Friday, November 28, 2014

Borak dan Belajar Bahasa

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

"saya cakap, awak faham saya cakap tak?''
Hai semua. simple entry for today after a long leave for me. aicewah. Cutilah sangatkan? huhu. Actually cx punyai komitmen yang perlu diselesaikan, sebab itu blog tidak dikemaskini. Bukan sengaja. Siapa yang tak sayang blog sendirikan?  

Entry kali ini hanya nak kongsikan perbualan cx dengan agent yang cx baru sahaja kenali ini. 'Ta shi Amy'.  Disebalik gambar actually cx sudah lama tinggalkan bahasa mandarin. Memandangkan agent cx ini adalah Chinese, so cx ambil kesempatanlah. Haha! Ambil kesempatan yang baik adalah tidak salahkan? Ini dinamakan pandai mengambil peluang yang ada. hehe. 

Maka terjadilah perbualan seperti di atas.  Cx nak tergelak sahaja apabila dikenangkan semula. Cx memang tak pandai cakap mandarin tapi cx boleh tangkap words yang pernah cx belajar sahajalah. Kalau nak suruh susun ayat in mandarin, memang kelautlah! Hahaha. Cuma cx rasa suka apabila ada kenalan Chinese yang melayan. hahaha. okay thanks a lot Amy Xiaojie! Wo hen xihuan Ni! kbai

many thanks to everybody
lahirkanlah keikhlasan dihatimu

Friday, November 7, 2014

Resepi Agar-agar Santan Gula Melaka

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Hai semua. Salam Jumaat yang Barakah. Hari ini cx nak kongsikan resepi agar-agar santan gula melaka @ merah yang baru sahaja cx pelajari daripada mak mertua cx a.k.a mil. Alhamdulillah senang dan mudah sahaja rupanya. Syukur ilmu bertambah. 


Bahan-bahan

1. Agar-agar
2. Gula Melaka @ Tuak
3. Gula Merah @ Tebu
4. Santan
5. Garam
6. Daun Pandan
7. Air

Cara Memasak

1. Didihkan agar-agar mengikut sukatan air yang ada di belakang plastik pembalut iaitu 1.5 liter air.

2. Sementara agar-agar mendidih, perahkan santan segar sehingga mendapat sukatan satu (1) liter. Masukkan sedikit garam secukup rasa. Biarkan.

3. Hancurkan gula melaka dan gula tebu mengikut sukatan manis yang kita mahukan.  Cx buat dua buku bulat standard gula melaka dan sebuku gula tebu.

4. Kemudian, setelah agar-agar mendidih, campurkan gula melaka dan tebu tadi ke dalamnya bersama daun pandan dan gaulkannya. 

5. Kemudian padam api dan tapiskan campuran tadi. Pastikan gula hancur semasa didihan tadi.

6. Masukkan semula tapisan campuran agar-agar dan gula ke dalam periuk didihan tadi dan campurkan santan yang sedia ada tapis tadi.

7. Biarkan didih seketika tetapi jangan biarkan santan berkepala. Didih sekadar sebatikan gula, agar-agar dan santan sahaja.

8. Akhirnya, padam api dan bolehlah tuangkan agar-agar ke dalam bekas untuk disejukkan. 

Okay, senang sahajakan? Alhamdulillah. Bolehlah korang cuba juga nanti ya. :) Wassalam.

All The Best!
Lahirkanlah Keikhlasan Dihatimu

Thursday, November 6, 2014

'Blue Double Tick' Whatssap: Ohh Patutlah!

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

credited

Patutlah tadi semasa WhatsApp encik suami, cx nampak double blue tick dekat whatssap, cx siap screenshot tunjuk dan bertanya kepada encik suami. Rupanya latest updated WhatsApp function. Tahniah WhatsApp! Korang nak tahu fungsinya? Silakan tengok gambar di atas. :)

Teknologi Semakin Maju
Lahirkanlah Keijhlasan Dihatimu

Whatssap Omak Den

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ


Gulp! Tercekik ayaq liuq bila sedang ber'whatssap' dengan emak, tiba-tiba emak tanya soalan cepu tak cemas ini. Olahai omak eden ni. Terkodu eden omak oi.  Mudahan Allah permudahkanlah. Omak oi, doakan eden copek mengandung laie. Mehmehmeh Ekau orang pun jangan lupa doakan eden yo. Mekasih banyak lahai. 

