiada istilah tak biasa tempat baru. Malas dan keadaan baru tidak dapat diterima pakai. Jika sudah malas, kemana pergi pun, begitu juga perangainya.

Tak usah tengok jauh kalau nak tahu orang itu rajin atau malas. Pergi sahaja ke rumahnya dan terus menuju ke tandasnya tanpa berhenti di mana-mana bahagian rumahnya. Daripada situ korang boleh nilai sendiri. Okaylah, ini sekadar pendapat. Maaf jika ada yang tidak dapat menerima. :) #kbai

Be Positive Baby :)
lahirkalah keikhlasan dihatimu

Peranan seorang Isteri

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

hai semua! Alhamdulillah. Masih Allah beri keizinan kepada kita untuk bernafas dan menghirup udara segar. Okay, sebelum ini cx ada update tentang 'Rules' di Rumah Mertua. Tetapi kali ini cx nak kongsikan pula peranan sebagai seorang isteri.

1. Bangun Pagi Hari
Tidak kira ketika itu hari cuti atau kerja shift petang atau malam. Setiap pagi mesti bangun awal sebelum suami bangun. Kenapa? Supaya korang boleh sediakan sarapan untuk suami. Jika suami jenis yang tidak sarapan, at least buat air untuk seteguk dua bagi membasahkan tekak paginya itu. Jangan disebabkan cuti atau shift petang atau malam, korang suka hati tak bangun dan abaikan suami. Ingat ya kawan-kawan, di awal perkahwinan memang kononnya suami tak kisahlah, suami jenis tak sarapan langsunglah, apa-apa lagilah alasan kan. Tidak elok sebenarnya. Jika betul suami jenis tak sarapan tak boleh teguk air dipagi hari sekalipun, korang kena bangun dan hantar suami pergi kerja. Jangan dah terhantuk baru nak terngadah. 

Kenapa cx cakap sebegitu? Haa, lelaki memang tak kisah pada mulanya, tetapi kemudian harinya? Tiga empat tahun akan datang? Korang rasa suami korang kisah lagi tak? Ingat ya kawan-kawan semua, seorang lelaki berkahwin bukan untuk bagi isteri dia membuta terbongkang atas katil semata-mata tanpa hiraukan kebajikan suami. Maaf dengan penggunaan perkataan yang kurang enak didengar. Seorang lelaki berkahwin agar dirinya terjaga, disayangi, dimanjakan. Ingat pesan cx ini ya semua :) 

credit to Mr.Google
2. Di Rumah Saudara-Mara / Kenalan Suami
Haa, ini satu lagi perkara yang cx nak sangat tekankan. Sila jangan batang palas ya kawan-kawan. Tahu tidak apakah itu batang palas? Berikut adalah penyakit M yang sangat tinggi. Tolonglah bila jadi perempuan, jangan malas! Haa.. kan dah terkeluar perkataan itu. hahaha. Jika pergi rumah kenalan suami, tolonglah kalau korang memang batang palas dekat rumah, tolonglah jangan buat dekat rumah orang lain. Tolonglah rajinkan diri. Kalau gila mati batang palasnya itu pun, tolonglah fikir maruah suami. Orang tidak akan salahkan terus suami okay, tetapi orang salahkan ibu bapa yang mendidik anak daranya itu. Tak malu ke bila orang cakap mak bapa tak pandai didik anak dara? Kemain batang palas. *kemain banyak lagi perkataan tolong aku. boleh buat peraduan mengira perkataan tolonglah lepas ini. lalalalala

Contohnya, di rumah kenalan suami, ada tiga famili berkumpul. Terdapat tiga perempuan yang bergelar isteri iaitu A, B dan C. Bayangkan si A pergi dapur buat air or sediakan santapan untuk para tamu dan si B yang pregnant enam bulan pula yang pergi bantu dekat dapur. Sedangkan si C duduk silang panggung. Kalau taknak ikut sakitnya hati negativiti fikiran kita, kalau daripada segi logik, apa pendapat korang? Patut atau tidak? Haa, jadi perempuan biar betul-betul permpuannya ya kawan-kawan semua.

Okaylah, itu sahaja yang cx nak kongsikan. cukuplah dua perkara penting ini. Ini pun dah panjang cx membebel. Cx rasa, kalau cx dah ada anak cucu cicit nanti, mesti cx ini jenis mak atau nenek yang kuat membebel. hahahah #kbai

Jagalah akhlakmu
lahirkanlah keikhlasan dihatimu

Tuesday, February 4, 2014

Selamat Menempuh Alam Perkahwinan! :)

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Entry kali ini lebih kepada entry bergambar. :) Selamat pengantin baru kepada semua kenalan cx di bawah. semoga kekal hingga ke Jannah. semoga cepat dapat baby :) Be a good wife for your husband. Isteri Solehah. InShaaAllah :)

kak ain 11 Januray 2014
eyka razak 25 Januray 2014

siti hajar rahman 1 Februari 2014
ros izyan izzati 1 Februari 2014
Selamat Pengantin Baru!
lahirkanlah keikhlasan dihatimu

Happy Birthday to Me! ;)

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

thank you Jobstreet..com! :) 
p/s : okay cx tak pernah publish entry about me myself especially tentang birthday. so hari ini publish bersebab. hehe mudah-mudahan. okaylah. korang semua, cx tak minta lebih, tolong doakan doa cx dimakbulkan Allah. apa yang cx doakan itu, biarlah rahsia :) InShaaAllah yang baik-baik. terima kasih semua! :) #kbai

Shengri Kuaile CX!
lahirkanlah keikhlasan dihatimu

Monday, February 3, 2014

Pengantin Rugi RM60K

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

hye semua! memandangkan cx susah sangat nak lekat dekat blog kebelakangan ini, makanya kini cx kembali. aucak! hehe. apa khabar semua? harapan cx semoga semua sihat hendaknya. InShaaAllah Amin. :) 

Pengantin lesap, rugi RM60,000
credit to owner. thanks!
kali ini cx nak kongsikan tentang seorang pensyarah a.k.a pengantin perempuan yang kerugian hampir 60k disebabkan majlis perkahwinannya tergendala. sangat kesian okay. cx tak dapat bayangkan kalau kena pada cx. beliau jatuh cinta pandang pertama setelah berkenalan dengan seorang lelaki di laman sosial selama lima bulan. ibu bapa setuju dan terima dengan baik perhubungan tersebut namun malang tidak berbau. benda dah nak jadi. Allahuakhbar. sangat kesian. seriously.

korang nak tahu cerita sepenuhnya? sila klik SINI. #kbai

berwaspadalah
lahirkanlah keikhlasan dihatimu