Friday, July 31, 2020

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم 
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ 

Gambar di Recent Post Blogpost Tidak Keluar Bila Tukar Dashbord Baru


Baru-baru ini, blog telah dikenakan syarat dimana perlu tukar kepada dashboard baru.  Blogger akan menggunakan dashboard baru secara rasmi dan wajibnya bermula pada July 2020 katanya.  Bila CX baca Read More berkaitan dashboard baru ini, katanya ditukar demi memberikan kemudahan untuk kita blogger update blog menggunakan cara terbaru yang telah dibuat.  Pada CX, dashboard baru blogspot ini memang membantu, mudah untuk CX update blog. Laju pon ya.  Semua button dan interface memang cantik, tersusun.  Pendek kata, CX suka.  CX masih baru juga tukar ke dashboard baru blogspot.  Mula-mula memang pening tapi lama-lama ianya mudahlah bagi CX.  Sampailah satu tahap bila CX update blog, timbulnya masalah pertama yang agak tak seronok nak hadap.

Gambar di Recent Post Blogpost Dashboard Baru Tidak Keluar 

Masalah yang CX hadap sekarang adalah, gambar di Recent Post Blogpost tidak keluar apabila tukar dashboard baru .  Pada mulanya terjadi, CX asyiklah tukar gambar, setting mana yang tak kena dengan gambar.  Tapi semuanya tak memberi kesan pon.  Masih juga gambar di recent post blogpost CX tidak keluar.  Geram tau! Blog CX jadi macam cacat! hahah! Mana tidaknya, gambar adalah sangat penting dan memainkan peranan kot dekat blog ini.  Ada ke orang baca penulisan tanpa gambar boleh tahan lama? Memang mengantuk dan berpinarlah mata jawabnya.  Akhirnya CX berputus asa di situ.  Kemudian CX tanya kawan-kawan blogger yang lain macam mana nak selesaikan masalah ini.  

Delete dan Upload Semula Gambar


Bila CX tanya rakan blogger yang lain, dapatlah cara nak buat supaya gambar di recent post blogspost keluar dan ada semula.  Antara yang diajar adalah Delete dan Upload Semula Gambar.  CX cuba dan buat sendiri cara ini tapi malangnya, ianya tidak berhasil ya kawan-kawan.  Agak runsing dan tertekan juga rasa.  Rasa tak lengkap blog bila tiada gambar.  Jadi buruk tau! CX cuba buat lagi tapi masih sama.  Saiz semua dah setting baik punya tapi masih sama.  Jadinya CX biarkan sahaja tapi dalam masa yang sama, usha dan tanya juga rakan blogger yang lain dengan harapan dapat jawapan.  Lama juga CX tak dapat jawapan macam mana nak selesaikan masalah ini.  Makanya senarai di recent post blogpost CX jadi macam chipsmore.  Kejap ada, kejap tak ada.  Lompong macam gigi rongak. 

Tuan HH: Dashboard Baru Blogspot

Tukar kepada Dashboard Lama dan Re-upload Gambar


Akhirnya tadi, CX ada baca kes blogger Nadia Johari, yang mana blog dia lagi kesian.  Gambar semua boleh masuk ke blog tapi dia jadi pecah.  Gambar pertama blogger Nadia Johari jadi blur tau.  Kesian dia.  Bila Nad update status di Facebook, CX pon tak lepaskan peluang untuk follow.  Mujur Tuan HH bagi jawapan dan solusi di sana.  CX pon selit juga masalah yang CX hadapi ini.  Rata-ratanya bagi jawapan tukar kepada dashboard lama semula buat sementara waktu untuk perbetulkan masalah dashboard baru ini.  Makanya, CX pon tukarlah juga kepada dashboard lama.  CX buang gambar pertama di blogpost dan upload semula.  Akhirnya, ada juga gambar CX di recent post blogpost.  Fuh! lega betul rasa tau! Terus jadi cantik blog CX. hihi. 

Ada juga yang bagitahu supaya kita bagi feedback kepada Google untuk masalah-masalah yang dihadapi semenjak gunapakai dashboard baru blogspot ini.  Yalah, semoga nanti Google akan perbaikilah masalah yang ada ini.  Tidaklah kita semua blogger terpinga-pinga macam mana nak selesaikan masalah yang memeningkan kepala.

Dashboard Baru Blogspot


Jangan Guna Dashboard Baru Blogspot


Jadi, di sini, CX nasihatkan, jangan guna dashboard baru blogspot! Hahah taklah, boleh sahaja guna dashboard baru blogspot tetapi jika terdapat masalah yang merunsingkan kepala, korang tukar terus kepada dashboard lama selagi Google masih bagi peluang dan ruang untuk kita tukar guna pakai dashboard. Faham? Waima CX tidaklah tahu sangat pon pasal dashboard ini.  Tetapi disebabkan CX sendiri hadap perkara yang tak best, makanya CX kongsikanlah dekat korang. Taklah kongsi sangat sebab nanti bila Google dah tukar terus dashboard baru, memang meloponglah . haha! Harap-harap lepas ini, Google dah sedialah dengan dashboard yang mesra blogger. gittew! Kbai korang!

Gambar di Recent Post Dashboard Baru Dah Selesai !

New Interface Face More Problem
Lahirkanlah Keikhlasan dihatimu

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم 
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ 

Bawa Pulang Kebaikan Bersama Apotec Ke Kampung Halaman Buat Insan Tersayang 

Sempena Hari Raya Haji kali ini, CX teruja untuk bawa pulang kebaikan bersama Apotec ke kampung halaman buat Mak tersayang.  Pada CX,  Apotec Apple Cider Vinegar with Honey ini adalah pilihan terbaik untuk kita bawa pulang kebaikan ke kampung halaman.  Lagipun emak CX memang ada masalah sepeerti kencing manis, darah tinggi dan kolestrol.  Disebabkan emak CX ada penyakit tiga serangkai tersebut, jadi, badan emak CX tidak mempunyai immuniti yang baik.  Memang bergantung kepada ubat dan jika diserang sakit atau kurang sihat, memang emak akan lambat untuk pulih seperti sedia kala.  Jadi, CX rasa inilah pilihan terbaik untuk bawa kebaikan dan kegembiran untuk emak sempena hari raya AidilAdha ini.  InShaaAllah jika emak gembira dan sihat, kita pon bahagia sama. Betul tak? 

Bawa Pulang Kebaikan Bersama Apotec Ke Kampung Halaman buat Insan Tersayang

Lagipun, emak CX sekarang memang kalau bab makan, tekaknya dah banyak menolak.  Ini semua gara-gara ubat yang diambil selama 20 tahun hidup.  Jadi, bila nak tambah suruh minum minuman tambahan, memang agak sukar juga sebab takut mak tak boleh nak telan dah.  Tapi InShaaAllah dengan Apotec Apple Cider Vinegar ini, mudah-mudahan emak boleh amalkan sebab rasa dia pon sedap masam-masam manis madu.  

Apotec Apple Cider Vinegar Baik untuk Tubuh Badan 

Kebiasaannya kita ambil Apple Cider Vinegar sebagai makanan atau minuman tambahan untuk badan demi kesihatan yang baik.  Umum tahu bahawa Apple Cider Vinegar sangat baik untuk tubuh badan manusia dan juga kecantikan.  CX juga tidak terkecuali untuk mencubanya sendiri.  Jika sebelum ini CX pernah minum Apple Cider Vinegar dengan campuran epal.  Namun kali ini, Apotec Apple Cider Vinegar mengeluarkan cuka epal yang mengandungi campuran epal dan madu.  Khasiat cuka epal tidak dapat disangkal lagi kerana jika kita merujuk kepada riwayat Ummu Tarmizi, Baihagi:

Apotec
Apotec Apple Cider Vinegar

Malah Nabi (saw) sendiri suka kepada khall (cuka yang di proses daripada buah, seperti tamar, epal dss).

Seorang sahabat nabi, Ibn Jabir pernah menceritakan bahawa pada suatu hari Rasulullah saw mengajaknya ke rumah Baginda.  Mereka kemudiannya dijamukan dengan roti. Kemudian Rasulullah bertanya: "Adakah apa-apa sos perasa (dip)?"
Mereka menjawab: "Tidak, hanya ada cuka."
Nabi saw berkata: "Cuka adalah sos yang paling baik."

Nabi saw juga pernah meriwayatkan 
"Rumah yang menyimpan cuka tak akan menderita daripada kemiskinan" 

Apotec Apple Cider Vinegar with Honey

Apotec Malaysia telah mengeluarkan Apotec Apple Cider Vinegar with Honey yang membawa banyak kebaikan, khasiat dan kelebihannya tersendiri.  Fungsi cuka epal sangat banyak namun di sini CX nak tekankan berkaitan Immuniti dan sebagai detoks badan terbaik.  Apotec Apple Cider Vinegar with Honey mampu membantu meningkatkan immuniti badan kita tau.  Tambahan lagi, Apotec Apple Cider Vinegar with Honey mampu menjadi detoks terbaik untuk badan manusia.  Lagipun, kebaikan cuka epal ini dapat bantu banyak lagi untuk sistem tubuh badan.  Antaranya adalah untuk pencernaan, kecantikan, jantung, kolestrol, merendahkan tekanan darah dan kencing manis. 

Apotec Cuka Epal Madu
Apotec Apple Cider Vinegar

Korang tak perlu risau kalau nak amalkan Apotec Apple Cider Vinegar dengan madu ini kerana ianya dijamin HALAL oleh JAKIM Malaysia.  Rasanya sangat sedap untuk diminum setiap hari.  Jika cuka epal tanpa madu yang CX minum sebelum ini, ianya rasa masam.  Tapi jika korang pilih Apotec Apple Cider Vinegar dengan Madu ini, rasanya memang sedap.  Budak-budak pon boleh minum sama dengan kita sebab rasa dia masam manis madu.  Sesuai juga untuk mak ayah yang makin berusia, dah makin kurang rasa di tekak. Jika masam manis macam ini, sekurang-kurangnya dapat juga tingkatkan selera untuk mereka minum dan amalkan demi kesihatannya. 

Cara Minum Cuka Epal Madu: Apotec Apple Cider Vinegar

Cara minum cuka epal Apotec Apple Cider Vinegar ini sangatlah mudah.  CX hanya perlu campurkan dua (baca:2) sudu atau 30ml Apotec Apple Cider Vinegar dengan 180ml air suam.  Kemudian kacau sehingga larut sebaiknya.  CX dan mak boleh minum setiap hari selepas waktu makan.  Mudah sangatkan? Lagipun bila kita minum cuka epal madu ini, ianya membantu untuk memberikan tenaga dalam badan.  Elok sangat untuk emak CX yang makin berusia dan kurang bertenaga. 

Apotec Cuka Epal Madu
Apotec Apple Cider Vinegar


Apotec Omega-3 Fish Oil dan Apotec Curmax Turmeric

Selain Apotec Apple Cider Vinegar, Aptec malaysia juga ada mengeluarkan dua lagi produk yang boleh membantu meningkatkan tahap kesihatan kita.  Produk yang CX maksudkan adalah Aptec Omega-3 Fish Oil dan Apotec Curmax Turmeric. Produk keluaran Apotec Malaysia ini sangat bagus kerana ianya memenuhi keperluan kita sebagai pelanggan.  Mana tidaknya, produk Apotec Malaysia ini boleh diambil oleh pelbagai peringkat umur. 

  • Apotec Omega-3 Fish Oil

Asid lemak Omega-3 Fish Oil dianggap sebagai asid lemak penting. Asid Lemak Omega-3 Fish Oil penting untuk kesihatan manusia tetapi ianya tidak dapat dihasilkan oleh badan. Atas sebab ini, asid lemak omega-3 Fish Oil mesti diperoleh melalui makanan.  Sumber asid lemak EPA dan DHA haiwan yang biasa termasuk minyak ikan, minyak telur, minyak sotong, dan minyak krill.

Sumber makanan EPA dan DHA yang paling banyak didapati adalah ikan berminyak, seperti salmon, herring, sardin, ikan bilis, menhaden, dan ikan tenggiri. Minyak daripada ikan ini mempunyai profil sekitar tujuh kali lebih banyak omega-3 daripada omega-6.  Asid lemak omega-3 Fish Oil penting untuk sejumlah fungsi tubuh, termasuk aktiviti otot, pembekuan darah, pencernaan, kesuburan, dan pembelahan dan pertumbuhan sel. DHA penting untuk perkembangan dan fungsi otak.

Apotec Omega-3 Fish Oil
Apotec Omega-3 Fish Oil

Bahan Aktif  : Minyak ikan 1300mg (EPA 650mh, DHA 260mg)

Siapa yang Memerlukan Apotec Omega-3 Fish Oil : Dirumus khas buat warga tua yang menderita kardiovaskular, dengan BP tinggi, kolestrol, dan bagi individu yang mahu meningkatkan lipid ksihatan kognitif serta sendiri.

Cara Pengambilan: Sehari ambil satu hingga dua gel selepas makan atau seperti yang diarahkan oleh ahli farmasi atau doktor


  • Apotec Curmax Turmeric

Manfaatnya:

  • Antioksidan kuat yang menyokong dan menjaga kesihatan sel
  • Kesan anti-radang
  • Melegakan Sakit
  • Meningkatkan peredaran darah dan mencegah penyakit kardiovaskular
  • Meningkatkan kesihatan sendi
Bahan Aktif: Serbuk Ekstrak Rhizome Curcuma Longa (Kunyit)

Cara Pengambilan: Setiap hari selepas makan, ambil dua biji Apotec Curmax Turmeric


Apotec Kunyit
Apotec Curmax Turmeric

Siapa yang Memerlukan Apotec Curmax Turmeric: Sesiapa yang mahu menjaga kesihatan dan menginkatkan daya tahan tubuh.  Warga yang menderita sakit sendi (osteoarthritis dan rheumatoid arthritis).  Mereka yang sakit otot dan neuropathic pain serta yang ingin mencegah penyakit kardiovaskular. 


Bundle Promo Khas untuk Pembaca Blog CX

CX ada berita baik untuk korang pembaca blog CX! Kalau nak dapatkan produk Apotec ini, korang boleh beli dengan harga Bundle Combo tau! Bundle Promo : Apotec Omega-3 Fish Oil (1300mg) + Apotec Curmax 250mg + Apotec Apple Cider Vinegar with Honey 750ml.  Bundle Combo ini hanya bernilai RM200 sahaja. Berbaloi-baloi korang kalau dapatkan sekarang! Cepat grab tau! Klik SINI .

Bundle Combo Apotec
Apotec Bundle Promo

Dapatkan Produk Apotec Apple Cider Vinegar, Apotec Omega-3 Fish Oil dan Apotex Curmax Turmeric di sini:

Korang boleh bawa kebaikan pulang ke kampung halaman untuk mak ayah bersama produk pilihan terbaik Apotec Malaysia sempena Hari Raya AidilAdha ini.  Kita boleh beli dan dapatkan produk Apotec Malaysia di laman e-commerce seperti Lazada.  Jika nak beli secara terus, boleh ke Farmasi terpilih di seluruh Mlaaysia.  Maklumat lanjut untuk  korang ada di sini okay. 