Mudahan Berjaya. Amin
Lahirkanlah Keikhlasan dihatimu

Wednesday, November 5, 2014

#Nov05: Wordless Wednesday

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ


cat kucing meow
lahirkanlah keikhlasan dihatimu

Kes Pencuri Dib*g*lkan

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Kini tersebar kes seorang pencuri motor yang dib*g*lkan penduduk. Alahai. apa jua kesalahan yang dilakukan, korang tak boleh hukum dia macam itu. Korang dah dikira mengaibkan dia. Maruah kot. 

Sekarang orang kita pun suka sangat dah meniru style orang luar dengan memb*g*lkan pesalah. Fikirlah eh, kalau kita buat salah, agama Allah telah tetapkan hukuman yang setimpal, undang-undang dunia pun ada hukuman yang sepatutnya untuk pesalah. Korang rujuk balik undang-undang Allah dan dunia, ada ke pesalah mesti dib*g*lkan?

credited
Maaflah ya, mana letak akal fikiran yang Allah pinjamkan? Janganlah hukum orang lain sesuka hati. Pesalah pun ada hati dan perasaan, ada maruah. Paling terkilan adalah yang buat itu orang melayu islam kita. Allahuakhbar! Cx tak menyebelahi pesalah, memang benar dia salah sebab nak mencuri tetapi hukuman korang itu patutkah?

Cuba bayangkan pesalah itu adalah darah daging korang? Dapat malu mencuri dah satu hal. Malu dib*g*lkan? Allahuakhbar. Ampunilah dosa-dosa mereka. Amin.

Ini sekadar pendapat cx ya kawan-kawan. Harapnya, janganlah hukum orang sesuka hati lagi selepas ini. Hantar sahajalah ke balai, biar undang-undang buat kerja. Habis cerita. 

Tak Patut Sungguh!
Lahirkanlah Keikhlasan dihatimu

Baca Baik-baik!

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ


GF : Saya nak awak sambung study, ambil degree supaya ada kerja.

BF : ya sayang.

GF : Saya nak awak deposit kereta supaya senang pergi jalan-jalan.

BF : Baik sayang

GF : Saya nak bawa lelaki yang berkerjaya jumpa mak ayah saya.

BF : Baik syg .

GF : Duit belanja saya dah habis. Nak minta dekat bapa malu. Kirimkan saya duit .

BF : Boleh syg . Tapi tak banyak sebab syg tahukan abg banyak benda nak bayar. Kerja pun tak tetap. Tak sampai RM1000 gaji . Bilik sewa, makan lagi. RM50 cukup ya. Syg pandai2 lah jimat ya. Kalau syg lapar, abg usaha hantarkan makanan kat hostel syg. Ataupun biskut2 ke. Jangan selalu sangat keluar ya syg.

GF : Engkau giler RM50 je? kau ingat aku makan makanan anak ayam hari2? Mana pergi duit gaji kau? Bukan banyak sgt kau nak bayar. Pergi kerja pakai motor, minyak motor bukan mahal . Kau makan bukan banyak. Tempat kerja ada sedia makan. Setakat lelaki macam kau . Aku banyak benda nak bayar. Nota study, yuran kolej. Belanja hari2 .

BF : Abg bukan tak nak tolong syg . Baiklah , abg tambah sikit ya syg. Syg jgn merajuk dgn abg. Abg sayangkan syg. Suatu hari , setelah sekian lama GF mula bosan dgn BFnya yg tak pandai memajukan diri . Kerja tak tetap. GF mengenali seseorang yg baru, yang lebih berada & selalu memenuhi kehendaknya berbanding BFnya yg dulu, Suatu hari , BF SMS GF nya .

credited
BF : Syg, ptg ni abg hantar makanan kat hostel syg ya. Abg npk syg post kat FB teringin nak makan nasi ayam. Tiada balasan dari GF nya. Namun BF tetap berusaha ingin menghantar mknan . Petang pun menjelma BF memecut laju motor kapcainya kerna khuatir makanan yg dibawanya akan sejuk & ais minuman akan cair menuju hostel GF nya . Dgn penuh semangat & kasih syg , dia ingin benar berjumpa dgn kekasihnya membawa sebungkus nasi ayam bersama teh susu ais kegemaran GFnya. Namun saat motor mulai memasuki kawasan hostel, BF ternmpk GF bersama seorg lelaki di dlm sebuah kereta . Motor diperlahankan sayu hatinya melihat GF nya berlalu pergi bersama lelaki lain . BF mengalirkan air mata. Menatap kekurangan diri . Beberapa lama setelah itu , GF ditipu bulat2 oleh Sang lelaki yg kaya . diperguna & diperbodohkan . GF meratap sayu nasib dirinya . Sedang dalam perjalanan ke kuliah , GF disapa mesra seorg pengawal keselamatan hostelnya.

Security : Cik , maaf kalau sya mengacau . Niat sya
cuma nak bertanya , Nama cik , Cik Nina kan?

GF : ya , saya .

Security : Sebab sya nmpak name tag cik . Tak salah org kot sya .

GF : kenapa ya pak cik?

Security : Oh , pagi tadi . Ada seorg lelaki pakai kereta
Honda City & berbaju Overall , mcm kerja pelantar minyak tu cik , offshore kot . Dia suruh sya hantar bungkusan ni pada gadis yg bernama Nina . Saya ckp sya tak kenal nanti takut salah org. Dia ckp , Cik Nina kalau pergi kuliah, dia akan pakai kasut biru tau , beg tgn warna merah , ikat rambut reben warna pink , org nya cantik , dan gelang tgn di tgn sebelah kanan . Sya tak silap org lah ni .

GF :terkejut hanya BF sahaja yg begitu detail tentang
dirinya . Hatinya sebak tiba2. Tapi mustahil BF nya . BFnya kerja supermarket , motor kapcai mcm tak cukup bulan , apalagi pakai Overall offshore , jauh sekali . Bungkusan bertukar tangan . Dalam perjalanan , GF membuka & membaca isi di dalam nya .

BF : "A'salammualaikum Nina . Apa khabar? Sya tahu Nina dah tukar nombor . Sbb sya call tak dapat . Sya selalu datang hostel , tapi cuma perhatikan dari jauh . Sbb sya malu nak berhadapan dgn Nina . Sya sedar kekurangan sya . Sya nak Nina bahagia . Sya mnta maaf dulu tak dapat bagi banyak duit belanja untuk nina . Duit gaji sya masa tu , saya kumpul & gunakan untuk deposit kereta Hari itu , sya nampak Nina post teringin nak makan nasi ayam , sya tgh rehat lepas cuci pelantar , hari panas terik , Saya rindu Nina . Saya nmpak laut, Sya teringin nak jumpa nina . Maafkan sya takda byk masa untuk nina . Tapi sya nmpk Nina dgn org lain sya tak marah . Sya sedar kekurangan sya . Sya menangis sebab lambat majukan diri . Mula dari hari itu , saya kerja habis2an . Walaupun Nina dah sakitkan saya , saya tak boleh lupa kn nina . Rezeki tuhan tak siapa duga. Kesungguhan sya dilihat oleh orang besar2 di perkapalan . Saya ditawarkan jadi sebahagian dri team mereka . Esok sya akan berangkat ke Dubai. Saya menetap di sana . Maafkan sya tak jujur dgn Nina bukan karna sya mahu sembunyikan tapi sya tak mahu Nina riak bila tahu sya sedang berusaha utk masa depan kita . Sya mahu buat kejutan utk Nina.
Sya dah bincang dgn Mak Ayah sya sebelum ni . Kejutan utk Nina , Mak akan datang merisik Nina bila sya dah berkerjaya tetap . Itu janji sya . Tapi , sya sedar , bukan mudah terima kekurangan sya . Sya ni comot . Tak pakai barang branded. Jadi izinkan sya bwa diri. Hadiah ni sya beli guna duit gaji pertama sya sebagai seorang offshore . Terimalah syg. Sya tahu dah lama Nina idamkannya . Setiap kali kita keluar bersama , inilah yg nina selalu tunjuk . Maafkan sya Nina" .

