Monday, June 15, 2020

Tips dan Pengalaman Cara Merawat Buasir Luaran Secara Alami Tanpa Ubat

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Tips dan Pengalaman Cara Merawat Buasir Luaran Secara Alami Tanpa Ubat

Sepanjang CX hidup, tak pernah terfikir akan kena buasir.  Jika sebelum ini, kenalan di sekeliling CX juga ada yang menghidap masalah buasir.  Tapi CX tak pernah nak ambil tahu sikit pon.  Sakit dia macam mana? Apa punca buasir? Buasir bukan benda yang remeh-temeh ya.  Ianya sangat sakit.  Kebiasaannya orang akan tanya, berapa lama buasir nak sembuh? Pada CX, berapa lama buasir itu nak sembuh, semuanya bergantung kepada diri kita sendiri.  Macam mana kita kawal untuk tempoh pembaikkan itu sendiri. CX suka nak cakap, kalau kita sendiri tak kawal, memang kesan buasir sangatlah perit ya korang.  Ini pengalaman CX sendiri tau. Macam mana kita nak merawat buasir dan sejauh mana tahap buasir  dapat dikenalpasti. 

Tips dan Pengalaman Cara Merawat Buasir Luaran Secara Alami Tanpa Ubat

Apa Punca Buasir Terjadi?

Buasir ini dulu CX ingatkan kalau kita makan pedas sangat, nanti akan menyebabkan buasirlah.  Ya betul tapi itu adalah salah satu faktor sahaja ya.  Banyak lagi punca buasir yang lain.  Antaranya adalah, terjadinya buasir adalah sebab kita mengandung. Ya! Buasir ketika hamil. Dia punya kesan tu Ya Allah! Taubat aih!  Sakit perit ya amat! CX dapat buasir masa mengandung anak pertama.  Bila korang dah ada buasir, CX ingat lagi pesan doktor, ianya tidak akan baik sepenuhnya.  Malahan, buasir akan datang dan pergi okay.  Kalau korang baik kelakuan, baiklah buasir tu.  Kalau korang lupa daratan, esok lusa mengadaplah deritanya. Hahah. CX serius tau.  Ini pengalaman CX sendiri.  Tapi memang kalau sekali dah ada buasir, lepas ni korang mengandung lagi, silalah bersiap sedia.  Memang buasir akan datang serang.  Kalau tak masa mengandung, waktu pantang nanti dia jengah. 

Cara Merawat Buasir Luaran Secara Alami Tanpa Ubat

CX hanya mengamalkan lima perkara sahaja untuk merawat buasir.  Ya, jenis buasir yang CX alami adalah buasir luaran ya.  Sejenis lagi, buasir dalaman.  Okay, kalau korang nak tahu, buasir luaran lagi sakit dan seksa ya berbanding buasir dalaman.  Doktor cakap, buasir luar ini dia sakit Nauzubillah.  Boleh  jadi bengkak dan berdarah.  Padahal sikit sahaja luka dia.  Seksa! Kalau buasir dalaman, dia tak sakit. Ya korang. Buasi dalaman tak sakit tapi ianya cuma akan keluar darah ketika kita membuang. Itu sahaja.  Tapi kesan buasir dalaman ini akan datang.  Korang tunggu sahaja. Makanya korang, CX nasihatkan, sila jangan segan silu untuk berjumpa doktor dan cek tahap buasir korang, jenis buasir, kesan jangka masa pendek dan panjang serta cara nak rawat buasir. Sila dapatkan nasihat pakar ya. Doktor tau! Bukan Doktor Facebook! 

Tips Buasir:  Elak daripada Menjadi Lebih Teruk di SINI

Diet Pemakanan

Ini sangat penting.  Tak semua orang sedar sebenarnya diet pemakanan kita selama ini tidak betul.  Kenapa CX cakap macam ini ? Korang tengok jadual diet pemakanan, betul tak portion yang korang ambil? Cukup dan lengkap tak? Kalau makan ikut tekak kita, memang sedap tapi nanti mengidaplah macam CX! haha! Korang kena  pastikan jaga diet pemakanan okay.  Jangan abaikan. Ini serius.  Tak bolehlah korang makan nasi dengan ayam sahaja.  Sayur tak ada, lepastu makan sayur dan nasi putih sahaja tanpa ayam daging. Mana perginya protein? Ini semua berkait rapat tau. Kembali kepada asas.  Ikut sahaja piramid makanan tu. Senang!

Tips dan Pengalaman Cara Merawat Buasir Luaran Secara Alami Tanpa Ubat

Makan Banyak Sayur Hijau

Benda ini pon ramai orang tak buat.  Ada juga yang sejenis tak makan sayur.  Ini salah satu punca okay.  Badan kita kurang serat untuk proses penyahtinjaan kita dengan baik.  CX kalau tak makan sayur hijau sehari dua, siaplah buasir tu datang balik.  Pengalaman CX, memang kena ambil sayur hijau setiap hari.  Korang makanlah banyak sikit.  CX sekarang ini memang kalau makan sayur hijau, memang selambak.  Biarlah orang nak kata kita macam apa pon.  Pentingya di sini, setiap hari CX akan makan sayur banyak. Gerenti buasir korang cepat baik.