Apotec Cuka Epal Madu
Apotec Meningkatkan Immuniti Badan dan Detoks Terbaik

Facebook : Apotec Malaysia
Instagram: aptecnushine

Bawa Kebaikan Pulang Kampung
Lahirkanlah Keikhlasan Dihatimu

Wednesday, July 29, 2020

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ 

Ardora: Minyak Rambut Natural Bayi yang Bagus Berasaskan 100% Bahan Organik 


CX merupakan ibu kepada tiga orang cahaya mata atas izin Allah. Bila disebut sahaja perkataan ibu bapa, semestinya setiap daripada kita mahukan yang terbaik buat anak-anak. Betul tak? CX juga tidak terkecuali dan berusaha buat yang terbaik buat mereka.  CX juga seperti ibu bapa lain yang mana kami tiada kompromi jika melibatkan anak-anak.  Namun, sehabis baik macam mana pon kita rancang, pasti akan ada satu tahap yang memerlukan kita untuk mendapatkan bantuan di sekeliling.  Sepanjang bergelar ibu, apa yang merunsingkan CX adalah berkaitan rambut dan kepala anak.  Ianya nampak remeh tetapi anak-anak CX sejenis kulit kepala yang ada kepingan lembab dan menyebabkan rambut anak-anak CX tidak tumbuh dengan baik serta sihat.  Kepingan yang ada menyebabkan ruang pertumbuhan rambut jadi tertutup.  

Pelbagai jenis minyak rambut bayi yang bagus dicadangkan kepada CX telah pon dicari dan dicuba pakai.  Semuanya tidak memberikan kesan yang positif.  Tapi, kali ini untuk anak ketiga, CX dah jumpa satu produk yang boleh membantu atasi masalah ini.  Minyak rambut bayi yang bagus ini adalah daripada kelluaran ARDORA Natural Kids, iaitu produk yang natural berasaskan 100% bahan organik.  Sekarang ini banyak produk yang bahan-bahannya ada campuran kimia dan bahan berbahaya yang kita tidak tahu.  Siapa yang tidak risaukan?  



Cara Agar Rambut Bayi Tumbuh Lebat dan Lurus

CX cuba cari selama ini untuk atasi masalah kulit kepala anak yang berkuping dan lembab.  Masalah ini biasa terjadi kepada kebanyakan bayi baru lahir juga sebenarnya.  Jadi, CX nak juga tahu cara agar rambut bayi tumbuh lebat serta lurus.  Waima ada masalah yang menghalang pertumbuhan secara sihat. Makanya bila CX jumpa ARDORA Natural Kids ini , CX boleh melebatkan rambut secara tradisional untuk anak.  Kalau korang nak tahu, rambut anak CX memang payah betul nak tumbuh tau sebab kepingan lembab itu menghalang. Dahlah anak perempuan. ARDORA memang minyak rambut natural bayi yang bagus berasaskan 100% bahan organik tau! CX suka! 

Ardora Minyak Rambut Natural Bayi 100 Bahan Organik

Minyak Rambut Ardora Natural Kids, 100% Organik


Ardora Natural Kids merupakan perunding rakan kongsi yang membantu kita mencari penyelesaian terbaik untuk masalah terhadap kulit bayi.  Lagi-lagi yang jenis sensitif, semestinya memerlukan sentuhan organik dan semula jadi.  Ardora Natural Kids berusaha memberikan jaminan yang selamat  bila kita menggunakan bahan mereka yang natural.  Kita sebagai ibu bapa dah tak perlu rasa risau. Ianya adalah satu kebanggaan buat Ardora Natural Kids yang mana mereka menjaga organ (kulit) terbesar bayi daripada bahan kimia dan berbahaya.  

Fungsi Minyak Rambut Ardora Natural Kids


Ardora Natural Kids sudah diuji terlebih dahulu ya di makmal ujikaji.  Korang tak perlu risau sebab ianya juga mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).  CX boleh katakan kalau korang guna Ardora Natural Kids ini, ianya sangat menjimatkan.  Mana tidaknya, satu botol boleh tahan sehingga 74 kali pam tau.  Jimatkan? Paling penting, tiada campuran alkohol dan tiada minyak mineral.  CX suka bau dia, waima tanpa wangian digunakan, bau dia sangat sedap. CX suka. Wangi sangat! Dia bukan wangi pewangi tau sebab memang tiada campuran wangian tambahan.  Dia wangi semulajadi dengan campuran bahan organik mentah yang 100% natural.  Serius sedap bau dia. 

Ardora Natural Kids
Minyak Rambut Bayi 100% Bahan Organik


Memang seronok dan berbaloi kalau guna Ardora Natural Kids tau korang sebab ianya berfungsi sebagai perlindungan untuk rambut.  Tambahan lagi, Ardora Natural Kids ini sangat sesuai untuk kulit yang jenis sensitif.  Jadi memang sebagai ibu bapa, dah boleh tarik nafas lega sangat bila anak-anak kita guna bahan 100% organik seperti Ardora Natural Kids.  CX suka sangat sebab dia dahlah wangi , lepas tu lembut sahaja bila CX sapu dekat klulit kepala anak. 

