Wednesday, October 29, 2014

#Oct29: Wordless Wednesday

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

17.11.11
Thank You Allah
Lahirkanlah Keikhlasan di Hatimu

Monday, October 27, 2014

Geram!! Click link blog, keluar lain!

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Salam Isnin buat semua pembaca.  Tidak kira pembaca golongan apa sekalipun, suka atau tidak suka, korang dah pun berada di ruangan blog cx. Terima kasih. ikhlas. :) Tidak mahu menulis berjela. Straight to the point sahaja ya.


Nampak tak gambar di atas? Sebenarnya begini, cx tekan url seorang blogger ini sebab nak baca entry beliaulahkan. Tetapi apabila cx tekan, cantik dah buka blog beliau tetapi around three second sahaja, terus pap! keluar benda alah seperti di atas. Cx bukan sengaja mengada nak up entry macam ini okay. Kerana, perkara ini sudah banyak kali berlaku. Bukan seorang blogger sahaja tetapi ramai. 

Cx jadi bengang apabila nak baca tak dapat. Belum kes iklan bertepek segedabak gajah dekat entry lagi kan? Macam SINI. Lagi tekanan. *sigh. Cx tidak tahu apa punca link keluar seperti di atas. Makanya memang cx pangkah terus malas nak layan. Siapa rugi? Bukan korang sahaja, cx pun sama rugi sebab tidak dapat ilmu yang dikehendaki. Sekian.

Hidup Bersandarkan ilmu
lahirkanlah keikhlasan dihatimu

Saturday, October 25, 2014

Giveaway Contest RM700 Jualan Hebat Lazada Malaysia 11/11 by Emas Putih .

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ


Berita baik untuk semua kaki shopping online kerana Lazada Malaysia akan menganjurkan 1 jualan besar-besaran selama 1 hari pada 11th November 2014 dengan potongan harga sehingga 94%.


Terdapat Flash Sale selama 1 jam untuk setiap satu kategori (12 Kategori) bermula 11 pagi hingga 11 malam! Harga rendah ditawarkan untuk semua kategori di Lazada Malaysia sepanjang Flash Sale.

Mark your calendar and Jom Gegarkan Jualan Hebat ini dengan klik link ni : Jualan Hebat 11/11 Lazada Malaysia (link)

Any update tentang jualan besar-besaran ini sila ke Lazada Malaysia !!

Ini adalah Blogger Giveaway Contest anjuran Lazada Malaysia dengan kerjasama Kisah Emas Putih. 11 Pemenang bertuah akan dipilih untuk memenangi hadiah berjumlah RM 700! Untuk sertai contest ini, sila ke blog Kisah Emas Putih dengan ke link ini : LINK CONTEST .

May ALLAH ease
lahirkanlah keikhlasan dihatimu

Friday, October 24, 2014

Salam Maal Hijrah 1436

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

credit to tun timah
Dosa mengumpat tidak boleh dihapuskan dengan solat, puasa sunat dan lain-lain kecuali dengan memohon maaf kepada orang yang diumpat. 

Justeru itu, sempena menyambut tahun baru maal Hijrah, cx menyusun jari sepuluh andaikata cx ada terkata secara sengaja ataupun tidak. Malahan cx ingin memohon maaf andaikata gurau senda & kata-kata cx selama ini mengguris hati & perasaan anda semua. cx berharap anda semua dapat memaafkan cx dengan setulus hati penuh ikhlas. 

Terima kasih juga kerana sentiasa hidup saling bermaafan, saling tegur menegur, saling berkongsi ilmu yang bermanfaat, agar tiada hasad dengki khianat, serta tidak sombong diri dan halalkan makan minum cx.

Selamat menyambut tahun baru maal hijrah.

Semoga kita semua sentiasa dirahmati, diberkati & diredhai Allah SWT. 

JOM KITA BUKA BUKU BARU DALAM HIDUP KITA.

Salam Sayang
lahirkanlah keikhlasan dihatimu

Hay Day Halloween Costume!

