Thursday, December 20, 2018

Intermittent Fasting : Diet Puasa atau Diet Lisa Surihani Kini Lebih Dikenali dan Menjadi Pilihan Ramai

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Hai! Pagi semua! I am back! Haha Okay hari ini cx nak cerita pasal Intermittent Fasting iaitu Diet Puasa atau kini lebih dikenali sebagai Diet Lisa Surihani. Haa gittew. Kenapa orang panggil Diet Lisa Surihani? Haa gini, kalau sebut IF atau Diet Puasa, semuanya macam tercengang. Dok tanya apa benda tu? Macam mana IF tu? Macam² soalan keluar bagaikan ditembak machine gun, bertubi². Tapi bila kita sebut Diet Lisa Surihani, kemain lagi semua dok "Ooooo diet tu" . Nampak tak penangan dia pergi jauh mana? Ini pon disebabkan artis kita yang amalkan diet IF ini dan hasil dia sangat wow! Dah tengok kan badan Lisa Surihani sekarang waima anak dua? Haa, tak payah susah payah, nah cx belanja satu.

Credit to Ig Lisa Surihani

Cx ni kalau makcik pakcik nak tahu is peminat Lisa Surihani sejak dia anak dara lagi. Haha! Suka dengan dia sebab cantik. Okay berbalik kepada Diet Puasa. Diet puasa ini dia mengamalkan konsep menahan diri daripada makan iaitu dengan berpuasa makan dan air manis. Ianya lebih mudah dan senang untuk diamalkan sebab tidak membebankan. Diet puasa ini amat santai. Serius. Buat ikut kemampuan. Ada langkah² dia kalau nak mulakan. Cx mulanya tak rancang pon nak buat IF ni tapi satu hari tu macam tiba² nak on, dah alang² lambat sarapan pagi tu, makanya, cx mulakanlah perjalanan puasa cx ni. Alhamdulillah tak sangka dah hari ke-13. Sekajap sahaja. Nanti cx kongsikan selebihnya.

Breakfast IF cx pagi semalam

Intermittent Fasting ni ada nisbah waktu dia tau. Kita boleh buat mengikut kemampuan tetapi waktu yang paling digemari dan menjadi pilihan adalah 16:8 iaitu 16 jam berpuasa dan 8 jam waktu untuk kita makan. Tapi janganlah dok bedal setiap jam waktu berbuka tu. Baik tak payah buat IF kan? 😅 Kalau beginner, boleh mulakan dengan 12:12 atau 14:10 jam dahulu. Kalau dah selesa, bolehlah sikit² lajak waktu puasa. Ada yang paling hebat , on terus 24jam. Tapi itu lain pula caranya. Tengok badan. Kaji dulu sebelum mula. Ilmu itu penting. Jangan eager nak diet, sampaikan memakan diri sendiri. 

Dinner IF cx pada jam 1720. Last! 😃

Macam cx, paling lama puasa adalah 20:4 jam. Paling singkat 14:10 sebab ini mula² dulu. Takut nak puasa lama² sebab tak biasa lagi kan? Cx cuba nak buat 24jam tapi tak boleh sebab sekarang bf anak. Pernah cuba tapi terkandas sebab dah mula pening. Haa, itu tak boleh diteruskan ya, jangan paksa diri. Relax sahaja buat IF ni. Chill okay. Banyak lagi nak cerita ni tapi macam panjang sangat pula entry tapi sebenarnya macam malas nak taip panjang². 😂 Nantilah cx sambung my IF Diary ya kalau rajin. Hahahh!  Kalau korang ada nak tanya apa², boleh tanya dekat komen di bawah okay! Nanti cx jawab. Nak tulis semua macam panjang berjela pula. Hehe Okaylah, jom! Nak sarap! Yeah!

Sihat itu Bahagia.
Lahirkanlah Keikhasalan Dihatimu

21 comments:

  1. Sha pun tengah cuba die puasa nie.. Rasa badan lebih ringan.. selalunya last makan pukul 7.. Pastu pukul 8 esok pagi baru makan balik..

    ReplyDelete
  2. ramai orang dah mula amalkan diet ni, baguslah tak yah nak bersusaha payah kan nak tahan perut sangat

    ReplyDelete
  3. Rupanya ada nama diet dengan pakai nama orang ya. Ternyata ini nama Diet Puasa atau Diet Lisa Surihani. Abby tengok badan dia cantik banget ya so langsing. Suka liat dia

    ReplyDelete
  4. good to know as I didn't diet at all, I would feel hungry if I do so. lol.. but if need to diet I would think about it, but I feel exercise more important for me, for good health too.