Bahan-bahan Terbaik dalam Ardora Natural Kids


  • Minyak Almond - Meningkatkan kekuatan rambut dan peredaran darah. Menjadikan rambut anda bersinar dan melembutkan lembur
  • Minyak Jojoba -  Bersihkan penyumbatan di liang pori dan lepaskan penutup buaian. Menjadikan rambut anda melembapkan dan meningkatkan ketebalan rambut
  • Minyak Kelapa Dara - Menghilangkan penumpukan sebum dari folikel rambut dan menyediakan protein untuk rambut. Bantu rambut anda tumbuh lebih lama dan cepat
  • Minyak Zaitun - Bungkus dengan antioksidan untuk menjadikan rambut anda lebih sihat

Minyak Rambut Bayi yang Bagus
Minyak Rambut Ardora Natural Kids

Manfaat dan Keistimewaan Ardora Natural Kids

  • Pertumbuhan rambut bayi - Membantu proses pertumbuhan rambut bayi yang baik dan sihat.
  • Mencegah pori kulit kepala daripada Tersumbat
  • Membantu membuang cradle cap pada kepala bayi
  • Mencegah bald spot - seperti cukur bantal
  • Menghasilkan protein rambut - menjadi lebih sihat dan lurus
  • Rambut menjadi lebih kuat dan sihat

Cara Guna Minyak Rambut Ardora Natural Kids

Cara guna minyak rambut Ardora Natural Kids sangatlah mudah.  Mula-mula kita pam minyak rambut Ardora Natural Kids atas tapak tangan.  Kemudian sapukan minyak rambut ke seluruhan kulit kepala bayi. Urut lembut kulit kepala bayi dalam beberapa minit.  Dah siap! Cx suka pakai setiap hari untuk anak CX.  Lagi segar bila dipakaikan selepas mandi.  Wangi semerbak satu rumah. Anak CX pon selesa sahaja selepas disapukan minyak rambut Ardora Natural Kids. 

Minyak Rambut Bayi yang Bagus
Minyak Rambut Bayi 100 Bahan Organik


Rambut Sihat dan Cantik
Lahirkanlah Keikhlasan di hatimu

Sunday, July 26, 2020

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم 
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ 

Pakej Aqiqah Centre Memudahkan Urusan Aqiqah Qurban Kambing Online

Maksud Aqiqah adalah penyembelihan haiwan ternakan yang dilakukan untuk anak baru lahir sebagai tanda bersyukur kepada Allah. Perkataan aqiqah daripada kata al-Iqqah bererti rambut makhluk yang baru dilahirkan, baik manusia atau binatang. Aqiqah afdhal dilakukan dalam tempoh seminggu selepas kelahiran.  CX sendiri belum ada pengalaman buat aqiqah untuk anak-anak waima anak dah masuk tiga orang.  CX faham hukum aqiqah itu sendiri adalah sunat muakkad iaitu sangat digalakkan jika berkemampuan.  

Aqiqah Qurban Online Mekah


Tambahan lagi, CX kurang ilmu dan pengetahuan berkaitan aqiqah.  CX tak pernah tahu yang kita boleh buat aqiqah secara online.  Jadi, antara masalah yang menjadi punca tergendalanya aqiqah anak-anak CX adalah mencari tempat aqiqah.  Lagipun, kos yang diperlukan juga agak mahal.  Jika CX berkemampuan, sudah pasti anak-anak CX dah selesai segala urusan aqiqah mereka.  Tiada tempat yang sesuai juga menjadi masalah untuk melaksanakan aqiqah.  

Masalah yang Dihadapi untuk Laksanakan Aqiqah


Kenapa CX cakap kos mahal untuk buat aqiqah? Ianya agak mahal bagi golongan yang kurang berkemampuan kerana satu bahagian sahaja dah mencecah RM610.00 dan ke atas. Aqiqah mungkin agak sukar untuk dilaksanakan kerana tiada tempat yang sesuai untuk dilakukan dan tambahan lagi alat tidak lengkap untuk melaksanakannya.  Masa juga punca utama kerana tiada masa untuk mencari kambing, sembelih dan jamu tetamu.  Paling terkesan adalah, bayi dan ibu tidak dapat pahala 7, 14, 21 hari disebabkan bayi jaundice (kuning) atau mungkin ibu mempunyai komplikasi tersendiri.  CX pon ketiga-tiga anak ada masalah jaundice.  Tapi sekarang, CX dah tak risau lagi sebab AqiqahCentre.com kini memudahkan urusan kita untuk laksanakan aqiqah secara online dengan tawaran pakej yang sangat berbaloi dan berkemampuan. 


Pakej Aqiqah Centre Memudahkan Urusan Aqiqah Qurban Kambing Online 

Kenapa AqiqahCentre.com Menjadi Pilihan? 


Aqiqah Online dibawah seliaan AqiqahCentre.com menjadi pilihan kerana ianya dilaksanakan 100% secara online.  CX tidak perlu keluar rumah untuk urusan segala perkara yang berkaitan untuk melaksanakan aqiqah.  Harga murah juga menjadi pilihan ramai ibu bapa untuk melaksanakan aqiqah online bersama Aqiqah Centre.  InshaAllah ramai ibu bapa mampu milik dengan harga yang ditawarkan.  Apa yang CX kagum adalah Aqiqah Centre meyediakan bukti sembelihan melalui video beserta sebutan nama anak kita.  

Lagi pula, Aqiqah Centre ini trusted aqiqah onine, boleh dipecayai sebab ramai juga artis dah ambil servis dan pakej mereka. Makluman korang, Aqiqah Centre ini juga mempunyai pengalaman dalam menguruskan 21,000 sembelihan aqiqah online sejak tahun 2014 lagi.  Mereka juga memberikan Al-Quran Eksklusif secara PERCUMA untuk 5,000 terawal sebelum waktu yang ditetapkan. 

