Tuesday, September 17, 2019

Apa punca jadinya Broken Link di Blog?

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Hai! Salam jerebu kepada semua. Eh! Hehe salam sejahtera hendaknya. Hihi.  Sejak semalam, para blogger masing-masing sibuk dengan kes 'Broken Link' yang ada di blog. Cx juga tidak terkecualit untuk cek juga. Sebelum ini pernah cek tapi tak buat apa-apa tindakan. Haha! Semalam cek, haa, menimbun broken link yang keluar. Pengsan nak oiii!


Jika sebelum ini, cx pon tak pasti apa punca jadinya broken link di blogpost kita. Tapi sekarang, ada beberapa sebab yang cx dah dapat tangkap selepas operasi membuang broken link semalam dan hari ini. Baru cek dan buang 40 links. Ada lagi riban diknon! Hahaa! Bertabahlah nak hadap. Lagi siput sebab buat semua ini menggunakan telefon sahaja. Mengucap panjang jadinya. Haha

Punca Broken Link Terjadi

1. Backlink
Backlink ini bila kita selalu join giveaway atau contest atau buat review. Ini paling banyaklah jadi dekat blog cx sebab dulu zaman 2011-2016, rajin sangat join giveaway. Banyak benefit tapi sekarang timbul masalah bila backlink tapi jadi bad host atau 404 dan 505. Semua gara-gara blog yang dah tiada.

2. Tukar Domain
Ini pon jadi punca. Dulu pakai domain lain dan sekarang tukar baru. Jadinya link yang bertapak di blog kita itu akan jadi broken link.  Selalunya ada dekat bahagian komen.


3. Entry Review
Ini jadi banyak dekat cx untuk entry tahun lepas dan tahun ini. Kebanyakkan client punya website, facebook page dan instagram link mereka dah tukar.  Jadi, cx memang kena repairlah broken link tu. Taklah repair mana pon, kebanyakkannya cx remove sahaja link dia. Nak delete entry, tak elok pula. Itu semua punca kenaikan PV jugakan?

4. Profile Blog G+
Ini satu perkara lagi. Banyak sangat cx jumpa. Jika dulu mereka guna G+ untuk komen dan masih terlupa untuk change setting, ianya menyebabkan broken link terjadi waima blog mereka masih aktif. Serius broken link ini banyak dekat entry this year. Cx kan rajin join sesi balas komen. So, disitu sangat banyak. Sayang sangat terpaksa buang komen.


Haaa, itu adalah antara punca yang cx dapat detect. Cx harap lepas ini dapat bersihkan sehabisnyalah. Nak hadap sampai satu ribu  memang berpinau biji mata ini. Hahah! Dahlah buat penghapusan menggunakan telefon. Jenuh oiii! Korang yang tak tukar lagi setting G+ tu, sila buat cepat tau! Rugi sangat sebab jadi punca broken link di blog kawan-kawan.

Nota:
Jika cx silap, sila perbetulkan okay. Komen sahaja dekat comment box di bawah. Terima kasih! 

Semoga blog kita Maju
Lahirkanlah Keikhlasan dihatimu

Wednesday, September 11, 2019

Cara 'Delete Followers' di Instagram.

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Cara Delete Followers di Instagram | Okay harini cx jumpa satu benda baru. Mungkin lama bagi yang lain tapi cx baru dapat tahu mengenainya pada hari ini.  Selalunya kita kalau tak suka orang atau mungkin ter-follow benda merapu, kita boleh sahaja unfollow mereka kan? Itu perkara biasa yang kita buat. Contoh lagi, korang taknak follow dah ex-partner  boyfriend or girlfriend, so korang unfollow mereka. Paling kejam pon, terus block. Betul? Tapi kali ini macam mana kalau orang follow kita dan kita taknak dia tahu kisah kita? Kekwat tak? Hahaa!


Macam inilah ya cx cerita, contohnya macam money collector.  Diorang kan suka follow kita.  Jaga-jaga juga tau, sebab kadang-kadang ada stalker yang follow, scammer ke kan? At last, diorang hack akaun Instagram kita. Tak ke naya jadinya? Lagi haru bila akaun tu kita buat bisnes. Lagi-lagi bloggers. Sungguh bagai dikatakan? Ahaha! Okay, jom cx kongsikan cara nak delete followers. Ini contoh. 


Cara Delete Followers di Intsgaram:

1. Buka akaun instagram macam biasa.
2. Tekan dekat "Followers". Akan keluar senarai followers korang. Contoh gambar  di : "Step 2"
3. Pilihlah followers mana yang korang nak delete. Contoh cx buat adalah search for "money collector". Di gambar : "Step 3", korang boleh tengok ada senarai dua money collector dalam senarai followers cx.
4. Kemudian, korang tekan tiga titik sebelah box follow tu. Macam yang cx bulatkan bulatan merah di "Step 3"
5. Lepas dah tekan, akan keluar box "Remove Follower?". Haa korang tekan sahaja "Remove" seperti contoh gambar di "Step 4". Settle!

Step 2: Senarai Followers

Step 3: Searching Followers

Step 4: Remove Follower

Senangkan? Okay, bila korang dah remove followers yang dipilih, ia memberi makna yang followers korang akan berkurang okay. Faham ke faham? Jadi, semoga entry ini bermanfaat buat korang! Cx tengah usaha buang tiga ribu followers sekarang di akaun lagi satu. Haha! Jenuh! Wish me luck! Eh! Haha. Nak buat private account. Itu yang delete. Hehe Jangan salah faham ya. Kbai. 

Semoga Berjaya
Lahirkanlah Keikhlasan Dihatimu