Tuesday, August 25, 2015

Mini Giveaway Diari Jejaka Hangat 2015

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Mini Giveaway Diari Jejaka Hangat 2015 bermula pada jam 10.00 malam 17 OGOS 2015 hingga 11.59 malam 31 OGOS 2015. Menawarkan hadiah yang bernilai RM 155.00 untuk dimenangi. Senarai hadiah ada di SINI...
Semua blogger dijemput join untuk menyertai Giveaway ini. 
Syarat-syaratnya :
1. Wajib Follow Blog Sponsor
2. Wajib Like Fanpage Sponsor





3. Follow  Instagram Sponsor
5. Buat entri bertajuk Mini Giveaway Diari Jejaka Hangat 2015
6. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
7. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Sekian.
Saja isi masa
Lahirkanlah keikhlasan dihatimu

Sunday, August 23, 2015

Jiran Sebelah Katil

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Stay dekat hospital ini memang memerlukan tahap keredhaan yang tinggi. Lebih-lebih lagi apabila diwajibkan stay almost a month. Memang cx mula sayang  'sangat' hospital ni. Muahahaha.! Pffttt~ Tidak mengapalah, demi kesihatan jangka masa panjang bersama, cx redha sahajalah. Huhu Syukur Alhamdulillah kepada Allah. Makluman, jiran sebelah katil cx adalah non-muslim (Chinese). 

Ya Allah baiknya kakak Chinese ni. Dia baru bersalin czer empat hari lepas dan baby sedikit meragam. Kita fahamlahkan sebab baby ada ragamnya tersendiri. Apa yang menyebabkan cx cakap kakak ini baik adalah kerana semasa cx solat, anak dia menangis taknak berhenti sebab baby tak pandai breastfeed tau. Nak tau kakak tu kata apa selepas cx sudah solat dan anak dia senyap sekejap? Katanya "maaf ya mengganggu. Anak saya taknak berhenti menangis". Alololo kakak oii.  Comel je.

Ini namanya langsir jiran sebelah katil. Mueheheh
Bukan itu sahaja, Ada sekali tu cx solat, famili dia datang dan itu pun dia kata maaf ya mengganggu, saya tak sangka famili saya datang awal. Alahai baiknya. Semasa cx solat tu, mereka tak mengganggu pun. Cakap bukan baik cover lagi sebab taknak buat bising masa cx solat. Ya Allah baiknya dia. Cx tak rasa terganggu langsung. Yalah kita faham bila famili datang. Tapi memang kakak ini sangat menghormati orang lain. Cx pula rasa serba salah nak duduk lama-lama dekat sejadah. Haha.

Cx's says:
Agama bukan penyebab kita untuk membezakan kebaikan dan bersifat perkauman. Apa yang memburukkan nama agama bukanlah agama itu sendiri tetapi manusia yang menganutinya.  Setiap orang mahu menjadi baik dan terbaik untuk mencapai syurga agama masing-masing, maka tiada istilah agama penyebab kemusnahan akhlak manusia sebaliknya manusia itu sendiri yang memusnahkannya. 

Alhamdulillah syukur
Lahirkanlah keikhlasan dihatimu

Saturday, August 22, 2015

Lagi Seminggu!

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Hai! Selamat pagi sabtu. Itu dia kembali menulis selepas line dan keadaan diri yang tak berapa nak stabil. Akhirnya setelah berpindah bilik, line dekat sini jadi cantik dan diri pon menjadi stabil. Ehh! Hahah taklah, line okay, makanya wujudlah entry hari ini. Keadaan diri masih belum pasti. Huhu

Pada 13 Ogos 2015 yang lalu, cx telah diwajibkan admit ward waktu itu juga tetapi cx datang malam. Miahaha. Sesuka hati sahaja. En.suami lagilah, katanya admit esok sahajalah. Hahaha apa pon tak boleh. Anyway, malaslah nak admit awal-awal. Iyalah, baru discharged but then masuk balik. Fiuhh. Letih mak nak. Ingat nak pergi holiday ke bersuka ria? Huhu. Okaylah, setelah berperang selama sepuluh hari bertapa dekat sini, hari yang ditunggu pun tiba. Re-scan bagi menentukan tahap ketidakbahayaan. Ehh! Ada kan perkataan ni? Bolehlah eh. Huhu
Ini namanya dekat hospital sahaja ada. Muahahah
Re-scan tersebut adalah pada hari kelmarin 20/8/2015 tetapi doktor pakar tunda pada hari semalam 21/8/2015 dan keputusannya? Alhamdulillh much better than before. Tetapi, masih kena tahan di sini. Allah. Doktor kata, "saya tak pasti tahap dia berapa, jadi awak kena stay sini lagi seminggu dan kita re-scan". Gedebuk! Nangka busuk jatuh dah~ 

Baiklah. Makanya bermulalah episod penantian seterusnya sehingga 28/8/2015 jumaat nanti. Bersempena hari jadi abah mertua cx. Yeah! Harapannya result positif dan terus boleh discharge. Amin. Korang jangan lupa doakan cx ya. Hihi. Terima kasih semua. 

