Thursday, July 25, 2019

Melaka: Nasi Lemak Hijau Ujong Pasir Memang Padu!

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Pagi semua! Semalam cx berkesempatan untuk makan di gerai Nasi Lemak Hijau Ujong Pasir, Melaka yang tengah viral sekarang ni. Cx pon taknak kalah, nak juga pergi rasa. Apa yang viral nau² tu kan? Tak cuba, kita tak tahu. Almaklum, kalau tak kenal, maka tak cintalah gamaknya. Wah gitu! Siapa yang dah pergi? Angkat tangan sikit! Waktu cx datang tu, gerai penuh juga.

Puan Liya, pemilik gerai Nasi Lemak Hijau Ujing Pasir

Gerai Penuh dengan Kehadiran Pelanggan

Okay sebelum tu, meh cx cerita serba sedikit asal usul gerai Nasi Lemak Hijau Ujong Pasir yang makin gah viralnya di Malaysia. Pemilik kedai tersebut adalah sepasang suami isteri yang mempunyai empat orang cahaya mata.  Kehidupan mereka sebelum dikenali dan viral amatlah perit. Diduga pelbagai ujian dan dugaan. Mereka pernah hidup susah sehingga nak makan pon tak mampu. Tahun paling perit bagi pasangan suami isteri ini adalah pada tahun 2013.  Namun, selepas lahirnya cahaya mata mereka yang keempat, sedikit demi sedikit Allah mula buka pintu kesenangan bagi mereka. Sehinggalah mereka mendapat ilham untuk berniaga Nasi Lemak Hijau Ujong Pasir ini. Alhamdulillah.

Apa yang istimewanya di sini adalah Nasi Lemak itu sendiri den sambal resepi rahsia turun temurun daripada arwah nenek Puan Liya.  Memang sedap sungguh sambalnya. Cukup perasa, manis, pedas, masin memang lengkap!. Ditambah lagi istimewa Nasi Lemak Hijau UP ini apabila digandingkan dengan pelbagai pilihan ayam, sotong, udang, dan ikan.  Ada lima menu paling 'kick' di sini, setiap hari memang menu ini akan menjadi pilihan paling tinggi. Jom cx kongsikan di bawah!

Nasi Lemak Hijau Crispy Cheese [RM12.00]
Paling sedap dan padu bagi cx. Marvelous habis! Ini pon menu yang kick dekat Nasi Lemak Hijau UP tau! Cx bagi rate 5/5! Memang padu habis!

Nasi Lemak Hijau Udang Crispy Buttermilk [RM15.00++]
Menu kedua tersedap! Udang crispy dan lembut. Tak terlalu lembik dan tak terlalu keras cara masakan dia. Nice² sahaja. Criapy di luar, lembut di dalam. Buttermilk dia pon sedap. Rate 4.5/5

Nasi Lemak Hijau Sotong Diraja [RM15.00++]
Ini pon tak kurang hebatnya. Sotong kemain besar lagi. Rangup krup krap krup krap tapi dalamnya lembut. Sedap! Rate 4.5/5

Nasi Lemak Hijau Keli Crispy [RM6.50++]
Fuh! Dah lama tak pekena ikan keli. Dapat pula semalam keli besar gini, isi kemain padat lagi. Lembut ya ampun! Serius! Ikan fresh! Sambal dekat atas ikan tu sedap! Pedas cili api. Fuh! Hebat pergi dia! Cx ratah sampai ke tulang! Hahah! Rate: 5/5

Nasi Lemak Hijau Popcorn Chicken [RM10.00]
Ini pon tak nak kalah. Sedap juga  lembut je isi ayamnya. Rangup di luar of course! Rate: 4/5

Terliur tak? Haaa, itu baru cx up gambar makanan yang hot dan dan  dekat Nasi Lemak Hijau UP ni tau! Memang sedap dan padu! Serius! Paling sedap pada cx adalah Nasi Lemak Hijau Crispy Chicken. Terbaik! Okay dah, jom cx belanja air dan makanan sampingan lain yang ada di sana.

Air paling Kick!
Sebelah kiri: Ice Blend Cookies and Cream [RM8.50]
Sebelah Kanan: Chocolicious Float [RM4.00]
Cx paling suka yang choco Float hihi. Itu tekak cx lah sebab cx memang hantu air coklat. Hihi

Air Hijau : Big Cup Green Tea [RM5.00]
Air Oren : Orange Fruit Juice [RM3.70]
Air Merah : Tembikai Fruit Juice [RM3.70]

Ikan Bakar [RM6.50++]
Ini serius sedap! Sambal dia diperah limau nipis dimakan pula ikan fresh. Memang lembut dan cukup rasa. Ini pon cx ratah! Haha! Rate: 5/5

Choco Jar Nasi Lemak Hijau UP [RM6.00]
Ini pon sedap. Rangup krup krap krup krap. Padu pula dengan coklat. Fuh! Terbaik! Rate: 4.5/5

Di gerai Nasi Lemak Hijau UP ini juga ada menyediakan otak-otak dan menu² lain.  Cuma di sini, cx kongsikan menu paling kick dan mendapat sambutan hebat! Itulah punca viralnya Nasi Lemak Hijau UP ni. Memang padu! Korang rasa sendirilah okay! Gerenti puas hati.

Makluman;

Okay. Satu lagi, InShaAllah Nasi Lemak Hijau UP akan buka cawangan baru di Klebang. Nantikan tau! Kalau tiada aral, InShaaAllah hujung bulan Ogos 2019. Nanti terjah ramai² okay!


Sedap Padu Habis!
Lahirkanlah Keikhlasan dihatimu

Wednesday, July 24, 2019

Beautea by SAFI : Pembersih Muka Baharu 100% Ektrak Teh Premium

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Hai semua. Maklum semua, produk SAFI telah dikenali di negara kita Malaysia sejak lama dahalu.  Pelbagai jenis produk telah dikeluarkan dan sentiasa diperbaharui agar kualiti dapat dipertingkatkan. Kini, Safi hadir lagi dengan produk keluaran terbaru mereka iaitu Pembersih Muka Beautea yang diekstrak 100% daripada teh premium. Safi Beautea ini berperanan melindungi kulit wajah daripada Pencemaran, Tekanan & Kosmetik. Ia adalah pembersih diyakini yang diperlukan untuk melindungi kulit wajah daripada kesan-kesan berbahaya terhadap alam sekitar hari ini. 


Safi telah keluarkan Safi Beautea ini dalam empat (4) jenis rumusan mengikut kulit agar sesuai dengan semua jenis keadaan kulit kita.  Antaranya adalah; 

Hydrating Gel Cleanser White Tea &Damask Rose membersihkan kulit wajah tanpa mengupas kelembapan semulajadi kulit wajah, menjadikan ia licin dan lembut. Damask Rose terkenal dengan kemuliaannya dalam melembapkan kulit kering.

Green Tea &; Neem Anti-Acne Gel Cleanser

Pembersih gel yang lembut dan sabun ini menghilangkan kekotoran dan minyak yang berlebihan. Dirumus dengan gabungan berharga teh Green Tea & Neem ekstrak melegakan dan perisai kulit terhadap penceroboh luaran dan jerawat, sambil mengawal sebum untuk membantu mengurangkan paparan parut.

Detox Cream Cleanser - Black Tea & Black Orchid Ia adalah pembersih krim Amino Acid yang lembut, wangi, sangat membersihkan dan mengeluarkan kekotoran. Dirumuskan dengan campuran teh Hitam & Black Orchid yang sangat berharga membantu memperbaharui kulit, sambil mengekalkan kulit yang sihat dan dilindungi daripada penuaan.

SAFI Revitalizing Scrub Wajah - Apricot Tea.
Ia akan melakukan keajaiban pada kulit wajah, kerana sel-sel kulit mati dikeluarkan dengan teliti apabila kita menggosok wajah. Tiada lagi kulit kusam selepas ini!

Cx pon tak terkecuali untuk dapatkan Safi Beautea ini tau! Semua Beautea baru oleh SAFI, berasal dari pemilihan ekstrak teh premium menyegarkan dan gabungan bahan-bahan semulajadi terbaik yang dirumuskan untuk melawan kesan negatif daripada pencemaran, tekanan dan kosmetik. Ianya juga;

✔️ Diuji secara dermatologi ✔️ Bebas Alkohol ✔️ Bebas Paraben ✔️ Bebas SLS /SLES ✔️ Bebas Silikon


Safi Beautea ini boleh didapati di seluruh farmasi berdekatan.  Cx beli dekat watsons sahaja. Boleh walk-in atau online. Cx lebih memilih untuk pembelian online. Almaklum ada anak-anak kecil yang sedang sedang berhubung sel-sel otak mereka. Ada yang mak dia tak boleh membeli belah. Korang pergi sahaja dekat link berikut untuk pembelian online okay 👉 http://bit.ly/2JTltHO

Cx beli dua jenis rumusan Safi Beautea ni.  Kita cuba benda baru. Memang teruja sangat! Dahlah bau dia wangi.  Lembut sahaja . Tenang rasa. Korang jangan lupa untuk dapatkan sekarang! Harga pon berpatutan , hanya RM23.30 sahaja seunit.



Kekalkan Keremajaan Anda
Lahirkanlah Keikhlasan Dihatimu

Monday, July 22, 2019

Resepi: Sambal Kupang Shellout Senang Sangat.

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Hi semua! Kelmarin cx beriya nau nak makan shellout tau tapi tak jadi² nak beli makanan lautnya. Nak makan dekat kedai, dok fikir anak² pula tak pandai pedas .  Cx nak makan ketam sambal shellout tapi ketam asyik mahal nau², makanya terkuburlah impian. Tapi tiba-tiba encik suami bawa balik kupang. Kupang pon bolehlah. Terus masak sambal kupang shellout ! Pergh! Padu bila dapat makan. Hahahaha okay jom cx kongsikan resepi kupang RM5 . Haha! Sikit sahaja buat. Kami berdua suami isteri yang makan.

Sambal Kupang Shellout

Resepi Mudah;

Bahan A: (* Dikisar)
Bawang Merah 2ulas*
Bawang Putih 3ulas*
Halia 1inci*
Serai 1batang
Asam Keping 1kpg

Bahan B;
Kupang RM5 (siap direbus)
Cili Kisar 4sb
Sos Tiram 1½sb
Sos Cili 1½sb
Sos Tomato 1½sb
Gula 1sb
Garam 2sk
Belacan 1inci
Air
Minyak Masak

Cara Masak
1. Panaskan minyak masak. Masukkan Bahan A yang yang telah dikisar sahaja. Kacau sehingga naik bau dan masukkan cili kisar. Kacau sehingga garing dan pecah minyak. 

2. Setelah garing, masukkan air sedikit bersama serai, asam keping dan Bahan B yang lain kecuali kupang.

3. Biarkan mendidih dan masak. Akhir sekali masukkan kupang yang telah direbus tadi. Kacau ratakan sambal dengan kupang. 

4. Siap! Sedia untuk dihidang! 


Cx masak simple sangat. Sambal Kupang Shellout lawan dengan sup ayam. Makan panas² memang in habis! Suami kata sedap! Aicewah! Terangkat! Hehe

Selamat Mencuba!

Saturday, July 20, 2019

Kidzooona AEON Fantasy Malaysia di Mahkota Parade Melaka

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Kidzooona AEON Fantasy Malaysia di Mahkota Parade MelakaCuti² nanti nak bawa anak-anak jalan mana mak abah semua? Mesti mak abah nak bawa anak-anak pergi jalan ke tempat yang seronok dan mampu memberi manfaat, sudah pasti destinasi yang dipilih ada manfaat 2dalam1, bermain sambil belajar. Betul tak? Mana nak pergi tu? Haish! Jangan pening-pening, ajom cx kongsikan tempat paling menarik untuk anak-anak habiskan masa bersama.


Kidzoona AEON Fantasy Malaysia, Mahkota Parade

Kidzoona Mahkota Parade
Baru-baru ni cx berkesempatan untuk bawa anak-anak ke kidzooona AEON Fantasy Malaysia di Mahkota Parade Melaka. Jujur cx cakap, ini kali pertama kami jejak kaki ke sana.  Nama sahaja orang Melaka tapi baru pertama kali sampai . Tapi memang sangat berbaloi dan seronok tahap maksima.  Mak abah dia yang teruja bila tengok anak-anak aktif untuk bermain sambil belajar. Di Kidzoona MP Melaka ini menyediakan banyak permainan yang boleh bermain sambil belajar.  Di samping itu, mereka juga ada aktiviti tersendiri setiap hari pada waktu petang bersama maskot Lala ! Memang seronok sangat! Anak-anak pon enjoy sahaja. Jom cx kongsikan antara aktiviti yang anak-anak boleh bermain dan turut serta.


Borang Maklumat sebelum Masuk

Passport Kupon Kemasukan

Wajib Pakai Stoking ya 

Ruang Simpan Kasut dan Barang Lain
Kemasukan ke kidzooona ada harganya.  Masa cx tiba di sana, pihak kidzooona akan suruh kita daftar nama.  Kemudian kita semua akan diberikan sanitizer untuk cuci tangan supaya bersih tidak membawa kuman ke dalam.  Anak-anak² juga akan diperiksa suhu badan agar tiada yang demam bagi mengelakkan jangkitan kepada anak² yang lain. Bagus sungguh kan? Menjaga kesihatan dan kebersihan.  Sebelum masuk, kena pakai stokin okay. Semua wajib pakai.  Kasut boleh diletakkan dalam bakul di kawasan yang disediakan khas.