Sijil Kayu Disediakan buat Peserta


CX suka sangat untuk korang pilih aqiqah online di bawah seliaan Aqiqah Centre.  Mana tidaknya, kalau korang pilih Aqiqah Centre, nanti mreka akan sediakan kita sijil kayu yang sangat rare untuk simpanan dan bukti aqiqah di Mekah tau. 


Sijil Kayu Aqiqah Online
Aqiqah Qurban Kambing Online

Tiga Langkah Penyertaan

  1. Isi maklumat peserta dan alamat penghantaran sijil. Seterusnya buat bayaran melalui sistem bayaran online banking yang kami sediakan.
  2. Ibadah aqiqah dibuat pada setiap hari bekerja.
  3. Anda akan terima video bukti selepas 3 hari ibadah aqiqah/qurban dan sijil dalam 2 minggu selepas itu.

Maklumat Lanjut dan Pertanyaan


Korang boleh rujuk link yang CX sediakan di bawah jika berminat untuk join dan turut serta aqiqah online dibawah seliaan Aqiqah Centre olay.  Tak perlu lagi nak pening fikir seua urusan.  Aqiqah Centre boleh uruskan sebaiknya untuk pihak kita.  InShaa Allah

Aqiqah Centre .com


Laksanakan Aqiqah Online
Lahirkanlah Keikhlasan dihatimu

Friday, July 24, 2020

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم 
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ 

Pengalaman: Pertama Kali Diserang Demam Denggi 

Pada 15hb Julai 2020 yang lalu, iaitu hari Rabu.  CX macam biasa jalani kehidupan harian sebagai seorang isteri, mak anak tiga dan sebagai fulltime blogger.  Semuanya baik-baik belaka, siap CX siapkan tugasan blog yang ada waktu pagi hari.  Badan memang tak rasa apa-apa atau mungkin CX tak perasan.  Tapi malam semalam, waktu tidur, tiba-tiba CX terjaga dalam pukul lima pagi.  Terjaga disebabkan pening rasa nak pitam.  

Korang bayangkan tengah-tengah tidur, boleh terjaga semata-mata rasa nak pitam.  Terus panggil suami suruh ambilkan minyak cap kapak.  Serius nak pitam.  Mata berpinau habis, dunia macam nak gelap tapi CX gagahkan diri.  CX dan suami ingatkan kurang makan.  Tapi itu adalah gejala demam denggi ya korang.  Sungguh tak perasan sebab badan tak rasa demam atau apa. Anak CX memang sejak semalam lagi badan dia dah panas cecah 39 ke 40 darjah selsius.  Makanya kami rancang nak bawa anak cek di klinik dalam pukul tiga petang.  Tapi rupa-rupanya, CX tewas.  Badan dah mula rasa tak sedap dan sakit-sakit sendi. Itu semua tanda-tanda demam denggi mula menyerang badan kita.  Bila CX cek suhu diri sendiri, dah mencecah 38 - 39 darjah selsius.  

Gejala Demam Denggi


Pergi ke Klinik untuk Dapatkan Rawatan Lanjut
Bila badan dah rasa tak sedap, anak CX pon dah mula lemau, kami decide untuk terus ke klinik.  Encik suami yang bawa kereta sebab CX dah mula sakit kepala, pening.  Sungguhlah penyakit demam denggi ini pelik sangat rasa dia.  CX rela lagi berpantang selepas bersalin daripada demam denggi ini. Lesu satu badan!  Bila tiba di klinik panel, kami tidak dibenarkan masuk sebab prosedur klinik, tidak boleh campur dengan pesakit lain.  Kami di tolak ke belakang klinik untuk dapatkan rawatan di bilik rawatan satu lagi.  Ketika tiba, giliran kami selepas seorang adik kecil ini.  Dia pon demam.  Bila tiba giliran kami, doktor suruh duduk dan mula cek suhu.  Bila suhu tinggi kami dua beranak, terus doktor tanya, kawasan awak ada kes denggi ke? CX pon cakaplah ya doktor, semalam dah ada sebelas kes denggi di taman saya.  Terus doktor suruh buat test darah disebabkan kes demam denggi makin meningkat di Malaysia. Bila darah kami anak beranak di ambil, ternyata anak CX positif denggi buat kali kedua.  

Kemudian, CX pula doktor bacakan keputusan.  Doktor cakap, maknya pon sama positif denggi. Allah! Tak pernah CX jangka pon nak kena demam denggi ini.  Tak pernah kena ya.  Bila tanya doktor, kenapa ya saya rasa nak pitam doktor sedangkan tak rasa demam pon? Doktor bagitahu, bila awak nak pitam, itu tandanya panas awak tinggi sangat.  Ternyata ianya simptom demam denggi yang CX dapat waima tak rasa pon badan demam ke apa mulanya.  Tambah lagi, doktor bagitahu, sel darah putih CX pula ada kuman ya.  Lagi bertambah bisa badan rasa.  Memang lemau habis!  Selepas cek semua, doktor suruh datang lagi sekali pada 17hb untuk cek darah semula, nak tengok status semua. Total semua bayaran RM200 juga.  Disebabkan panel cover separuh.  Jadinya dalam RM100 juga kena bayar. 