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Siapa main hay day game? hehe. Cx baru sahaja lagi menjinak dengan hay day game ini. Gara-gara handphone dahulu kala tidak boleh download, makanya sekarang cx kemaruk haha!

credit to diri sendiri. boleh? haha
Haa, tadi saja tengok hay day cx, tiba-tiba keluar view malam. ehh dah pelik. apabila continue open sahaja, dapat letter daripada gregs. Rupanya sempena Halloween. oic. Lepas itu, sedang sibuk bercucuk tanam, tiba-tiba time nak collect susu, ternampakkan haiwan-haiwan tersebut pakai Halloween costume. alololo comel. haha. Tersengih cx sorang-sorang. mueheheh.

aku perati je perangai kau
lahirkanlah keikhlasan dihatimu

Thursday, October 23, 2014

Tiket Wrestling Super Spontan 2014 Akhir!

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

credited to Kak Dila MbMb
Siapa yang tertunggu-tunggu final super spontan 2014 yang bakal tiba? Jangan lupa ramai-ramai jom ke MITC Melaka untuk menyaksikan super spontan final! Pastinya menyengat dengan kesesakan yang bakal melanda Melaka nanti. muehehe. Kehadiran Pelawak super spontan ke Melaka kali ini beserta Jom Heboh, pastinya Melaka agak sibuk weekend tersebut. 0Makanya, ayuh datang ke Melaka. *Ehhh nak promote apa sebenarnya cx ni? tetibe confuse. hahaha kbai.

awak disana jaga baik sikit
lahirkanlah keikhlasan dihatimu

Wednesday, October 22, 2014

#Oct22: Wordless Wednesday

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ


stay cool bebeh
lahirkanlah keikhlasan dihatimu

Tuesday, October 21, 2014

Kes Tertembak di Petronas Ayer Molek Melaka!

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Kes berlaku kira-kira tiga hingga empat jam yang berlalu. Cx dapat cerita pun daripada rakan yang update status di facebook.

Kemudian cx WhatsApp emak cx suruh call makwe atau pakwe di kampung, risau juga, makwe dan pakwe berniaga dekat situ. Dekat sangat. Alhamdulillah mereka okay.

credit to Petronas Ayer Molek
Menurut sumber makwe cx, makwe kata sebenarnya senapang security guard terjatuh dan meletop. Erti meletop di sini tidak dapat dipastikan kerana berkemungkinan senapang meletop terlepas tembakan.  Itu sebab menjadi kecoh dan orang ramai terkejut. Kes masih di bawah siasatan polis Melaka. Hopefully tiada kemalangan jiwa. InShaAllah

Cx;
siapa pernah minum air tebu yang dijual oleh seorang datuk di hadapan pejabat pos ayer molek? Sila angkat tangan! Apa komen korang tentang air tebu datuk tersebut? Berapa bintang nak bagi daripa lima bintang? ;) wink! wink!

Jaga Diri Okay
lahirkanlah keikhlasan dihatimu

Trend 'Ale Uto'. *sigh

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Alahai. Apa nak jadi anak-anak dara zaman sekarang . Tahu atau tidak apa maksud 'ale uto' yang dibangga nau bila menyebutnya? Astaghfirullahalazim. Geleng kepala apabila mengenangkan budak-budak yang makin menjadi dengan trend ini. Cx yang dah kahwin ini pun rasa merah muka nak menyebutnya. 
credit to photo's owner. just an example.
Menjadi persoalannya adalah, kenapa anak dara yang melebih-lebih promote pasal 'ale uto' ini? Mana pergi perasaan malu? Maruah sebagai anak dara?  Allahuakhbar! Kalau cx ada adik perempuan yang terikut trend ini, memang makan tanganlah jawabnya.

Hari itu video awek kelantan di youtube menjadi viral, hari ini gadis kedah pula siap promote baju 'ale uto'. Allah! Apa yang dibanggakan nau tu adik-adik oii. Kalau lelaki, cx tak berapa nak kisah lagilah kalau diorang cakap tetapi ini perempuan kot. Haish. Kecewa.

Manfaatkanlah Zaman Remaja
lahirkanlah keikhlasan dihatimu

Monday, October 20, 2014

'Bodohnya' Statement!

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Pertama sekali cx mohon maaf dengan penggunaan perkataan sedemikian untuk tajuk entry kali ini. Ada sahaja perkataan lain yang boleh digunakan tetapi rasanya perkataan ini lebih sampai apa yang nak cx sampaikan. Perhaps 

Tadi ada baca satu article berkaitan suami isteri, memang sangat baik article tersebut tetapi cuma satu perkara yang membuatkan cx rasa marah tak boleh diterima dek akal. Pendek nau akal si penulis ini barangkali dan boleh detect penulis tersebut lelaki atau perempuan. Statement tak boleh blah betul! *amboi ganaih ayat. 


Panas hati apabila baca statement dia ini tau! Pada cx lah ya, isteri dijadikan Allah untuk suami hargai dan berkasih sayang, bukan hamba suami! Kenapa cx cakap macam ni? Sebab lelaki yang akal dia pendek fikir sebegini memang lelaki tak kenang dek untung! Isteri dah korbankan badan untuk bagi korang anak, then korang senang sahaja cakap kulit berlipat bagai? ehh! panas!  Kalau nak isteri cantik slim bagai jaga badan, tak payah minta anaklah! Kalau nak anak dan isteri stay mantap, keluarkanlah duit suruh isteri pergi spa cantikkan badan, sebulan 2k, 3k. Mampu?! 

Haaa, emosi sungguhkan? Haha! Kau ingat nak slim badan senang selepas dah letak budak dalam rahim?! Kau ingat senang badan nak cantik bergetah macam anak dara apabila dah berliter darah keluar lahirkan budak? Dah berpuluh urat putus dalam badan keluarkan budak? Ingat senang lepas bersalin nak slim dengan nak berpantang lagi, terjaga malam jaga anak bangun lagi? Lepas tu kau minta anak lagi dengan belum sempat isteri kau hilang lagi sakit kena gunting nak keluarkan budak? Memang emosi sebab lelaki macam ini memang akal pendek! Tak berlakikan laki macam ini pun takpelah!. hahah okay terlebih sudah. kbai~  hahaa

Maaflah ya entry emosi
lahirkanlah keikhlasan dihatimu

Sejauh Mana Kekuatan Memori Wanita?

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Selamat pagi! Alhamdulillah masih bernafas.  Minggu lepas sangat sibuk.  Asyik berulang-alik sahaja Jasin-Melaka, Melaka-Jasin.  Agak letih tetapi demi keluarga yang bahagia, cx gagahkan jua. aicewah. ;)

Okay straight to the point.  Semalam sedang melayari laman sosial facebook cxopportunities, cx terjumpa statement mengenai wanita. Apabila cx baca sahaja, cx terus gelak. hahaha. ianya quite funny actually even it was a fact. Here it is;

credited
Selepas cx baca, cx kongsikan dengan encik suami ber'caption'kan 'hahahah, lawak!' ..huhu apabila encik suami baca, beliau pun gelak. Bukan lawak apa pun sebenarnya tetapi cx terkesan dengan style statement tersebut dipersembahkan beserta contoh yang sangat tepat dan sentap, hahaha!. Terus teringat lawak ker der daripada Harith Iskander. huhu. Siapa pernah tengok? Mesti korang setuju . Pada cx, cx sangat setuju. huhu kbai

Wanita itu Anugerah
lahirkanlah keikhlasan dihatimu

Saturday, October 18, 2014

UTeM Chess Tournament Oct 18, 2014

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

hai hai hai. salam sabtu buat semua pembaca, eh sat, ada ke pembaca hari minggu sebegini? huhu. Biasanya mesti ada even seorang dua kan. *kemain sadis seorang dua sahajakan? huhu


Okay, taknak cakap banyak, hari ini ada UTeM Chess Tournament 2014, dan cx pon terlibat sekali tetapi sekadar penonton dan penyokong sahajalah hehe. Last join tournament as player, pada tahun 2005 atau 2006 rasanya. Rindu rindu rindu. Wish me luck! ehh salah. untuk encik suami sebenarnya hehe. May Allah ease. okay babai. :)

All The Best My Hubby!
lahirkanlah keikhlasan dihatimu

Thursday, October 16, 2014

Drama Hero Dungu

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Siapa layan cerita Sana Ay Ikaw Na Nga? Haishlah sakit hati tengok. Kebelakangan ini, tv suka sangat keluarkan cerita hero yang dungu. Maaflah ya cx guna perkataan ini. Bukan apa, macam 'tak cerdik' nau heronya.
credited
Hero bukan main tak pandai lagi. Baik jadi perempuan! Cx layan masa awal-awal cerita kemudian bermula keadaan apabila teserlahnya ketidakcerdikkan hero, terus tak layan, skip terus. Kadang kala tertonton juga sebab mak dan mil layan cerita dia. haha. 