Air Slider & Ball Pool


Main Air Slider & Ball Pool
Air Slider yang kecil sikit. Dalam kurungan tu ada Ball Pool yang juga kecil untuk anak² bawah 5tahun

Air Slider adalah permainan yang istimewa dicipta daripada kidzooona.  Tangga Air Slider kidzooona berbeza daripada biasa kerana ianya dicipta bentuk struktur dan permukaannya yang lembut serta mampu membantu stimulate keseimbangan badan anak-anak. Ball Pool pon seronok sebab anak-anak boleh rasa amcam berenang dalam lautan bebola bagaikan air laut.   Cx tak bagi anak naik Air Slider dan main ball pool masa ni sebab diorang takut dan kawasannya besar sangat untuk anak seusia anak² sis. Haha. Anak-anak cx kan masih kecil. Hihi ada lagi satu bahagian ada Ball Pool yang kecil sedikit ruangnya. Itu sesuai untuk anak² kecil.

RolePlay Town

Burgershop

Kitchen House

Sushi  Bar
Takoyaki
Aiskrim Corner
Di kidzooona ada banyak profesion yang anak-anak kita boleh cuba. Anak-anak cx sangat teruja masa di Roleplay Town ni tau.  Mana tidaknya, siap ada uniform khas sebelum mula bermain. Memang teruja sungguh bila anak-anak cx berlakon jadi profesion yang mereka inginkan. Anak bujang cx suka sangat berjual beli seperti burger dan aiskrim. Bagus sangat Roleplay Town ni sebab ianya boleh memperbaiki kemahiran sosial anak-anak. Anak-anak cx kemain suka lagi, lebih² lagi bila cx cerita perwatakan Mail dalam cerita upin ipin yang suka berniaga . Teruja sungguh mereka! Sudah pastilah mereka penjual dan mak abah mereka pembeli. Hehe

Toy Corner











Okay, Toy Corner kidzooona memang banyak tapi sangat bagus untuk pembelajaran anak-anak.  Ada banyak aktiviti seperti mewarna, membentuk dan pelbagai cara untuk bermain ada di sana.  Dekat area sini, anak-anak dapat membentuk kreativiti mereka ketika bermain dan dalam masa yang sama, dapat meningkatkan ketangkasan jari jemari. Korang tengoklah sendiri cx kongsikan di bawah. Memang seronok.

Cyber Wheel



Ini best! Anak lelaki cx kemain suka lagi main.  Dia bergolek² dalam Cyber Wheel dah macam Sugar Glider. Hehe Bagus Cyber Wheel ini sebab ianya menggunakan seluruh badan untuk keseimbangan.  Ianya mampu meningkatkan sensasi keseimbangan otot, konsentrasi dan kekuatan badan anak-anak. Waktu anak-anak main Cyber Wheel ini, perlu ada pengawasan ibu bapa ya .

Selain daripada yang cx sebutkan di atas , di kidzooona juga ada event mereka sendiri tau. Kita boleh tengok dan lihat perkembangan anak² apabila mereka bermain dan berkomunikasi dengan kawan² yang berbeza usia.  Cx suka event Kidzoona ni sebab anak-anak memang seronok.  Lagi² dengan kehadiran LALA, Maskot kidzooona yang sangat comel. Mereka belajar D.I.Y, bernyanyi dan bermain bersama.


DIY and Learning with LALA
Bergambar kenangan bersama LALA
Menari bersama Lala
DIY bunga
Ruang Parti Hari Jadi
Tambahan lagi, kalau korang nak buat birthday party pon boleh dekat kidzooona ni tau! Mesti anak-anak seronok dan akan ingat moment terindah dalam hidup mereka. Event Birthday Party ada package mereka yang tersendiri. Boleh rujuk di bawah okay . 




Di Kidzoona juga ada sesi bersama untuk naik kereta api tau! Serius seronok sungguh! Naik kereta api ni dapat buat satu pusingan level di kidzooona. Harga pon sangat berpatutan. RM5 sahaja tau! Memang seronok! Nanti pergi, jangan lupa naik kereta api tau! 


Jadual Kereta Api
Mesin Tiket
Satu Pusingan
Okay, cx dah kongsikan seberapa banyak maklumat yang ada di sana. Memang seronok dan bermanfaat untuk anak-anak juga ibubapa. Dapat luangkan masa bersama² dengan anak². Baik, kalau nak tahu lebih lanjut lagi, boleh tekan link di bawah tau! 

| FACEBOOK | CONTACT: 06-2884637 | 

Amalkan Kehidupan Sihat
Lahirkanlah Keikhlasan Dihatimu