Cx's says: 
Nak jumpa cx tak? Mohler melawat cx di sini. Muahaha kbai~

Alhamdulillah
Lahirkanlah keikhlasan dihatimu

Saturday, August 15, 2015

Suntikan Matangkan Paru-paru

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Salam sabtu buat semua. Niat untuk aktif update dan blogwalking terbantut sebab Allah tak izinkan. Iyalah.. ada benda lagi penting Allah suruh fokuskan. In Syaa Allah ada hikmah. Aiceh. Cakap macam apa je bila tak dapat update blog. Cett~ 

Okay nak cerita. Sepanjang hidup cx dalam menerima pelbagai jenis suntikan, ini kali punya suntikan.. YA ALLAH! nangis mak nak! Kemain perit, pedih, bisa dan sakit!!!! Allah sahaja yang tahu. Ini baru dapat satu suntikan pukul 11 pagi tadi. Malam kang pukul 11 kena inject lagi satu. Huwaaa~ sakit tak terkata. Nurse cakap kalau injection ini, menangis itu adalah normal. Allah.
Both of them is my jiran. Muehehe
Memula kena dah aduh sakit. Belum masuk ubat lagi. Bila nurse tekan sahaja ubat ... Ya Allah. Dia punya bisa... Memang meleleh air mata. Nurse lagi sorang pula cakap injection ini pedih bisa sebab ubat dia pekat. Fiuhhh~ Demi untuk mematangkan paru-paru, cx redha. Sekarang rasa macam nak demam. Lepas kena suntik, terus tidur. Alhamdulillah okay sikit. Semua nurse tanya, sebab diorang tahu tahap sakit dia macam mana. 

Syukur Ya Allah
Lahirkanlah keikhlasan dihatimu.

Thursday, August 13, 2015

Candy Crush Enam Satu Tujuh

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Salam khamis semua! Okay pagi ini nak kena pergi GH sebab ada appointment dengan doktor pakar. Hopefully tak kena tahan wad. Huhu. Taknak duduk hospital! Haritu pon baru keluar. Tiga hari pon dah bosan. Inikan pula dekat dua bulan nak kena stay? Menangislah nak. Huhu. Doakan cx ya. Pukul sebelas appointmentnya. Cx masih dekat rumah. Malas nak drive. Hahah!

Ehh dah beralih topik pula. Okay jom. Cx dah lama tak main candy crush sebab asyik tak lepas. But then semalam lepas pula. Hahaha makanya diteruskan tapi hampa.. failed manjang. Haahah nampak mudah tapi payah. Fiuhhh~ Paling tak best apabila tinggal satu sahaja jelly. Gggrrrr!! Dah dekat sepuluh kali dah ni dok ulang level ni. Hahah. Sampaikan en.suami kata, "nak abang lepaskan?" Aicewah! Tahulah en.suami dah jauh nun di sana meninggalkan cx. Huhu


Nampak tak kegeraman yang ada? 1 more jelly babe! Tension! Hahahah! Atlast malas main dah. Tunggu bosan nanti baru main balik. Hahahha. Okaylah. Nak gerak ke GH! May Allah ease everything for us today :) Takleh main telefon ya anak-anak, mak nak drive ni. Hehe kbai~

Have a good vibes!
Lahirkanlah keikhlasan dihatimu

Wednesday, August 12, 2015

"Merdekaria Bersama Anakbonda"

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Click banner if nak join
Hadiah : 5 pasang shawl
Pemenang : Random.org
Like page anakbonda

Jika ada rezeki Alhamdulillah
Lahirkanlah keikhlasan dihatimu

Review : Lipstick Silky Girl Moisture Plum 08

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Holla! Selamat petang semua! Bulan lepas cx ada mencari jenis lipstick yang sesuai memandangkan cx nak tukar lipstick.  Disebabkan tiada yang suggest the best lipstick, makanya cx review sendiri dekat blog orang lain. Cx pon tak ingat blogger mana yang review pasal lipstick. Huhu Tetapi cx usha banyak jenis lipstick dan banyak jenis blog yang cx singgah. Hehe


Cx usha seharian dan Alhamdulillah cx berkenan dengan satu jenama lipstick ini. Not bad lah sebab dia siap ada lip balm penyegar bibir sekali dengan lipstick.  Color pon menarik disebabkan cx memang nak cari color yang nice-nice, makanya ia memenuhi citarasa cx. Hihi. Alhamdulillah harga pon cantik. 

Credited

Taraa~ inilah lipstick yang cx berkenan itu. Silky girl plum nombor 8. Cx berkenan juga yang no.07/09 (*lupa. Haha) tapi taknak beli banyak, makanya bila ditanya en.suami, beliau suruh pilih.. kalau taknak pilih, katanya ambil sahaja dua-dua. Amboi. Huhu Tapi cx taknak. Hahah ambil satu sahaja. Boleh pakai tak kira tempat dan masa. Memang best dan terbaik. Cx tiada pula gambar yang dah siap pakai. Almaklum kena minta izin suami dulu sebelum attach any photo. Huhu sorry ya. Korang boleh google sendiri hiji. Cx lupalah berapa ringgit tapi below RM20. Okaylah. Babai.

Alhamdulillah puas hati
Lahirkanlah keikhlasan dihatimu

Lemak Bertingkek-tingkek!

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Hi selamat hari rabu! Amboi sempat update blog! Haha. Padahal banyak sahaja lagi kerja lain boleh buat. Okaylah.. ini merupakan auto publish entry memandangkan masa tidak mengizinkan. Iyalah sangat.

Amboi semenjak kahwin ni.. Kemain bertingkek berat cx. Hahah! Bayangkan dulu berat 40++kg .. terus bertingkek menjurus kepada 60++kg. Haaa! Hangpa rasa camna rupa cx sekarang?  Haha!  Dahlah kurang inci. Haha! Biasalah orang dah kahwin. Alasan! Muahahah! Meh kasi belanja contoh gambar.  

Okay boleh nampak perbedaan tak? Keh3. Biasalah apabila makan tidur sahaja kerjanya. Fiuhh! Jenuhlah nak kuruskan badan nanti. Tapi betullah kan, bila dah kahwin, badan naik dan bila nak jadi mak-mak, lagi badan naik. Tapi belum sampai masa lagi jadi mak-mak. Camne? Haha! Matilah nak! Huhu. 

Alhamdulillah Masih Sihat
Lahirkanlah keikhlasan dihatimu

Makin Berdosa Makin Dipuja!

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Pagi-pagi lagi dah kecoh hal dunia yang makin lama makin susah nak faham. Okay bukan dunia tapi MANUSIA.  Alkisahnya terbaca perihal pelakon Izzue Islam yang mana menegaskan taknak bersentuhan ketika berlakon. Alhamdulillah sangat bagus sekali memandangkan kita orang Islam. Wajib ikut syariat Allah. TETAPI .....


Korang nak apa sebenarnya apabila orang berubah ke arah kebaikkan, dipersenda dan dipersoal tetapi apabila orang makin lalai dengan keindahan dunia, makin korang abai macam perkara itu biasa sahaja dan disanjung bagai. Allahuakhbar! Itulah akhir zaman, Makin berdosa makin dipuja! Berikut antara screenshot yang menarik perhatian cx untuk dikongsikan.


Semoga kita sempat bertaubat dan saling bermaafan sesama kita sebelum menjelangkan kiamat. Allahuakhbar!

Ampunilah dosaku
Lahirkanlah keikhlasan dihatimu

#Aug12 : Wordless Wednesday

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Bersama Beringat
Lahirkanlah keikhlasan dihatimu  

Tuesday, August 11, 2015

MERDEKA GIVEAWAY DARI KASUTKACA15

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Click Bendera untuk join sama
Cx join merdeka giveaway daripada kasutkaca 15!  Semoga murah rezeki Cx.