Punca Demam Denggi
Apa Itu Demam Denggi

Berehat di Rumah Sahaja

Memang selepas dapat tahu positif demam denggi, CX tak rajin untuk kemana-mana sebab virus dah mula serang segala sendi-sendi.  Badan memang sakit habis.  Berehat dan baring sahaja.  Masak apa semua tak buat.  Cumanya CX mandikan anak kecil sahaja disebabkan suami takut sikit nak pegang.  Almaklum bayi kan masih kecil dan lembut.  Kepala memang tak payah nak cakap, sakit betul.  Pening.  Tekak memang dah tak lalu nak makan.  Lapar tapi tak boleh nak makan.  Perut dah mula bergelodak masuk angin.  Bila tidur malam, CX bangun sebab muntah.  Aduh! lama betul tak muntah perit macam ini.  Nasib baik muntah sekali sahaja, suami tolong urutkan belakang dan tengkuk bagi lega sikit .  Alhamdulillah lega.  Waktu itu pagi dalam pukul empat kot.  Dahlah anak tak boleh nak tidur, bila dia dah tidur, CX pula terbangun dan muntah.  Letih betul bila diserang penyakit demam denggi ini ya rupanya. 

Anak sulong CX yang positif pula dia aktif kemain lagi.  Tak tahulah apa dia rasa.  Aktif semacam.  CX memang baring sahaja. Tak larat oi!  Dia macam kita dalam pantang tapi demam bentan.  Umpama macam itulah.  CX baring sambil tuam kepala sendiri. haha. Sadiskan dengar? Tapi kita yang tahu bila badan sedap atau tidak rasanya.  Encik suami dah tolong tengokkan anak-anak pon dah Alhamdulillah. Ohya, sebenarnya encik suami ambil cuti kuarantin jaga kami dua beranak.  Tambahan kawasan CX memang kes denggi bertambah.

Cara Mencegah Demam Denggi
Cara Cegah Demam Denggi

Punca Demam Denggi

Pada pengamatan CX, seminggu sebelum 15hb, CX ada kena gigit dengan anak nyamuk dekat jari kaki sebelah kiri.  Itulah sekali.  Lepas itu tak ada dah.  Esoknya pon anak CX bagitahu dia kena gigit nyamuk juga semalam.  Rasanya itu kot punca demam denggi menyerang CX.  Kami tidur ramai-ramai dekat depan.  Syukur bayi CX tak kena dengan si kakak pon tak juga.  Minta simpanglah kalau baby yang kena.  Jenuh oi.  Kesian dekat anak.  CX ingat lagi masa anak sulong CX waktu itu dia kena usia dalam sembilan bulan kot.  Kesian sangat keadaan dia.  Waktu itu pula, CX tengah mengandung anak kedua dalam dua bulan jika tak silap.  Memang pengalaman yang tak dapat dilupakan langsung.  

Cara Merawat Demam Denggi

CX tak buat apa sangat pon.  CX hanya ikut apa yang kakak CX bagitahu.  Katanya, kena minum air putih yang banyak.  Kemudian minum 100plus.  Encik suami belikan sebotol besar siap buangkan gas.  Mak dan kakak pula tolong masakkan sup ketam, kena paksa hirup waima tekak tak boleh masuk.  Rasa macam makan lauk basi.  Jahat sungguh lidah ni. Kemudian CX kerap mandi dan tuam kepala.  Makan ubat sudah semestinyalah yang doktor bagi.  Lain-lain banyak rehat sahaja.  Berikut yang CX senaraikan dan buat di rumah adalah tips, petua dan dikatakan umpama ubat demam denggi tradisional.  Mana yang baik, kita cuba ikthtiar, jika rasa pelik, tak perlulah kita ikut.  

Pengalaman Demam Denggi
Kenali Nyamuk Pembawa Denggi

Kesan Selepas Demam Denggi

Selepas dah tujuh hari, akhirnya platelet denggi CX dah cantik.  Sebenarnya platelet denggi CX tidaklah jatuh menjunam.  Tidak pon bawah bacaan 100.  Platelet denggi CX masih cantik.  Tapi Alhamdulillah sebab demam dah kebah cumanya bisa badan masih ada.  Paling terkesan sampai sekarang adalah di kawasan kaki dan sendi-sendiri di seluruh badan.  Dah macam orang tua. Bila nak berdiri duduk, memang terasa sakit tau.  Cepat lenguh dan kebas.  Kemudian, tangan dan kaki CX keluar tanda-tanda merah.  Dia punya gatal Ya Nauzubillah! CX tahan sahaja.  Taknak garu nanti ada kesan hahah. Makanya sekarang inilah kesan selepas demam denggi yang CX hadap.  Masih belum pulih.  Tangan dan badan macam tak berapa nak kuat sangat.  CX harap sangat agar Allah kembalikan semula kesihatan CX. InShaa Allah Amin. Korang doakan tau!