Lepastu bukan satu cerita ini sahaja yang rasa macam ppffftt, cerita drama pukul empat petang itu pun alahai tengok hero pon rasa nak muntah. Tak sesuai langsung okay! Jalan cerita dah baik cantik dah, tapi hero? Dah tamat pun. Then cerita pukul sepuluh malam kot kalau tak silap, heroin pula tak sesuai langsung. Dah macam kahwin budak bawah umur, hero pula dah macam bapa dia. ppffftt! 

Ehhh emosi sungguh. Cerita pukul dua pula tak payah nak cakaplah, hero buta sungguh dengan adegan si penjahat. aish geram geram geram. Tapi nak buat macam mana, kemungkinan itu rezeki buat pelakon-pelakon tersebut menjadi hero dan heroin. Husnudzon sahajalah ya idok? huhu. Okaylah babai. 

Mudahan tak terkenan. Haha
lahirkanlah keikhlasan dihatimu

Wednesday, October 15, 2014

#Okt15: Wordless Wednesday

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

credit to madam Mohana
Islam is Beautiful
lahirkanlah keikhlasan dihatimu

Alhamdulillah. Syukur.

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Alhamdulillah kerisauan selama ini telah pun terjawab dan dapat diatasi dengan izin Allah.  Sekian lama tak drive manual seorang diri, hari ini Alhamdulillah berjaya. Syukur ke hadrat Allah. Jika sebelum ini encik suami di sebelah (sekali itu sahaja cx bawa sebab risau haha!) ketika percubaan semula, tetapi kini tidak lagi. Alhamdulillah.  Syukur. 

credit to mr.husband
Dah boleh jalan jauh. Hahaha! Kemain berangan. huhu Atleast sekarang senang sekiranya berlaku emergency, both of us husband and wife boleh drive manual. Syukur Alhamdulillah. :)

Tuesday, October 14, 2014

EdisiBlog: Patutlah Tak Boleh Ping!

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Selamat petang semua! Bulan lalu, edisi blog telah diperkenalkan dan cx juga tidak ketinggalan untuk mempunyai edisi blog sebagai kemudahan. Menjadi kewajiban ping latest entry di sana. Namun, seminggu dua lepas, edisi blog telah upgrade menjadi lebih baik tetapi cx tak berapa nak faham bagaimana sebab cx tak boleh atau boleh dikatakan tak reti nak ping! fuh! sadis. 

credit to edisi blog and cymera camera
Makanya cx tidak menggunakan langsung edisi blog sebab geram tak boleh ping. Selalunya bila tekan ping, dia keluar latest entry dengan link blog kita tetapi tidak yang ini. Kemudian tadi cx cuba sendiri. Pelik pula bila orang lain boleh ping kan?

Rupa-rupanya, latest version ini memerlukan kita untuk 'tambah blog' semula. Haish. cx peliklah sebab kita dah sign in tetapi disuruh tambah pula blog padahal email yang digunakan adalah untuk blogging. Alahai Kassim~ Tidak mengapalah, apa yang penting, cx dah tahu bagaimana untuk ping. hahahah kbai~

Alhamdulillah Syukur
lahirknlah keikhlasan dihatimu

Mimpi Ntah Apa-apa!