Pengambilan Buah-buahan

Buah memang ubat paling mujarab.  Kalau rasa-rasa tak boleh nak telan sayur.  Korang makan buah banyak-banyak.  Buah paling tinggi serat untuk pelawasan adalah betik dan pisang bagi CX.  Makanlah banyak-banyak sampai lebam.  Nanti buasir akan terawat secara alaminya.  Tapi, korang tak boleh skip untuk minum air putih okay.  Wajib! Kalau makan buah banyak dan kurang minum air putih, nanti lain pula jadinya.

Tips dan Pengalaman Cara Merawat Buasir Luaran Secara Alami Tanpa Ubat

Air Putih Secukupnya

Ini wajib!  Bila CX dah kena buasir teruk membengkak berdarah, memang menjadi peringatan dan pengalaman yang getir jugalah.  Semenjak itu, CX memang akan minum air putih sebanyak tiga liter sehari.  Kalau cengelat pon, sehari dua liter.  Minum air putih terlebih banyak pon bahaya juga.  Jadi, korang kena minum secukupnya sahaja.  Kalau tak boleh nak telan air putih, korang cuba juga okay.  Kalau masih gagal. Sila paksa. Haha! CX tak main-main tau. Sila paksa demi kebaikan korang juga. Lama-lama nanti okaylah bila dah selalu sangat minum. 

Kurangkan Pedas

Kalau korang nak tahu, CX memang hantu pedas.  Kalau boleh, setiap kali makan mesti nak kena ada pedas dan pedas bukan biasa-biasa.  Selagi tak merah menyala, belum puas makan. haha!  Tapi, selepas dah kena buasir, pedas memang diketepikan.  Kalau waktu buasir, CX sarankan dan nasihat agar korang tak sentuh langsung pedas.  InshaAllah tempoh merawat buasir  nak sembuh itu makin cepat.  CX memang tak makan langsung pedas kalau buasir teruk.  Bila dah okay, baru makan sikit. Bila dah baik sepenuhnya, terus lupa daratan.  Lepas itu menyesal sebab buasir jadi balik. Haha! Padan muka diri sendiri. 

Tips dan Pengalaman Cara Merawat Buasir Luaran Secara Alami Tanpa Ubat

Pengalaman CX Merawat Buasir Luaran Tanpa Ubat

Jadi korang, CX nak nasihatkan supaya amalkan pemakanan berkhasiat.  CX nak cakap juga yang cara CX ini mungkin tidak sesuai untuk orang lain.  Ini hanya sebagai perkongsian daripada pengalaman CX sendiri selama ini.  Lagipun, buasir ada empat tahap.  CX tahap pertama, awalan.  Masih boleh dikawal dengan disiplin yang tinggi.  Waima CX terkandas juga kadang-kadang tu.  Tapi cepat-cepat bertindak.  Taknak kena buasir. Sakit! Dia bukan sakit biasa, dia perit dan bisa. CX sampai demam sebab sakit sangat.  Susah  nak membuang pon satu hal juga. Korang nak kentut pon susah tau bila dah kena buasir ini.  Jangan bawa mainlah.  Seksa oi! Apa-apa pon, sila berjumpa doktor dan dapatkan nasihat yang betul.  Lain orang, lain jenis buasir dia.  Doktor akan tengok dan cek dulu, baru boleh mereka kategorikan buasir kita tahap berapa. Kalau tahap satu pon korang tak tahan, apatah lagi tahap seterusnya. Sungguh! taubat aih! Maaf jika perkongsian CX tidak membantu.

Buasir bukan perkara remeh
Lahirkanlah Keikhlasan Dihatimu



9 comments:

Cik TK said...

yang penting kita kena sentiasa amalkan pemakanan sihat, betul tak?

seram la buasir ni

qaireen said...

kadang2 org kata keturunan..tp hakikatnya lifestyle seseorg tu sendiri...moga di jauhkan..tq share info..nice to read..

Nadia Johari said...

Samalah anak kedua terkena buasir.. Adoii skit.. Sekrg kejap ada kejap takde.. Mrmng pepandai la.. Hehee.. Tak makn ubat pun

HI Apakata Mommy said...

ada orang makan pisang, boleh melawaskan. ada yang tak. sama jugak macam makan betik, pelam.tengok pada badan ataupun penghadaman orang jugak agaknya

sofieadie said...

seramnya!!!saya dah memang tak makan pedas dah sejak baca pasal ni masa sekolah2 dulu. serik!

marsha said...

Takut bila dengar buasir ni...kena makan banyak serat. Thanks cx sharing

Ai said...

Pemakanan mainkan peranan penting dalam hidup ni.

Kim said...

waa..thanks sangat2 share tips ni..saya senang kena especially time preggy

Marina Bashah said...

Thank you share tips ni cx