Saturday, December 12, 2015

Resepi Rendang Ayam Mudah dan Cepat

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Hai hai buat semua! Okay hari ini nak kongsikan resepi rendang ayam mudah dan cepat! Memandangkan kelmarin cx tetiba rasa nak buat rendang demi suami tercinta, Alhamdulillah bahagia rasa dapat makan dan sempat bekalkan sarapan ketupat di pagi hari Jumaat buat suami.  Meh cx kongsi resepi.


Bahan-bahan

*Bawang Merah 3ulas
*Bawang putih 3ulas
*Halia 2inci
*Serai sebatang dihiris
Lada kisar 2sb
Rempah 3sb
Ayam seekor
Bunga lawang 3pcs
Pelaga 3biji
Alba
Kerisik
Asam keping 2kpg
Santan
Air
Daun limau dihiris halus
Daun kunyit dihiris halus
*Kunyit hidup 2inci
Garam/gula/ajinomoto

Cara-cara

1. Blend kesemua bahan yang bertanda (*) 
2. Tumiskan bahan tersebut bersama bunga lawang, alba, dan pelaga sehingga naik bau.
3. Masukkan lada kisar dan kacau sehingga masak. Kemudian masukkan rempah.
4. Setelah garing/masak, masukkan ayam dan biar sehingga air manis ayam turun.
5. Masukkan sedikit air jika terlalu kering. Kacau bagi mengelakkan rendang hangit
6. Setelah itu masukkan santan dan kerisik. Kacau sentiasa supaya santan tidak berkepala dan kecilkan api.
7. Akhir sekali masukkan hirisan daun limau dan daun kunyit serta garam, ajinomoto serta gula secukup rasa. Kacau sebati hingga naik bau dan puas hati.

Okay siap! Boleh dihidang dengan nasi panas-panas. Tidak pon makan dengan ketupat! Yummy~ ohya, daun limau dan daun kunyit cx gunting besar sahaja sebab semua tak suka hirisan yang menyebabkan mereka sukar makan. Yalah nak kena asingkan daun-daunnya sebelum makan. Hehe Juga rendang cx tidak kering sebab husband suka makan berlauk. So ikut koranglah kalau nak kering, silakan kacau sehingga kering seperti yang dikehendaki. :) okay selamat mencuba! 

Semoga berjaya
Lahirkanlah keikhlasan dihatimu

No comments: