Friday, December 7, 2018

TIPS POTTY TRAIN

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Holla! Hari ini nak cerita serba sedikit pengalaman anak pertama cx potty training. Sebenarnya taklah training sangat sebab anak cx ni macam rela sendiri. Hihi Alhamdulillah, Allah permudahkan urusan

Alkisahnya masa anak usia dua tahun lebih nak masuk tiga tahun, cx dah mula ajar dia tau. Bukan ajar yang serius bagi arahan beriya tu tapi lebih kepada cool and relax macam tengah sembang sembang. Maka, ianya jadi sangat santai. Okay mehlah kita bagi ikut point, mudah sikit kan? 😃

POTTY TRAINING TIPS

1. 'SoftSell' Instruction 

Haaa kemain lagi Softsell Instruction kan? 🤭 Okay dia macam ni, cx selalu dok ajak sembang dengan anak, cakap ; "Luqman nak tahu tak? Kita kalau buang air besar dekat tandas, maknanya kita pandai tau! Luqman pandai kan? Kawan² Luqman pon pandai macam Luqman kan?" 

Nanti bila kita cakap dengan dia macamtu, ia umpama menggalakkan untuk dia bertindak lebih positif. Biasanya anak memang akan respon, cakap dia pandai. Kemudian, cx pon ajarlah bawa dia duduk dekat tandas sesekali.

Photo credit to BabyCenter

2. Kerap Mengingatkan

Cx kerap ingatkan anak; "kalau nak buang air besar, bagitahu mak tau! Kita boleh buang dekat tandas. Luqman dah besarkan?, Luqmankan anak yang bijak"  Anak akan jadi lebih teruja bila kita puji dia selalu dan arahan kita akan lebih diingati bila kita lebih positif dengan dia. InShaaAllah. 

Setiap setengah jam cx akan tanya. Kadang tu setiap 15minit. Hahaha punyalah mak dia nak sangat ajar anak. 😅 Tapi biasalah anak anak, kadang² dia lupa juga, dok membuang dalam pampers. Mak biasalah kadang kadang jadi hijau. Haha kena banyak sabar.

3. Bawa ke Tandas

Cx memang tak belilah barang² yang untuk ajar anak duduk dekat tandas segala bagai tu. Mak dia kedekut sikit bab gini. Hahahah Jadi, cx memang akan selalu bawa anak pergi tandas. Alhamdulillah Luqman jenis cepat bagitahu bila nak buang air besar. Mesti dia akan cakap; "Mak! Nak b**ak!" Haha Dahlah suka jerit kuat². Memang nak bagitahu satu taman agaknya. 😅 

Masa ni, cx memang selalu teman dia duduk dekat tandaslah sebab rumah kami tandas duduk. Tapi suruh je dia cangkung atas bowl tu. Hahah Tapi memang dia akan; "Mak! Tunggulah Luqman, peganglah Luqman, nanti Luqman jatuh" 😂 Makanya mak dia berhuhulah selama beberapa minggu untuk ajar dan biasakan dia ke tandas. Bertabah sungguh bila jadi mak ni tau. Hahah

4. Belikan Anak Seluar Dalam Kesukaan

Okay ini tips paling menjadi. Ini serius! Pada masa awal dulu, cx rasa, kenapa mesti nak beli sebab anak bukan pandai lagi pon nak buang air dekat toilet. Haha noob sungguh mak dia ni. Tapi cx cuba juga beli. Tanya dia nak yang mana. Masa mula beli, tak ada gambar kartun. Cuma warna tapi itupon anak dah teruja. Ya Allah! Macam dapat apa jelah anak cx ni. Dia siap cakap sambil ketawa suka ala² segan gitu ; "Luqman ada pender baru!" Sambil sengih² macam kerang busuk. Kemain teruja nak pakai 😅 

Belanja sikit gambar anak² sedang bermain dengan rakan seperjuangan di kampung 😊

Tapi korang memang boleh cuba tips ni, anak memang teruja habis. Semenjak beli, memang anak suka nak pakai dan taknak pakai pampers lagi dah. Ini serius!

5. Sebelum Tidur Wajib Buang Air

Okay ini wajib! Bila anak dah pandai tak pakai pampers, silalah alert untuk remind mereka supaya pergi tandas buang apa yang patut sebelum tidur. Wajib waima baru sahaja dia membuang sejam dua yang lalu. Kalau tak, sila redhalah tilam jadi bahan siraman baja tak bernilai. 🤭

Okay dah, cukuplah LIMA tips ini ya. Apa yang penting, tahap kesabaran ibu bapa untuk hadap memang kena tinggi. Almaklum, anak memang akan selalu terlepas dalam seluar di merata tempat. Macam Luqman, dekat rumah tak pernah lagi terkucil dalam seluar merata, tapi dekat rumah nenek² dia, pernah tapi sekali dua sahaja itupon sebab meleka bermain. Haha. Bertabahlah. Ohya, cx ajar anak lebih kurang empat minggu. Kalau dalam sehari tiga hari tu, korang memang terbaik! 👍Okay sekian daripada cx. Semoga bermanfaat! 

Lahirkanlah Keikhlasan dihatimu
Anak itu Amanah Allah

28 comments:

Sherry Go Sharing said...

glad to know of this and yeah parenting is not easy. Great tips sharing here, good for parents who need to train their child. it's important to let them know the timing like morning wakeup go toilet first and sometime take a long time as they fall asleep, yeah it happened to my son.

Kin Naz said...

Nice entry ni CX. Kinah pun dalam proses nak ajar potty training kat anak

Ezna Ahmad Khalili said...

Nasib baik la anak dah 14 thn. Jenuh potty train dulu. Zaman dah berlalu kan. Macam2 kerenah sungguh la kan....hehehe

Wai Yee aka Rane said...

oh thanks for the tips. very helpful to all the parents out there. I used to potty train my girls too. lucky they are grow up now I no need to bother so much hehe

mama tisya said...

nk potty train ank ni mmg kena amik masa juga..nk2 kalo ank belum ready..kita kena slow2 ajar...sbb lain ank lain ragamnya...dlu pn ank dlm 3 thn lebih juga br berjaya sbb kalo kencing tkde masalah cumanya time nk berak die nk suruh pakaikan pampers

Maha Mahu said...

Wahh bestnya ada pengalaman memberi latihan pada anak kecil kita ni tak ada anak lagi tengok anak orang jer hehehe tapi betul lah kata pepatah melentur buluh biar dari rebungnya wakakakaka..

Bella Jamal said...

Bagus tipnya..memang kena bagi pujian kepada anak dan jgn asyik dont and dont je. Budak pun stress. Teruja baca dan bertabahlah teman dlm tandas ye. Hehe. Tips patut dicuba. Thanks for sharing.

Aida Sue said...

I pun amalkan selalu puji anak n tepuk tangan bila dia mampu buat something on his own. Thansk foe the potty train tips! Will try mana yanf boleh to my baby haha

Mrs Liez said...

Liez pun tengah plan nak porty trainning anak teruna umur 3 tahun ji.. tapi dia pandai sebut kalau nak shi shi sekarang ni cuma liez tak boleh nak fokus lagi.. insyaALLAH mmg nak ajar dia potty training

AyuArjuna BiGoshh said...

Potty train mmg kena ibu tu rajin dan sabar. Biasanya anak2 ni ok dan dengar kata, kalau kita biasa train dia ke tandas, kerap tanya nak poo ke x. Bagus tips yg dikongsikan

Mimi Azirah said...

Bagus disik anak potty train ni .Cx start ajak abak dari umur berapa? Saya pun nak ajar si bujang kecik ni potty train. Tahun depan pun dah tiga tahun dah sesuai ajar dia potty train ni .Tapi mula mula nak biasakan tu memang kena sabarlah kan

Sharmin said...

I don’t really need this for now but the tips are surely good for everyone to know ( specially young ladies out there). Its very informative and clear of the process - also subtle in a way.

CXopportunities said...

True! Its hard actually but we have to.

CXopportunities said...

Alhamdulillah tq Kinah. Semoga semuanya dipermudahkan. 😊

CXopportunities said...

Hihihihi best bila anak dah besar. Ada geng hihi

CXopportunities said...

Yeah! Now they can be our friend. 😀

CXopportunities said...

Betul. Kena makan masa. Anak cx pula terbalik. Berak ok, kencing tak reti kalau tak pakai pampers. Hahah

CXopportunities said...

Hehhee InShaaAllah one fine day

CXopportunities said...

Hahahhaa terima kasih. Teman anak tu tkleh nak elak dah huhu

CXopportunities said...

Yeah! Betul tu. Nak bg anak positif. All the best! Mana yg okay, anak boleh adapt, Alhamdulillah

CXopportunities said...

InShaaAllah tkpe. Slow² 😊

CXopportunities said...

Betul. Setuju

CXopportunities said...

Betul. Kena banyak bersabar. Tp kdg2 jadi hijau juga haha

CXopportunities said...

Thank you 😊

Henry Tan said...

hahaha i felt like it's almost similar to train a pet such as dog. hahaha

Invest in PRS to get Tax Relief!

Rawlins GLAM said...

Rawlins pun dulu selalu meneman anak-anak saudara di toilet ketika mereka masih training tu. Haha. And yes. Mereka memang suka sangat bila ada underwear baru - especially girls bila dapat yang kartun princess hehehe

Cik Puan Ena said...

Mungkin spender skrg xbuat dia teruja. Hehe.. pasni cari yang die suka bia die pilih kan.. tq tips ni.

sayidah napisah said...

wahhh good tipss ni! hehhee