Due:
31 Ogos 2015

Semoga murah rezeki
Lahirkanlah keikhlasan dihatimu

Monday, August 10, 2015

GIVEAWAY BIRTHDAY MUM&SISTER |TENGKUBUTANG

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

GIVEAWAY terbuka kepada semua rakan blogger di Malaysia. GIVEAWAY bermula pada hari ini, 5hb Ogos 2015, iaitu tepat jam 12.30 malam sehingga 25hb Ogos 2015 (jam11.59 malam) 

Selamat Hari Lahir
Lahirkanlah keikhlasan dihatimu

Segmen 12 Jam Bloglist #16 Mialiana.com

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ


Pencarian bloglist bagi bulan September dan Oktober 2015 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 10 Ogos 2015, iaitu tepat jam 11.00 pagi sehingga 11.00 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #16 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 31 Ogos 2015.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

Isi masa lapang
Lahirkanlah keikhlasan dihatimu

Friday, August 7, 2015

Jam Dinding 'Glow In The Dark'

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Haha! Selamat malam semua! Tiba-tiba rajin update blog di malam hari.  Tiada apa pun sebenarnya, sengaja nak berceloteh. Seperti yang cx katakan, banyak benda cx dah collect tapi tak berkesempatan nak update di entry. Makanya tersimpan rapi dalam handphone cx ini.  Nasib baik besar storage phone cx *nakjugamention Haha. 

Sila besarkan beliau jika tak puas hati hehe
Okay nak share pasal jam dinding dekat bilik tidur cx sebenarnya. Nampak tak gambar? Tengok jam dah pukul berapa? Hahaha kemain belum tidur lagi setelah seharian dekorasi bilik oleh en.suami.   Cx duduk sahaja jadi mem. Muahahah! Baiklah, jam dinding ini sangat besar okay. Sebesar pemeluk cx. Tapi cx kecil sahaja. Macam blogger Dedeq de wishes. Hihi Alkisahnya jam ini adalah hadiah kahwin pemberian rakan sekelas cx ketika di UiTM dulu. Almost 2years baru buka dan pakai. Haa berkedap jam tu tersimpan lamanya. Haha

Almaklum hadiah istimewa, cx memang suka simpan. Sayang nak guna sewenangnya yang akhirnya akan rosak tanpa pengawasan mata cx. Huhu. Terima kasih kepada kawan-kawan yang bagi hadiah. Maka hujung tahun 2015 akhirnya cx keluarkan jam ini. En.suami yang suggest letak dekat dinding bilik dan apabila ditutup lampu, jam bercahaya!! Yeah!! Sebenarnya jam ini tidaklah bercahaya ketika gelap, ini semua idea kreatif en.suami .. beliau yang buatkan jam tersebut jadi glow in the dark. Makanya cx excited! Haha.

Bila malam sahaja, tutup lampu dan akan rasa seperti kita baring di satu kawasan padang besar yang berpandangan jam besar ala-ala kita tengok jam dekat tower. Aicewah. Kemain nak romantik jugak memalam dengan en.suami kan? *silajanganmuntah Miahahaha! Okay itu sahaja nak cerita. kbai~

Terima kasih husband
Lahirkanlah keikhlasan dihatimu

Thursday, August 6, 2015

Kad Raya Kedua 2015!

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ


Hai!! Selamat pagi! Allahuakhbar! Lamanya tak update blog. Bukan main sibuk. Sedangkan banyak benda nak up tapi tak berkesempatan. Maka jadilah ianya kelambatan dan kelewatan.  Okay moh sini nak ceghita. 

Sebelum ini cx ada join Kad Raya GA by Nina pada 6hb Julai 2015, dan Alhamdulillah tersenarai antara yang dapat kad raya. Syukur. Seronok bila dapat kad raya pada zaman sekarang ini. Iyalahkan, tradisi lama yang makin dilupakan. Sekarang semua whatsapp manjang. Huhu. Alhamdulillah dapatlah juga merasa lagi kad raya sampai ke rumah. Huhu. 

Memang Ramadhan lalu cx target join mana-mana GA yang ada bagi kad raya. Hehe Alhamdulillah rezeki. Suka sangat okay :) Anyway, kad ini sudah lama sampai pada 14hb Julai 2015 tetapi seperti cx katakan tadi, sibuk memanjang. Hehe. Okay cx nak ucapkan jutaan terima kasih kepada Nina sebab buat GA tersebut! Terima kasih kad raya! :)

Cx's says:
Dapat sahaja kad raya, en.suami yang tolong bukakan. Katanya daripada siapa? Terus cx cakap, dah kalau alamat guna nama CXopportunities, sudah pastilah platformnya juga daripada blog. Heehe  Jeleslah tu tak dapat kad raya. Muehehe.

Syukur Selalu
Lahirkanlah keikhlasan dihatimu