Wednesday, May 10, 2017

Dugaan Kandungan Kedua : 2017

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Hi semua. Lamanya tak update blog. Dah masuk bulan May pon kan. Sekarang pon tengah tunggu due sahaja untuk bersalin anak kedua. Hahaha. Nampak tak betapa tak berkemasnya blog kesayangan ni? Maaflahkan hamba. 

Sekarang ni cx dah 32 minggu hamil. A bit complicated untuk pregnancy kali ini tau. Kalau first pregnancy still ada problem tapi kali ini lebih kepada diri cx sendiri. Alahan kemain tak dijangka tau. Masa awal dua bulan pertama, tak lalu nak makan bagai. Tengok nasi pon dah meloya. Dahtu bantaikan bihun dan mee sahajalah. Syukur juga tapi berat kemain turun. Kita biasa berat naik kan masa mengandung? Haha. 

Pastu dah bulan ketujuh, dan-dan kena alahan gatal-gatal satu badan. Ya Allah Ya Rabbi Ya Latiff. Dugaan sungguh. Sesiapa yang pernah rasa, dia tahulah camna keadaannya. Habis badan dah macam kena kudis buta. Serius tau tak tipu. Memang menggaru sahaja kerjanya. Lagi mendapatlah bila sekarang musim panas. Fiuhhh~ 

Carta Gerak Anak Cx lah. Huhu

Masa bulan yang sama juga, cx kena satu sumpahan agaknya, tetiba jadi pekak! Haha! Eh betullah, ada orang jenis kena tau benda-benda macam ni tetapi semasa hamil sahaja. Nampak tak pengorbanan seorang ibu macam mana? Macam-macam tau kena hadap. Sungguhlah syurga di bawah tapak kaki ibu. 

Sekarang ini pula, HB plak dibantainya rendah tetiba. Aduhai. Dah kena datang dua minggu sekali. Jenuh. Haritu datang sebab berat tak naik, pastu tetiba HB low dan sekarang sebab tekanan darah pula rendah. Allahuakhbar. Dugaan sungguh. Nasib baik ujian MGTT cantik . Dua kali minum, keputusan baik. Syukur. Dahlah nak muntah. Huhu. Ibu mana yang suka minum air gula? Amboi amboi amboi amboi.

Eh eh! Terpanjang pula cerita. Hahaha asalnya macam nak intro sahaja memandangkan dah lama tak update. Tup-tup terlajak cerita. Muahahah. Okaylah. Nanti sambung lagi, kalau berkesempatan. Kalau tak, tunggulah entry dah bersalin nanti hahah. Kbai.

Dunia penuh pancaroba
Lahirkanlah keikhlasan dihatimu

4 comments:

Shahida Dzulkafli said...

Istimewanya seorang ibu.. Semoga dipermudahkan ye CX..

tiga lalat said...

tahniah dan mugo dipermudahkan., aminn

Sue Sopian said...

tahniah..
semoga segalanya dipermudahkan.. banyak-banyakkan berdoa dan take care cx!

Mar Mansor said...

Semoga cx diberi kesihatan yang baik.