    ReplyDelete
  5. ada tgk lisa surihani share psl die diet intermittent fasting ni. bole cuba juga ni. perempuan bila berat bdn bertambah sure risau kan, nk kena jaga pemakanan dan exercise juga

    ReplyDelete
  6. Lum pernah try diet Lisa Surihani. Puasa tuu normal laaa kan. Nina tak diet sangat pun just kawal portion in take dan sikit bersenam. Besederhana jer...

    ReplyDelete
  7. Ya. Puasa sebegini ramai yang cakap memang berkesan. saya sendiri pun nak buat juga diet sebegini. tapi belum berkesempatan.

    Namun insyaallah minggu depan akan mula juga.. Hehehe. Almaklumlah perut dah besar ni..hihihi

    ReplyDelete
  8. hahahahha jangan alang-alang sudahlah harap berjaya turunkan berat dengan IF... I haritu buat IF, memang keroncong habis perut bila fikir menyusukan anak yang masih tak mahu wea off ni memang terasa dia punya exhausted tu.. tapi mungkin akan mencuba lagi IF ni heeee good luck to u and myself tooooo..

    ReplyDelete
  9. Waaa.. Bestnya amalkan IF. Pastu berjaya tengok hasilnya.
    Mcm kita sekrang xleh nak buat. Anak nak 2thun dh lg bbrpa hri, makin galak dia BF. Kita pulak skrng xlalu makan sebab sakit kalenjar airliur. Nak makan pun xde selera. Tp awat xkuruihh.. 😄😄

    ReplyDelete
  10. OMG dan ada nama Diet Lisa Surihani pulak wakakakaka apa pun orang perempuan kalau mereka nak kurus macam-macam cara sanggup dilakukan. Kita ni yang susah nak turun berat sebab memang kena selalu makan waaaa tolong...

    ReplyDelete
  11. Cara LS ni memang menjadi. Kat overseas pun org buat If bersama Keto Diet. Cubalah kak. Saya tengah cuba juga ni. Ada hari OK. Ada hari kecundang. Hahaha

    ReplyDelete
  12. Baru-baru ni ada juga kawan suh sis buat diet ni..katanya Lisa buat menjadi. Tapi sis kena study dulu lah cara diet ni macam mana..kang main buat silap pulak tak ada gunanya kan

    ReplyDelete
  13. hahaha i tried this before quite useful together with keto diet. maybe you can try it out too, cause i lost 10kg in 3 months.

    How to deal with markets ups and downs?

    ReplyDelete
  14. ada jugak baca pengalaman beliau berkongsi pasal intermittent fasting nie dan hasilnya sangat wow. dan memang ramai dah mencuba cara nie, especially artis2 luar negara. ternyata ia merupakan salah satu cara yg berkesan utk menurunkan berat badan.

    ReplyDelete
  15. Tu la tengok lisa surihani ni sekrg cantik sangat. .Memg nampakkurus dan muda.. Macam budak2 ..hehehe. .Good luck cx, swmoga impian naknturunkan berat badan berhasil. .Ramai yangvpost pasl diet nj. .Nad memg tak bolehla

    ReplyDelete
  16. Ramai yg ckp pasal IF ni, terasa nak try jugak. Sbb memang badan makin membesar ni. Kena buat sesuatu ni.

    ReplyDelete
  17. kawan opis pun tengah amalkan fasting ni. nampak gaya dia mcam mudah nak dilakukan tu. :)

    ReplyDelete
  18. haaa betul ..ramai yang tengah nak follow cara IF lisa nih...saya ada buat gak sehari dua pastu next2 tak buat dah....kadang sebab kita keluar pastu time tengah IF tu time tulah banyak nau godaan org nak lanjer makan datang...sekarang cuti sekolah susah nak buat nanti dah mula sekolah ok kot...anggap jer macam azam tahun 2019..hahaha

    ReplyDelete
  19. Wow.. .akak pun nak try nnt lepas abih bercuti ni... Tpi apa2 nak ganti puasa yg btul2 dlu... Then baru buat if ni

    ReplyDelete
  20. So long never do my diet... Perhaps I can learn to do this as well

    ReplyDelete
  21. nak buat IF ni kena tabah kan.. lagi2 orang cem CT yang keje nak makan. but insyallah one day nak mulakan. i think that 12:12 tu okayla nak prektis mula2. latih dulu then lajak sikit2. pikir nak sihat jeee yang jadi bersemangat tu.

    nice sharing CX.. nanti share lagi eh journey IF. boleh we ols jadikan inspiration =)

    ReplyDelete