Monday, February 23, 2015

Kajian Susulan Status Pekerjaan : Hadiah Cabutan Bertuah!

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Hai korang! ingat lagi tak cx pernah update tentang Kajian Susulan Status Pekerjaan yang pernah cx update sebelum ini? Haa, jangan tak tahu ya kawan-kawan KSSP ini ada menyediakan cabutan bertuah buat alumni-alumni yang memberi kerjasama. Fuh! terbaik hadiah dia. Rugi rasa bila masa dapat email tu, cx abaikan sahaja dan hanya update apabila dapat email ke dua. Huhu. Bukan rezeki. 

tekanlah untuk besarkan dia. ataupun boleh klik SINI untuk ke senarai asal
Haa nampak tak hadiah dia apa? Apple Iphone 6 tu! Ada yang dapat Samsung Note 4 lagi. fuh! Gongxi! gongxi! tahniah! tahniah! memang betul-betul durian runtuh untuk alumni tersebut. Cx malas nak hide nama sebab memang dekat situ tak hide pun. hehe. mana ada maklumat peribadi yang terpampang kan? heheh. okaylah, korang boleh cek dekat link yang cx bagi. Kalau nak lagi senang, pergi cek email sendiri. Dia ada bagi email kepada pemenang. Tahniah! 

Gongxi Nimen!
lahirkanlah keikhlasan dihaitmu

Saturday, February 14, 2015

Cara supaya tak dapat sebarang invitation game

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Sebelum ini cx ada update Cara Block Game di Facebook kan? tetapi masih lagi dapat invitation game or anything yang korang pun tak nak dan tak suka kan? So entry kali ini cx nak ajar korang cara-caranya seperti mana yang cx buat selama ini. Hopefully bermanfaatlah ya kawan-kawan.


Okay, mari cx ajarkan. nak bergambar atau sekadar bertulis? Kalau bertulis bolehkan? Masih fahamkan? huhu. Tak rajinlah nak edit printscreen. hahaha. Okay korang boleh follow step ini ya kawan-kawan yang budiman semua. Eh! tidak mengapalah, cx bagi gambar sahaja dan cx explain. 

click to enlarge
Baiklah, nampak tak? step pertama korang pergi dekat SETTINGS, kemudian cari BLOCKING. korang akan nampak senarai-senarai untuk block ikut jenislahkan. Tetapi korang pilih BLOCK APP INVITES. Korang diwajibkan menaip nama orang yang selalu sangat invite game dekat korang. Settle. Okay tak? All the best!

Cx's says:
Sorry kepada sesiapa yang pernah menjadi mangsa. Cx dah tak main dah game yang invite-invite ni. Buat marah orang sahaja. Huhu. Ampun maaf di pinta ya semua. 

Salam Sayang
Lahirkanlah keikhlasan dihatimu

Friday, February 6, 2015

Ujian Bertulis N27 MPHTJ

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

hai hai semua. Okay hari ni nak share pengalaman attend ujian bertulis MPHTJ. Tau tak MPHTJ stand for what? Okay, untuk orang Melaka if tak tahu, memang nak kena. MPHTJ stand for Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya.  Okay bila ujian bertulis ni cx attend? no need to mention here lah okay? heheh cukup sekadar cx share pengalaman. 

Okay bagi sesiapa yang bakal pergi ujian bertulis N27, korang boleh rujuk sikit-sikit dekat entry cx ini ya. Hopefully bermanfaat dan membantu. Soalan dia ada objektif dan subjektif. Dengar macam sedikit sahajakan? huhu. Tetapi soalan dia ada pecahan bahagian. Antaranya adalah sejarah MPHTJ, Pengetahuan Am, Sejarah Melaka dan Malaysia, Matematik dan English.  Banyak tak? kah!

credited.
Apa yang cx nak suggestkan untuk korang baca adalah. sila study sejarah MPHTJ ya. apa yang ada dekat portal MPHTJ tu, sila baca. semua sekali kecuali carta organisasi. Dun2 yang terlibat, Daerah kawasan tawanan, Sejarah penubuhan, dll. Jangan tinggal sikit pun. Then, Sejarah Melaka tu korang boleh baca pasal tahun Melaka ditawan, kedatangan Al-fonso de alburqerk. Kedatangan Portugis. Pengetahuan am tu korang boleh jawab sendiri, dia lebih kepada KBKK. Matematik sila fokus kepada pecahan, nisbah dan punca kuasa. English tu lebih kepada replacement words.

Okay boleh bayangkan tak soalan dia macam mana? each part ada 20questions. Masa yang diperuntukkan adalah bermula jam 9:00 pagi sehingga 11:00 pagi.  Kemudian soalan subjektif dia pula merangkumi soalan berdasarkan tugasan jawatan yang korang mohon. Ada dua soalan subjektif berbentuk essei. Sila jawab semua. huhu. Ianya lebih kepada situasi dan faktor-faktor mengatasi. Boleh kbkk. isu semasa?? Yillek! uhuhuhu. Okay, itu sahaja nak share. Nanti cx share Ujian bertulis N27 UTeM pula ya. kbai~

All the best to me!
lahirkanlah keikhlasan dihatimu

Wednesday, February 4, 2015

Harapan Ulang Tahun CX

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Hai semua! okay hari ni merupakan hari jadi cx. Alhamdulillah dah berpuluh tahun hidup. Syukur ke hadrat Allah. Tetapi birthday tahun ini, tiada penantian apa-apa dan kepala cx juga seakan terlupa birthday sendiri. Terlalu banyak benda yang lebih penting perlu cx fokuskan. Semoga segalanya menjadi lebih mudah dengan pertolongan Allah. Amin.

credited
Cx cuma berharap dan mendoakan agar pada tahun ini, Allah memberikan yang terbaik buat cx dan orang-orang sekeliling hidup cx. Semoga segala yang baik itu tempiasnya terpercik sekali kepada orang lain. Mudahan. Amin. Cx sangat bersyukur kerana kurniaan Allah sangat tidak disangka-sangka. Yalahkan, suami cx selalu pesan, kita kena sentiasa yakin dengan ketentuan Allah. Bila kita yakin, everything will be smooth. Alhamdulillah syukur sangat-sangat. Okay selamat bahagia kepada semua orang :) kbai. 

Alhamdulillah
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu'