Sunday, January 20, 2019

Resepi: Telur Ikan Duri Masak Kuah Lada Melaka

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Hai. Hari minggu, biasa buat apa je? Ramai yang ambil kesempatan untuk luangkan masa bersama keluarga. Ada juga yang terpaksa membanting tulang empat kerat mencari rezeki buat keluarga. Semoga Allah kurniakan kebaikan dan rezeki berterusan berlipat kali ganda kepada kita semua. InShaaAllah amin. Cx minggu ni lepak dengan keluarga dekat rumah abang cx. Waima abang cx pon kerja tapi kami lepak sahaja dengan kakak. Masak sama-sama sambil layankan keadaan dengan anak-anak.

Plan asalnya nak masak rendang tapi disebabkan adanya ikan duri dan telurnya, makanya ajomler kita masak kuah lada ikan duri. Makan panas-panas memang terbaik! Dapat pula ramai-ramai ngadap, memang laju sahaja masing-masing tak sempat nak pusing kiri kanan. Haha  Bertambah-tambah makan. Amboi . Mengah perut. Huhu  Okay, cx nak kongsi resepi kuah lada Melaka sikit dekat sini. Jom! Ini resepi masak banyak tau. Satu periuk. Makan ramai dalam 7-8 orang.

Telur Ikan Duri

Bahan-Bahan
Ikan Duri + Telur Ikan Duri
Cili Mesin (1senduk bulat)
Bawang Merah (5 ulas sedang²)*
Bawang Putih (5 ulas)*
Halia (2 inci)*
Kunyit Serbuk (1 sudu besar)
Halba (1 sudu teh)
Daun Kari (7-8 helai)
Rempah Kari (sesudu dua ikut suka)
Air Asam (semangkuk kecil)
Garam (2 sudu teh)
Belacan (½)*
Ajinomoto (1 sudu teh - jika perlu)
Daun Limau (2-3 helai - jika suka)
Terung
Minyak Masak
Air (2 mangkuk kecil)

Cara-Cara
1. Blend bahan-bahan yang bertanda (*).  Kemudian tumiskan bersama cili mesin, halba, serbuk kunyit, daun kari dan garam. Tumis sehingga garing cilinya. Rajin² kacau jangan bagi hangit. *Tips: garam dimasukkan awal ketika menumis supaya cili cepat garing. Petua Kakngah cx. Haha

2. Setelah cili garing, masukkan air dan terung. Biarkan terung empuk. Kemudian masukkan rempah kari. *Tips: Seeloknya rempah tu dibancuh dulu dengan air jadi paste supaya mudah sebati dalam periuk.

3. Jika terung dah nak empuk, masukkan pula ikan dan biarkan ikan masak. Masa ni bolehlah masukkan ajinomoto dan daun limau bagi harum sedap. Jangan masukkan air asam dulu ya. Nanti terung begau dan ikan tak masak elok.

4. Bila ikan dah masak dan terung dah empuk, barulah dimasukkan air asam. Biarkan mendidih dan masukkan telur ikan duri. Telur tu ikut suka, kalau nak makan lembik², masuk last, kalau suka makan keras², masukkan sahaja bersama ikan. Dah siap didih, tutup api.

5. Siap masak dan sedia untuk dihidang!

Haa, mudahkan? Masak ni kena ikut banyak tips orang tua-tua . Tips mereka ni ada sebab dan cx memang suka ikut kata² orang dulu-dulu ni. Umpama nostalgia sikit tau hasil dia. Hahah! Okay dah, selamat mencuba!

Hadirnya Cinta dari Hati
Lahirkanlah Keikhlasan dihatimu

7 comments:

Cik Nor said...

sdapnya..:)

Sayidah Napisah said...

fuhhh merecikk masakannya! hehehe. tapi saya tak pernah makan ikan telur. tak pernah rasa. tak pernah masak. tak pernah order hahaha. ramai yang kata sedap tapi... saya macam takut nak try hee.


jemput join segmen blog saya :) http://www.sayidahnapisah.com/2019/01/8-juta-special-bloglist-sayidah-napisah.html

CXopportunities said...

Memang sedap! Hahaha! Angkat bakul. 😂

CXopportunities said...

Wajib try tau nanti! Sedap sangat!

Siti Yang Menaip said...

menggoooodanya CX !! hehehe telur ikan telur sotong haha fevret !!

CXopportunities said...

Hahahah! Sila bertabah ya.

Anonymous said...

Biasanya kalau dh letak daun limau, x letak daun kari