Friday, December 25, 2015

Mini Pavlova Sedap!

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Hai hai hai. Selamat bercuti kepada semua. Cuti empat hari gitukan.  Hari ini ada sedikit masa untuk update blog! Okay here we go ~

Mini pavlova yang sangat awesome! Seriously tak tipu. Let's grab and try! InShaaAllah puas hati. Cx dah makan banyak kali, memang tak rugi dan berbaloi-baloi! Do whatsapp Fara Ally 019-6758895. Kbai

Mudahan murah rezeki
Lahirkanlah keikhlasan dihatimu

Monday, December 21, 2015

Selipar Jepun Abah

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Tahun 2007

Ketika itu, cx baru menginjak usia 18 tahun setelah habis SPM pada tahun 2006. Selesai sahaja SPM, berehat dua tiga bulan dan terus cari kerja walaupun abah tak izinkan. Niat utama kerja adalah nak ada duit sendiri dan simpanan sendiri even gaji MYR600.. Pendirian akal ketika menginjak dewasa ketika itu.

Ada satu saat, tiba-tiba cx terpandang akan pemakaian abah. Lengkap serba serbi tatkala ditatap daripada atas kepala terus ke kaki dan saat itu mata terpaku dan hati meluruh sayu. Allahuakhbar! Abah .. kemana-mana hanya berselipar jepun yang nilainya tika itu MYR2.50 lebih kurang. Allahuakhbar! Sedih hati melihat abah pakai selipar jepun. Abah seorang lelaki yang simple tetapi tidak lagi pernah cx melihatnya menyarung selipar jepun putih biru itu. Allah! Sayu hati.


Sejak dari itu, esoknya cx minta izin dengan bos tempat kerja untuk ambil gaji hari. Kebetulan hari itu abah nak datang ambil cx balik daripada kerja. Cx cakap dengan abah; "abah. Singgah jap jom dekat kedai uncle hotlink kasut sekolah tu" .. abah cx pon bertanya kenapa dan mengapa tetapi cx hanya cakap "kejap je singgah. Abah tunggu dalam kereta dengan mak, biar cx (ganti nama diri dirahsiakan) pergi seorang sekejap". 

Cx masuk kedai dan terus cari sepatu jenama bata bersaiz lima yang biasa abah pakai dan juga kegemaran beliau. Sungguh comel kaki abah dan cx turut mengikut jejak saiz kakinya. Hehe. Puji diri sendiri. Muahaha. Setelah selesai, cx terus masuk kereta dan serahkan sepatu bata kepada abah serta-merta suruh abah cuba dan pakai. Alhamdulillah muat sebab cx anak kesayangan abah dan semestinya cx tahu details abah. Syukur abah suka. 

Disaat terkenang kembali memori ini, hati jadi sayu sedih dan pilu. Hampir empat tahun abah pergi meninggalkan kami sekeluarga. Allahuakhbar! Sungguh cx rindu abah. Sejak kepergian abah, cx nekad untuk tidak lepaskan peluang sedekahkan apa yang termampu demi kesenangan abah di sana. Biar abah rehat dan tenang tak perlu berebut doa sedekah orang lain kerana sepanjang hayat abah, kami sering bertikam lidah, serba serbi tak kena dan tak sependapat tapi jauh di sudut hati, cx sayang sangat dekat abah. Allahuakhbar. Tenangkanlah abahku di alam sana. Amin.

Kepada korang, hargailah insan tersayang, luahkan dan tunjukkan kasih sayang korang directly. Jangan jadi macam cx, tak reti tunjukkan dan luahkan kasih sayang. Semoga Allah ampunkan segala dosa abah di sana. Amin.

Rindu abah
Lahirkanlah keikhlasan dihatimu

Saturday, December 12, 2015

Resepi Rendang Ayam Mudah dan Cepat

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Hai hai buat semua! Okay hari ini nak kongsikan resepi rendang ayam mudah dan cepat! Memandangkan kelmarin cx tetiba rasa nak buat rendang demi suami tercinta, Alhamdulillah bahagia rasa dapat makan dan sempat bekalkan sarapan ketupat di pagi hari Jumaat buat suami.  Meh cx kongsi resepi.


Bahan-bahan

*Bawang Merah 3ulas
*Bawang putih 3ulas
*Halia 2inci
*Serai sebatang dihiris
Lada kisar 2sb
Rempah 3sb
Ayam seekor
Bunga lawang 3pcs
Pelaga 3biji
Alba
Kerisik
Asam keping 2kpg
Santan
Air
Daun limau dihiris halus
Daun kunyit dihiris halus
*Kunyit hidup 2inci
Garam/gula/ajinomoto

Cara-cara

1. Blend kesemua bahan yang bertanda (*) 
2. Tumiskan bahan tersebut bersama bunga lawang, alba, dan pelaga sehingga naik bau.
3. Masukkan lada kisar dan kacau sehingga masak. Kemudian masukkan rempah.
4. Setelah garing/masak, masukkan ayam dan biar sehingga air manis ayam turun.
5. Masukkan sedikit air jika terlalu kering. Kacau bagi mengelakkan rendang hangit
6. Setelah itu masukkan santan dan kerisik. Kacau sentiasa supaya santan tidak berkepala dan kecilkan api.
7. Akhir sekali masukkan hirisan daun limau dan daun kunyit serta garam, ajinomoto serta gula secukup rasa. Kacau sebati hingga naik bau dan puas hati.

Okay siap! Boleh dihidang dengan nasi panas-panas. Tidak pon makan dengan ketupat! Yummy~ ohya, daun limau dan daun kunyit cx gunting besar sahaja sebab semua tak suka hirisan yang menyebabkan mereka sukar makan. Yalah nak kena asingkan daun-daunnya sebelum makan. Hehe Juga rendang cx tidak kering sebab husband suka makan berlauk. So ikut koranglah kalau nak kering, silakan kacau sehingga kering seperti yang dikehendaki. :) okay selamat mencuba! 

Semoga berjaya
Lahirkanlah keikhlasan dihatimu

Thursday, December 10, 2015

Ikan Talapia Masak Lemak Cili Api Nanas

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Alhamdulillah rezeki apabila orang sedekah talapia tujuh ekor siap siang kepada keluarga cx kelmarin. Jiran bagi sebab famili beliau tak makan ikan darat. Apabila dapat sahaja ikan talapia tersebut, resepi paling sedap untuk dimasak dan dimakan adalah masak lemak! Yummy~ okay jom cx kongsi resepi even ramai dah excellent tetapi nak juga kongsi. Hehe.


Bahan-bahan

Ikan Talapia
Bawang Merah
Bawang Putih
Halia
Belacan
Kunyit
Serai
Nanas
Cili padi
Santan
Garam + Ajinomoto

Cara-cara

1. Bersihkan ikan dengan air garam + air basuh beras (jika ada kosek beras) + tepung + garam untuk hilangkan rasa tanah dan hanyir ikan darat. Kemudian goreng ikan dengan garam kunyit seperti biasa. Goreng garing-garing.

2. Pada masa yang sama dah boleh mulakan masak lauk. Blend semua bahan di atas kecuali ikan. Haha. Kemudian masukkan dalam periuk/kuali yang telah diisi air mengikut sukatan yang sesuai. Biarkan mendidih. *nak tumis pon boleh. Ikut suka.

3. Masukkan nanas dan santan. Pastikan api sederhana dan lauk dikacau sentiasa supaya santan tidak berkepala/berbuih. 

4. Akhir sekali masukkan ikan dan garam serta ajinomoto secukup rasa. 

Okay dah siap, boleh dihidangkan  dan makan! Hahaha! Mudahkan? Kemain sedap berlemak lagi ikannya. Huhu Okaylah. Tata.

Alhamdulillah syukur
Lahirkanlah keikhlasan dihatimu

Wednesday, December 9, 2015

#Dec09 : Wordless Wednesday

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ


Expectation is hurt
Lahirkanlah keikhlasan dihatimu

Nasib Seorang Tua

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Semalam cx ke UTC bawa makwe (nenek) , dan ditemani oleh emak serta adik cx. Disebabkan kami semua perempuan, makanya adik lelaki di ajak sekali sebagai keselamatan memandangkan kami bawa anak kecil. Alhamdulillah selamat. Thank you Allah. 

Setibanya di UTC, kami terus ke tabung haji aras satu. Selesai sudah, cx terus uruskan hal di BSN pula untuk bayar bil dan masukkan duit pakwe (atok). Ketika menunggu nombor giliran dipanggil, cx duduk di ruang menunggu hadapan sekali dan di sebelah cx terdapat seorang pakcik. Pada mulanya pakcik itu tidak mendapat perhatian cx kerna normal sahaja tetapi sebaik sahaja pakcik itu bangun daripada duduknya ..
Credit to google
Allahuakhbar. Pertama, keadaan pakcik itu sendiri, uzur di usia emas berbongkok tiga sudah dirinya tetapi gagah datang ke UTC untuk menyelesaikan urusannya. Kedua, pakaian pakcik itu. Sungguh kesian. Baju seluar lusuh. Seluar berikat tali pinggang di baju yang dikoyakkan daripada cebisan kain. Kejap-kejap seluarnya jatuh dan ditarik semula. Kesian. Ketiganya, urusan pengeluaran duitnya tak menjadi sebab ic dia tiada. Paling kesian bila tengok muka pakcik tu terkebil-kebil kecewa dan terpinga-pinga apabila tak dapat keluarkan duit serta ketiadaan ic. Seperti tidak faham kenapa dan mengapa apa yang berlaku.

Sedih sungguh hati. Cx tak tahu keadaan sebenarnya. Be positive sahaja. Mungkin anak-anak jauh. Mungkin tiada anak atau mungkin sebaliknya. Allah. Permudahkanlah urusan pakcik tu. Sedih bila dikenangkan sebab bayangkan pakcik itu abah kita. Allah.. sedih sangat memandangkan cx pon sudah tiada abah. Allahuakhbar. Sedih.

May Allah ease
Lahirkanlah keikhlasan dihatimu

Saturday, December 5, 2015

Nestle Everyday : Susu Kegemaran!

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Hai semua. Nak dijadikan cerita, cx ini sangat suka minum susu. Tersangat suka. Jangan tanya kenapa tapi yang penting susu itu sedap. Haha. Tidak kira apa jenis susu, cx suka minum tetapi bukan susu pekat manis itu ya kawan-kawan.

Susu yang menjadi pilihan utama adalah susu nestle everyday! Sangat sedap. Huhu. Sukanya cx dengan susu sehingga cx suka makan begitu sahaja tak buat air. Muahehehe. Husband selalu tegur tetapi curi-curi makan juga. Kih3. Ampun husband. 
Haaa nampak tak susu di atas? Yummy~ rasa nak ratah sahaja sekarang. Huhu. Inilah susu kesukaan cx. Encik husband baru belikan yang paling besar sekali buat isterinya ini. Hehe. Susu ini makin tahun makin mahal. Dulu yang kecil MYR8++ tetapi sekarang MYR10++ .. Makanya boleh bayang tak yang besar harganya berapa? Fiuhh~ ini baru susu emaknya, susu anak pula? Menitik peluh abahnya bekerja nak cari rezeki buat anak dan isteri. 

Mudahan Allah limpah ruahkan rezeki dan permudahkan segala urusan suami dalam mencari rezeki memberi nafkah buat anak isteri. Amin buat kalian juga. Amin. Ohya, dulu suka susu nespray tetapi menjadi kurang suka sekarang sebab susu tersebut mak cx guna buat kuih raya. So rasa dia macam kurang sedap sebab rasa kuih haaha. Okbai.

Syukur Alhamdulillah
Lahirkanlah keikhlasan dihatimu

Wednesday, December 2, 2015

Kehidupan Baru

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Holla everyone! Ya Rabbi lamanya tak update blog. Masa yang ada tidak menarik perhatian cx untuk kemaskini blog yang semakin berhabuk dan bersarang ini. Ada yang lebih menarik dan manis lagi untuk cx kekal akannya.☺ Alhamdulillah ianya membahagiakan sentiasa. 

Banyak entry nak update sebenarnya tetapi segala intipati hanya tersimpan dalam folder di telefon cx.  Menjadi habuk semata. Muahaha. Biarlah. Ada masa nanti cx update lah ya.


Terlalu banyak juga perkara yang hendak dikongsikan berkaitan kehidupan cx tetapi masih menunda meminta izin encik suami.  Hehe. Tetapi rasanya macam sudah diketahui jawapannya. Huhu. Apa yang cx nak cakapkan adalah cx bahagia dengan kehidupan baru kini bersama suami dan keluarga. Semoga kebahagiaan ini kekal hendaknya. Begitu jua doa cx buat kalian. Semoga bahagia selalu hendaknya. Aminn.

Okaylah nanti jika berkesempatan, cx update lagi blog ini ya. Jika tiada .. maaflah, ada yang lebih penting dan bahagia untuk cx berikan tumpuan sepenuhnya. ☺ Alhamdulillah.

Please say something
Lahirkanlah keikhlasan dihatimu

Giveaway December 2015 Cash RM500 by Emas Putih

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ


Hadiah :
RM100 Top Referral
RM50 x 8

Tarikh Mula : 1 Dis - 15 Dis 2015 : Tarikh Tamat


All the best
Lahirkanlah keikhlasan dihatimu