Tuesday, November 26, 2019

Pengalaman: Perjalanan Hamil Anak Ketiga

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Hai semua.  Rasanya macam dah lama sangat tak kongsi cerita peribadi.  Almaklum mak anak dua nak masuk tiga ini sedikit sibuk uruskan rumahtangga dan kerjaya sebagai full time blogger.  Aicewah! Makluman, cx sekarang sedang hamil anak ketiga untuk minggu ke-35 . Maknanya dah lapan bulan usia kandungan. Alhamdulillah. 


Kami suami isteri memang merancang sendiri dan dua-dua kena patuhlah. Tak boleh dan tak ada istilah terlajak perahu segala. Kena betul² bagi komitmen.  Tapi kalau Allah dah kata kun fayakun , siapa kita untuk menidakkannya. Betul tak? Tapi setakat ini, Alhamdulillah, Allah izin dan permudahkan urusan kami suami isteri dalam merancang. Makanya kami memang rancang setiap anak selang dua tahun. Jadi  cx lah yang bagi tempoh waktu untuk kami merancang. Maksudnya ikut waktu subur dan bila boleh rancang semula untuk anak seterusnya.  Dah kita orang perempuannya,  sudah pastilah kita yang tahu bila tarikh² pentingkan? Suruh laki kang, semua dia tibai. Tak memasal setahun sorang jadinya. Hehe. Apa² pon, itu semua atas rezeki dan izin Allah jua.


Part 1 : Liku² Sepanjang Mengandung 2015 
Suntikan Matangkan Paru-paru

Kandungan kali ketiga ini adalah paling mudah bagi cx. Allah bagi jalan yang sangat tenang tanpa apa-apa risiko seperti kandungan pertama dan kedua. Syukur sangat². Serius! Kali ini, HB kemain cantik bacaan 12 sahaja sampai usia kandungan lapan bulan. Kemudian, berat pon cantik, segala jenis bacaan pon baik belaka. Syok sangat rasa! Anak dalam kandungan pon baik sahaja. Syukur Alhamdulillah. Waima ada sedikit isu bila dah hujung² trimester ketiga. Antaranya;

1. Hb tiba-tiba jatuh merudum daripada 12 kepada 10.3 . Jatuh habis. Terus kena makan ubat zincofer.  

2. Makan zincofer pula, dibantainya pening seharian sampai ke malam. Satu kerja susah nak buat. Berpusing kepala nak pitam. Rupa²nya itu kesan sampingan dia. Terus cx tak makan lagi lepas tu. Cx makan sahajalah makanan yang boleh membantu macam daging dan hati lembu.


3. Berat ternaik lebih. Alahai, sedangkan sekilo sahaja. Okaylah tu untuk tempoh sebulan. Tak memasal kena datang dua minggu sekali. 

4. Tapi bila Hb dah okay, tiba-tiba berat statik taknak naik. Awaknya dah kenapa? Haha! 

Apa-apa pon, cx bersyukur sebab Allah beri ujian sangat ringan kali ini. Terima kasih Ya Allah.  Semoga bersalin nanti juga baik² belaka dan dimudahkan. InShaaAllah. Doakan cx tau! Kalau boleh taknak induce. Seksa. Huhu! Okay, lain kali cx kongsi lagi tau kalau rajin. Haha! Kbai!

Doakan yang Baik²
Lahirkanlah Keikhlasan dihatimu

9 comments:

Cik Puan Ena said...

Bab hb tu susah nk jaga kan lg2 kalau makin membesar perut ni. Ubat tu memang tak boleh tahan loya tak boleh buat keje. Betabah lah shaza.

Nadia Johari said...

alhamdulillah..semua baik-baik sahaja..lain-lain pengalaman mengandung ni kan..semoga dipermudahkan urusan nanti

el said...

tahniah..semoga dipermudahkan urusan nanti..take care

Fiza Aizzawa said...

setiap pengalaman mengandung mmg berbeza, janji mak dan anak sihat.. semoga dipermudahkan urusan.

Zaza Iman said...

Pengalaman yg sangat terindah kan..moga2 anak2 terus membesar dgn sihat. Insyaallah

Hanny Abdullh said...

Tahniah..jaga kandungan dan diri baik2 ya. Moga ibu dn baby sihat hingga selamat melahirkan

Cik Renex said...

Tahniah . Semoga dipermudahkan urusan mengandung dan semasa bersalin nanti.

Blog AzlindaAlin Bicara Mummy said...

Alhamdulillah.. Tahniah

Lea Azleeya said...

alhamdulillah.. moga dipermudahkan segalanye..