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Hai semua. Baru hari ini ada keinginan untuk update blog. Lately, badan tak berapa nak sihat. Mencari punca tetapi tidak jumpa. Mudahan Allah permudahkan. 'LaIlaHaillaAntaSubhaNakaInnikuntuMinazzolimin' .amin

Semalam tertidur awal, sangat awal, kononnya nak teman encik suami yang tengah sakit kepala sahaja, kot-kot encik suami nak air ke ubat ke kan, tapi atlast, cx pun kelaut, tidur. haha  Apa yang tak bestnya terbangun gara-gara bermimpi.

credit to cwibo.files

Memang mimpi itu mainan tidur tetapi kadang kala ianya menjerat hati, perasaan dan emosi kita apabila teringat semula.  Cx mimpi apa? Haa, tak perlu cx mention dekat sini sebab yang membaca bukan seorang, tak memasal cx dapat tukang tafsir mimpi tak bertauliah pula. huhu *Jangan marah haaa 

Okaylah cx bagi contoh mimpi yang lain ya. Pernah cx mimpi hantu dok kejar cx dan hantu itu menjelma melalui gigi cx. Ntah apa-apa sahajalah mimpi cx. Paling cx pelik bila ada mimpi yang story dia tiada kena mengena langsung dengan watak-watak yang ada dalam mimpi. Bila fikir semula, rasa sangat tak boleh blah. =.=' Okaylah, itu sahaja nak kongsi. Babai.

Mudahan Berhasil
Lahirkanlah Keikhlasan Dihatimu

Friday, October 10, 2014

Game: Uji Ketajaman Mata Anda!

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

holla! selamat malam semua! Cx 'bu you' (taknak) cakap banyak. Korang nak test ketajaman mata korang? Game ini memang best! huhu okay Jom Klik Kuku Kube!

Cx's Husband's anwers. 
Berikut gambar di bawah adalah jawapan cx. Geram apabila tak mencapai target untuk kalahkan en.suami. Geram geram geram. huhu  Korang boleh test sendiri dan nanti boleh share di sini ya. all the best! 

berpinau mata oii. Cx's anwer
cx masih sedang berusaha lagi dan lagi untuk mengalahkan en.suami yang bertungkus lumus mencapai targetnya iaitu 50. cx macam mana? *GaruKepalaKejap #kbai

Selamat Mencuba!
lahirkanlah keikhlasan dihatimu

PTPTN: Tuntutan Hutang, Belum Bekerja

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

credit to BH Online
Macam-macam isu sekarang ini. Menjadi lebih rumit apabila PTPTN mengeluarkan kata putus tiga bulan untuk peminjam membayar semula pinjaman, ditujukan khas buat peminjam yang langsung tidak pernah membuat bayaran. 

Memang benar hutang perlu dibayar namun bagi graduan yang masih belum dapat kerja, bagaimana untuk melangsaikan hutang piutang dalam tempoh sesingkat itu? Nak bayar pakai apa? Air Liur? *GelengKepala

Siapa sahaja yang tidak mahu bayar hutang? Perit azabnya kalau hutang tak dibayar. Allah! Bagaimana nak bayar kalau kerja pun susah dapat? Bagaimana nak kerja kalau tempoh perkhidmatan ditingkatkan sehingga umur tujuh puluh tahun? Bagaimana nak bayar kalau barang dan minyak harian harganya naik dengan gaji myr900 sebulan? Komitmen lain? Bujang dengan bayaran motor kereta lagi, yang bekerluarga? Komitmen anak bini lagi, rumah sewa lagi, kereta, api air? Allahuakhbar! *sekadar luahan pendapat.

*La IlaHaillaAnta Subhanaka Inni KuntuMinazzolimin.

May Allah ease
lahirkanlah keikhlasan dihatimu. 

Wednesday, October 8, 2014

Isu Gaji MYR2.5 di Malaysia

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Sekarang ini sedang hangat diperkatakan tentang isu gaji yang dikeluarkan statementnya oleh 'pakar' menteri dalam negara Malaysia. cx sekadar membaca walaupun ada juga yang cuba diutarakan tetapi biarlah cx berdiam. Takut zaman sekarang sikit kita bangkang, bilik berjeriji kita terpaksa 'terbongkang'.
credit to them above
Susah nak cakap sebab terlalu banyak statement keluar related dengan kewangan dan pekerjaan. Gaji rm2.5 cukupkah kalau dilihatkan zaman serba nak pakai duit ini? Kemudian kes tempoh berkhidmat dipanjangkan kepada umur 70 tahun? Kami graduan nak buat apa? Tanam anggur tiada hasil? *geleng kepala. Di atas dan seterusnya cx kongsikan antara komen yang menarik perhatian cx. Maaf ya, cx sekadar berkongsi. 

credit to commentator
Cx suka dan sokong bab surat khabar itu. Cx pun tak langgan lama dah surat khabar. Surat khabar adalah hak bersuara para atasan, laman sosial adalah hak bersuara para bawahan (rakyat). Wallahualam. May Allah ease everything. amin.