GF: mengangkat kotak bungkusan .GF terduduk di kerusi security . Air mata mengalir sebentuk cincin idamannya yg nilai nya tak terkira . jiwanya bergetar .

Security : lelaki itu selalu datang sini cik dgn kereta
Honda City tu . Handsome orgnya . Tapi dia cuma duduk dalam kereta . Hari ini baru sya nmpak dia keluar dari kereta dan minta sya sampaikn ini pada cik .

GF menangis . .

Sekian . . . . Ingat!
Cintailah orangnya bukan apa yang dia ada 

sumber facebook - 
Marzuki Ichi/ 8th April 2014/ 09:22

Hargailah Orang yang Mencintaimu
Lahirkanlah Keikhlasan dihatimu

Tuesday, November 4, 2014

Suka Buat Andaian Sendirikan?

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Okay, merujuk kepada entry Sudah-sudahlah sebelum ini, cx ada update berkaitan sesuatu yang mana cx luahkan tetapi kesampaiannya bercabang pengertiannya. bak kata orang kampung, apang-apang alang sahaja penyampaiannya.

Jika pembaca yang positif, andaiannya akan sentiasa positif dan sebaliknya pula akan sentiasa negatif. Namun, adakah setiap apa yang diandaikan itu benar atau sebaliknya? Haa, cx tidak kisah apabila nak buat andaian apa pun tetapi apabila andaian itu dirujuk terus kepada cx, maksudnya andaiannya seperti contoh; 'ohh cx ni mesti jenis macam ni macam ni' .. ianya agak jauh tersasar ya kawan-kawan.

gambar tiada kaitan. hahah
Ehh, tapi tidak mengapalah, ikut suka koranglah. Cx cuma nak bagitahu, setiap entry yang cx update, 99% adalah cerita sekeliling ataupun pengalaman seseorang dan hanya 1% sahaja berkaitan personal. Itupun tidak didedahkan secara menerus, ada lapik-lapiknya. Haa, dapat tak apa yang cx cuba sampaikan?

Okaylah, cx tahu pembaca cx semuanya positive thinker. InShaaAllah :) Andai andaian yang dibuat itu salah dan mengaibkan, makanya boleh jatuh fitnah ya. Hehe. Baiklah itu sahaja. nak sambung tengok doraemon. kbai.

Siasat biar ke Akar Umbi
lahirkanlah keikhlasan dihatimu

Sudah-sudahlah

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Hidup ini pinjaman sahaja. Sebanyak mana amalan yang membolehkan kita masuk syurga Allah? Sebeban mana dosa yang memudahkan kita ke neraka Allah? 

Kalau tak mampu buat amalan baik, tinggalkanlah amalan buruk dan keji. Itupun telah Allah anugerahkan pahala walau tak seberapa tetapi ianya pahala.

Credit to masjidmunawwarah blogspot com
Cukup-cukuplah

Sampai bila nak buat dosa mata?
Sampai bila nak buat dosa telinga?
Sampai bila nak buat dosa tangan? 
Sampai bila nak buat dosa hati?
Sampai bila nak jadi hamba nafsu?

Sudah-sudahlah.
Berhentilah.
Bertaubatlah.

