Saturday, March 28, 2020

Resepi: Pengat Labu Anak Makcik Kiah

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ


Kali ini cx nak kongsikan resepi Pengat Labu Anak Makcik Kiah. Eh! Cx memang anak Makcik Kiah ya. Nama mak Cx adalah Rukiah. Jadinya, aci kan? Hihi Cx ni peminat tegar kalau melibatkan pengat² segala ni. Memang suka nau-nau bak kata orang Melaka. Kalau buat pengat apa² pon cx akan makan banyak. Bubur² adik beradik bubur pulut hitam, bubur kacang hijau, itupon kegemaran cx. Ya Allah sedap sungguh! Tengah mengarang entry ini pon dah terliur padahal baru semalam habiskan semangkuk pengat labu. Sedapnya Ya Allah! Cx bukan puji diri sendiri tapi nak bagitahu makanan itu adalah kesukaan cx. Dah lama sebenarnya nak buat pengat labu ni tapi asyik bertangguh sebab orang dalam rumah ini tak pandai makan. Sedih tak ada geng. Jdi, cx buat sikit sahaja. Kalau bukan waktu PKP ini, dah lama buat banyak masak dekat rumah mak sebab ada geng nak makan. Tapi apakan daya. #DudukRumah okay. #KitaJagaKita. Okay jom cx kongsikan resepinya;


Bahan-bahan
Labu ¼biji
Gula Melaka 1buku kecil
Gula Pasir 1sudu besar
Santan 1kotak
Daun Pandan *Cx guna ekstrak je
Air Semangkuk
Biji Sagu *Ikut Suka
Garam secubit dua


Cara-cara
1. Pertama sekali, cx rebus labu terlebih dahulu supaya ianya lembut. Hanya masukkan air dan labu serta daun pandan ke dalam periuk dan biarkan sehingga labu setengah lembut.
2. Masukkan gula melaka satu buku kecil. Kalau suka manis, tambah lagi. Cx tambah gula pasir 1sudu besar.
3. Bila labu dah lembut (Guna garfu cucuk labu), cx masukkan sagu mata ikan dan santan.
4. Biarkan sagu mata ikan masak dan santan mendidih dengan menggunakan api kecil.
5. Pastikan kacau sehingga masak ikut kepekatan yang dikehendaki. Kemudian, masukkan garam dan siap!

Bahan-Baha

Cx suka makan panas-panas. Memang terangkat! Boleh layan sorang-sorang dok makan semangkuk. Fuh! Padu! Cx simpan semangkuk lagi dalam peti ais. Esok tu cx makan lagi sensorang sampai habis. Puas hati sungguh dapat makan! Alhamdulillah. Memang waktu PKP ini waktu paling bermanfaat untuk buat semua benda. Semoga Allah kurniakan kesembuhan buat kita semua daripada covid-19 ini. Amin

#StayAtHome #ILovePM8
Lahirkanlah Keikhlasan dihatimu

15 comments:

Sis Lin said...

Idea yang bagus ni, labu ada, santan ada, mata katak pun ada gak tu, sedap juga ek petang nanti buat pengat labu..jeng jeng jeng...

Ezna said...

Menarik juga resepi ni kan sebab bahan2 tak banyak. Boleh la cuba buat nanti.

aimansalleh said...

Sedapnya.. Tapi kurang gemar pengat.. Kalau beli labu, selalunya lagi suka buat kuih bengkang/puding labu..

adianiez AIDA said...

makan panas sedap.
makan sejuk pun sedap.
ni kalau disajikan time berbuka, memang 2 mangkuk :)
aida & asben peminat bubur melayu gini.

Bae Roslan said...

Dok terfikir nak masak labu, dah order online tapi belim sampai. ada pulak resepi labu. sampai labu nanti boleh cuba. thanks share resepi

YatieOwner said...

akhirnya! dah jumpa sapa anak makcik kiah. haha. kirim salam kat makcik kiah ya ;)
thank u kamu kongsi resepi. cuti-cuti ni banyak resepi kena share ye. duduk rumah tak buat apa, baik masuk dapur kan ;)

Fadima Mooneira said...

Yum!!!!!!!! I love pumpkin. Thank you for sharing your recipe. Have a good day at home.

Bella Jamal said...

Yes! Ada idea nak buat apa kan. Kadang kala otak tak dapat nak pikir masak apa. lagipun kene ikut aa bahan ada di dapur. hehe. Sis jarang buat dessert or makan ptg. Nanti i try resepi ni.

Hanny Abdullh said...

Makcik kiah pun jual pengat labu ekk..ke makan sendiri..hehe. Sis suka pengat tapi selalu makan pengat durian or pisang je. Labu rasanya lama dah tak pekena..kurang sikit suka..:)

Mahamahu said...

Famous makcik kiah hehehehe memang banyak nama makcik ni digunakan hehehehe resipi yang mudah dan sedap nak kena cuba ni hehehe boleh lah buat time berkurung kat rumah ni kan...

Coretan Masa said...

Sedapnye.. Sekarang xde labu.. Nanti COVID-19 dah berkahirlah bolelh buat pencarian labu ni.. Thanks for the sharing

Ruby said...

Pengat akak dah siap dah. Saya nak buat bubur cha cha cadangnya. Kena masak awal pg. Supaya habis mereka makan. Hahaha.

AyuArjuna BiGoshh said...

kalau bulan puasa..masakan ni antara fav akk..mmg sedap dan puas hati..kalau makan memang menambah berklai-kali heheheh

RAIHANAH AHMAD said...

semalam pun saya buat ni. memang sedap tu, tak tau nak kata

Siti Yang Menaip said...

kalau kite jiran ni lama da pi mintak sikit..
sedap. pisang n labu dedua itew suka =D