Nantikan Budget 2015 jumaat ini
lahirkanlah keikhlasan dihatimu

Peristiwa Gerhana Bulan Penuh 08/10/2014

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Dah lama tak tengok gerhana bulan. Korang jangan lepaskan peluang okay pada hari ini. Ada waktu-waktu tertentu untuk gerhana bulan penuh ini. Korang boleh rujuk surat di bawah ya. :)

credit to PakTam
Cx pun tak sabar menantikan kemunculan peristiwa bulan penuh hari ini. Harapnya cx ada jodoh untuk berjumpa dengan bulan penuh. InShaaAllah :)

Indahnya Ciptaan Allah
Lahirkanlah Keikhlasan Dihatimu

Tuesday, October 7, 2014

Curi Tidur yang Selamat

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

hai hai hai. Dah malam baru nak update entry. Almaklum siang cx sibuk sedikit memadangkan baru lepas kenduri korban lembu, makanya sesi mengemas rumahlahkan. Biasalah apabila buat kenduri, rumah berkelecah.  Bukan ini yang cx nak ceritakan. Hanya nak kongsikan apa yang cx dapat hari ini.


Haa, kepada golongna yang suka tidur tak kira waktu masa dan tempat, korang boleh beli pelekat mata ini. huhu

all the best!
lahirkanlah keikhlasan dihatimu

Monday, October 6, 2014

Ingat Heran Ke?

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Satu ayat yang benar-benar menusuk hati, kalbu dan sanubari. Mudahnya dilafazkan sedangkan asalnya bertentangan. Terasa diri umpama sampah tatkala dihina si pemilik yang dulunya berusaha untuk mendapatkan sedaya upaya. 

credit to KakLang

Aku hanya insan biasa, namun usah kau sakiti aku dengan kata-kata bisa.  Sakiti aku dengan ayat itu sama seperti kau menghina sesuka hatimu. 

Hati kau perlu aku jaga tetapi hati aku kau jaja. Ingat aku siapa? Boneka yang kau beli tatkala diingini dan buang sesuka hati? Aku juga ada hati dan perasaan yang perlu kau jaga, bukan fikir hati kau aku jaga, hati aku kau sia-sia!

Aku pegang kata-kata kau, aku ingin berpesan, jangan sampai kau 'meludah dan jilat semula' .. 

aku kecewa semahunya
lahirkanlah keikhlasan dihatimu

Korban Lembu

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Hai semua! Salam Aidil Adha. Bagaimana hari raya korang?  Seronok? Tengok tak lembu disembelih? Atau korang join lapah daging? Atau korang yang sembelih lembu? Bagus! Bagus!

credit to Kakmah

Tahun ini cx sambut raya haji di rumah mertua.  Lebih meriah apabila ada buat korban. Bukan seekor tetapi tiga ekor. Alhamdulillah. Rezeki Allah bagi.

Banyaklah hai masak. Ayam kari, udang sambal, sambal daging, rendang daging, ketupat daun, lemang, kek. Paling cx suka adalah daging, memang kegemaran cx. Hehe. Malam pula masak sup tulang. amboi! masing-masing makan beriya. Daging baru kan lembut dan sedap. Alhdulillah. Syukur ke hadrat Allah. Cuma keletihan itu biasa apabila ada kenduri tapi seronon sebab anak-anak buah ramai. Macam-macam kerenah  Huhu.

Salam Raya Haji
lahirkanlah keikhlasan dihatimu.