Marah vs Sayang
Lahirkanlah Keikhlasan di Hatimu

Monday, November 3, 2014

Fenomena: Jeruk Mangga AsamBoi

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

credit to wasap group
Haha. itu dia. Masa mula-mula dapat gambar terus cx gelak. Haha sangat kelakar. Anyway, korang dah rasa belum? Cx? Mestilah belum. Mueheheh. Apa dia? Ada yang nak bagi percuma? Alahai susah-susah sahaja. huhu.

Makan Ikut Trend
Lahirkanlah keikhlasan dihatimu

Buang Keruh, Ambil Jernih

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Sekadar Hiasan *credit to ym and photographer
Alhamdulillah Alhamdulillah. Kita buang yang keruh, ambil yang jernih. Mudahan Allah lindungi dan berkati silaturrahim sesama saudara seislam. Amin. 

Mak Temah:
aku tak tahu kenapa aku sangat menyayangi dan hargai sangat silaturrahim yang ada. Allah. Benarlah kalau kita ikhlas dalam membentuk ukhwah, inShaAllah yang terjalin itu adalah yang memberi manfaat. 

Aku rindu kawan-kawan aku. 
Sungguh aku rindu.

Salam Kejauhan
Lahirkanlah Keikhlasan di Hatimu

Resepi Capati Homemade by Cx

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Hai hai hai. Apa khabar semua? Amboi seronok aih aok sume orang pahang cuti ye. Tahniah tahniah pasukan aok menang. koi tak tengok pon bola haritu. Macam malas. muehehe. Okay, hari ini nak kongsikan cara membuat capati. Yeah! Siapa makan capati? Sila angkat tangan! 

bahan-bahan
Baik. Mula-mula sediakan bahan seperti di atas. Kalau nak makan ramai, boleh buat satu kampit tepung (30-36keping), kalau makan tak ramai, buat setengah kampit tepung (12-14keping). Bahan-bahannya adalah; *Cx biasa buat sekampit tapi kali ini setengah.

√ Tepung gandum 1/2 kampit. *Biasanya guna tepung atta tetapi cx guna gandum.
√ Minyak sapi 2 sudu besar. *Tak kisahlah jenis apa pun.
√ Air garam secukupnya. *Korang rasalah masin atau tidak. 
√ Bekas untuk menguli doh.
√Penggelek capati, Alas penggelek capati dan cooking pan memasak. Kuali pon boleh *lupa nak ambil gambar. hehe


Cara penyediaan doh;

√ Masukkan tepung dan dua (2) sudu besar minyak sapi ke dalam bekas dan gaulkan sehingga sebati. *Sebati jadinya apabila kita ramas tepung, jadinya peroi, rujuk gambar nombor satu (1).
√ Kemudian masukkan air garam ke dalam adunan tadi sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh seperti gambar nombor dua (2).
√Setelah menjadi doh, dikehendaki menguli doh selama satu (1) jam atau satu setengah jam (1 1/2) supaya lembut. Jika guna tepung atta, tidak perlu uli lama. 
√Setelah lembut, bolehlah diceraikan menjadi bebola seperti gambar nombor tiga (3). 
√Kemudian bentukkan membulat supaya doh menjadi bulatan yang kemas dan cantik *ada tekniknya, nak ajar dekat sini macam kena buat video pula kan. hehe. So, cx suggest korang bulatkan sahaja macam bola, asalkan bulat. Hehe.


Cara masak:

√Korang mulakan menggelek doh kecil bulat tadi menjadi seperti gambar satu (1). Inilah sebabnya kenapa cx suruh buat bulatan kecil. Kan cantik tu. hehe
√Mulalah letakkan di atas cooking pan, api jangan besar, pastikan sentiasa balik-balikkan capati, kalau tidak ianya cepat hangus.

Okay. Taraaaa! Dah siap! Bolehlah lawan dengan sambal sardin contohnya, atau kari atau asam pedas atau gula pasir atau susu pekat. Haa, sedap sangat.  Huhu Selamat Mencuba! Sebarang pertanyaan boleh cari cx di facebook atau ym. kbai

All The Best SPM Candidates!
Lahirkanlah Keikhlasan di Hatimu