Friday, October 3, 2014

update blog guna telefon

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

sebagai seorang blogger, menjadi satu keutamaan untuk kita update blog kita. even tidak setiap hari, atleast dua hari atau tiga hari sekali. memandangkan blogger sangat teruja apabila datangnya pembaca kan :) tetapi menjadi satu masalah apabila tiada gadjet yang dapat membantu kita.

seperti cx, sebelum ini hendak update blog semestinya menantikan kehadiran laptop. tetapi laptop cx buat hal pula apabila keyboard problem. kemudian encik suami belikan smatrtphone. biasa-biasa sahaja dan cx menggunakannya sebagai medium cx untuk update blog.

tidak dinafikan sedikit complicated sebab phone screen cx kecil tetapi masih cekal update juga. takpelah apa keadaan pun asalkan blog berupdate. kan? haha korang update blog pakai apa? 

bersusah dahulu
lahirkanlah keikhlasan dihatimu

Kesan Show Gambar di Facebook

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ


ada antara kita memang suka kongsikan gambar dengan orang lain dan ada juga yang biasa-biasa. itu semua adalah hak asasi manusia. cuma perlu beringatlah kita sesama saudara seislam. InShaaAllah

cx sudah pun memadamkan kesemua gambar di facebook cx. lama sudah. sekeping gambar pun tiada dan telah selamat pun facebook dipadam. cuma kadang-kala cx on semula, itupun gara-gara game dan kawan-kawan. sayang nak buang terus facebook itu sebab kawan-kawan ramai. 
Wallahua'lam
lahirkanlah keikhlasan dihatimu

Wednesday, October 1, 2014

#Okt01: Wordless Wednesday

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ


Salam Aidiladha
lahirkanlah keikhlasan dihatimu

Bahana Facebook

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

credit to abg ben

Haa betullah tu abg ben. cx sokong sangat sebab zaman sekarang ini ada macam-macam orang. cx since diploma cx create new account dan hanya khas untuk orang yang cx kenal sahaja, lebih terperinci privacy nya hanya approved apabila dah pernah jumpa serampang empat mata. haa gitu. poyo tidak? haha! nasiblah korang nak kata cx poyo or what so ever, yang penting keselamatan terjamin. Tetapi, account Facebook cx telah lama cx deactivated. Niat hati nak permanent terminated tapi apabila difikirkan semua kenalan ada disitu, makanya deactivated adalah pilihan  terbaik.

cx sekarang cuma ada Facebook cxopportunities blogspot sahaja. The real account of me, dah lama terkubur. Haha! Malaslah nak layan facebook. Kalau tiba-tiba muncul pun gara-gara game. Mueheheh. So korang sila take action untuk lebih berhati-hati! :)

all the best!
lahirkanlah keikhlasan dihatimu

Buaya Terlepas Dari Zoo Melaka!!

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Terlalu banyak entry cx nak up tetapi semuanya terpaksa delay atas sebab tertentu. bukan main payah nak online. Padahal 24/7 wifi on. Haha Biasalah komitmen dah jadi isteri orang kan. ehh ;) *macam ada sedikit penipuan disitu. haha! sila tolong percaya.


29/9 iaitu dua hari lepas gempar tentang buaya terlepas di ayer keroh zoo melaka. Cx tak tahu okay tentang hal ini waktu itu. Ianya memeranjatkan cx sebab cx memang lalu jalan ayer keroh time itu, ehh iyakah lalu? ntah tiba-tiba confuse. miahahahah!

Cx tidak tahu kesudahan cerita. Apa yang penting, caption post nak terbaik! #BuayaTueNakPergiMcD. haha! pon bolehlah kan. Tak habis lagi kisah harimau baham manusia di zoo delhi, timbul pula kes buaya ini. Melaka pula itu. Mujur tiada kemalangan jiwa. kbai.

Alhamdulillah
lahirkanlah keikhlasan dihatimu

Bahayanya Google Street View!

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Lamanya tinggalkan blog even sehari dua kan. Terasa lamanya . huhu okay, cx baru dapat tahu hal street view ini daripada kakak ipar cx. Memang tak dapat dinafikan ianya ada manfaat tetapi pada cx ianya sangat membahayakan. Boleh meningkatnya jumlah kes jenayah di dunia ini. Mudahnya mereka nak buat sebarang kes. 


Korang dah cuba check alamat? Bahaya sangat sebab sampai ke depan pintu rumah boleh detect. Takut cx rasa. Alhamdulillah tadi cx search alamat rumah cx dan ianya tak jumpa atau tak dapat detect. Mudahan tak detect selamanya. :) Alamat atas ini alamat rekaan. Haha Apa pandangan korang dengan application ini?

Hati-hati semua!
lahirkanlah keikhlasan dibatimu