 Kesihatan itu juga rezeki
Lahirkanlah Keikhlasan dihatimu

Wednesday, July 22, 2020

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم 
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ 

Tosca Melancarkan Menu Baru di DoubleTree by Hilton Melaka: Nikmati Hidangan Trattoria yang Lazat dengan Sentuhan Menyegarkan


Tosca Melancarkan Menu Baru di DoubleTree by Hilton Melaka: Nikmati Hidangan Trattoria yang Lazat dengan Sentuhan Menyegarkan
Tosca Melancarkan Menu Baru di DoubleTree by Hilton Melaka: Nikmati Hidangan Trattoria yang Lazat dengan Sentuhan Menyegarkan

Jika korang datang melancong ke Melaka, CX gerenti korang akan survey terlebih dahulu tempat menarik di Melaka. Betul tak? Hotel juga tidak terkecuali dan kebanyakkannya kita akan cari hotel murah yang ada swimming pool. Tentu seronok menikmat waktu cuti bersama keluarga. Antara hotel terbaik yang CX nak recommend untuk korang adalah DoubleTree by Hilton.  Hal ini kerana Tosca melancarkan menu baru di DoubleTree by Hilton Melaka tau! Menu baru mereka sangatlah istimewa dan CX suka sangat rasa kelazatannya.  Setiap satu menu baru mereka mempunyai keunikkan yang tersendiri.  Tosca telah melancarkan menu baru yang menampilkan rasa kegemaran klasik dengan ciptaan inovatif untuk memberikan pengalaman asli Itali moden kepada para tetamu.

Tosca menyajikan pengalaman makan cara Itali yang santai ke tahap yang baru.  Menu baru  mereka mempunyai repertoire (bakat atau habit yang sering digunakan dalam penyediaan makanan) makanan istimewa Itali secara home-styled, bergaya tersediri di rumah. Menu baru Tosca disiapkan dengan gaya kontemporari. Menu baru mereka dicipta semula dengan hasil bermusim dan bakat moden, asas menu baru Itali ditawan dengan pilihan pembuka selera seperti pasta, pizza, daging panggang dan pencuci mulut buatan sendiri.

Tosca Menu Baru
Tosca Melancarkan Menu Baru di DoubleTree by Hilton Melaka: Nikmati Hidangan Trattoria yang Lazat dengan Sentuhan Menyegarkan

Tiga Menu Baru Hidangan Tosca Menggunakan Bahan Penting dari Itali

Menu baru Itali Tosca sebagai permulaannya adalah seperti Flaky Fish Fritters (Cod with smam scamorza, capers, parsley & lemon, chilli tomato chilli tomato rempah), Grad Apricot Salad (menampilkan roket liar, thyme, Mozzarella, biji lada merah jambu, aprikot segar dengan saus cabai oren) dan Panazella & Makanan Laut yang diperap (tomato ceri panggang perlahan, selasih & roti sourdough dengan tusuk sate makanan laut). Ketiga-tiga hidangan bermain dengan bahan Itali yang penting - caper, keju mozzarella dan pasli.

Tosca Menu Baru Itali Modern
Grad Apricot Salad 

Condiglione - Lingurian Tuna Salad

Hidangan Istimewa Pizza di Tosca Restoran

Hidangan istimewa pizza di restoran Tosca memang sedap.  Ia dimasak dalam ketuhar Pizza yang dibina khas untuk memberi rasa dan aroma berasap. Pilihan dari Margherita Klasik untuk sesuatu yang lebih mewah seperti The Hangover (sos salsa panas, mozzarella parut, daging sapi, bacon daging sapi rangup, timun acar dan jalapeno) dan Okonomiyaki (Salmon, alpukat, arugula ramuan, daun bawang, serpihan bonito , persalinan halia-miso dan telur ayam pusat lembut 63 ° C).  Pada CX, Pizza mereka yang hidangan yang menariklah sebab cukup rasa segala bahan-bahan yang melambangkan Itali.  Lembut pon ya dan turut rangup di luar bagi setiap potongan yang dihidangkan. 

Tosca Menu Baru Itali Modern
Okonomiyaki

Rucola Crudo

Super Green

Nikmati Pasta Buatan Sendiri

Para pengunjung juga dapat menikmati pasta buatan sendiri yang segar dengan sos enak. Tosca mengesyorkan Mozzarella Ripiena di Polpette di Carne (bebola daging sapi spageti Angus yang disumbat dengan keju mozzarella), Fruti di Mare Con Zafferano (Saffron linguini dengan makanan laut) dan Stracotto Parpadelle (ragout daging lembu yang dimasak perlahan dengan asparagus dan cendawan) untuk hidangan utama, terdapat Filetto di Ribeye dengan tenderloin Australia yang diimport dan Pollo di Primavera (ayam panggang madu panggang ketuhar bata) demi kegembiraan selera kita sebagai pengunjung yang hadir.

Tosca Menu Baru Itali Modern
Mozzarella Ripiena di Polpette di Carne


Pencuci Mulut Istimewa Itali

CX suka pencuci mulut yang disediakan oleh Tosca Restoran.  Sangat istimewa dan unik sekali idea mereka.  Nikmat yang manis untuk melengkapkan makan malam kita dari Tortino al Cioccolato, kek coklat yang berpusat lembut dengan gelato vanila dan sos butterscotch yang disajikan di atas piring panas atau Tiramisu klasik.  CX suka kesemua jenis pencuci mulut yang disediakan.  Memang sedap dan sungguh menyelerakan.  

Tiramasu Classic

Semifreddo al Torroncino

Tortino al Cioccolato

Tempat Selesa Menghadap Matahari Terbenam

Tempat di Restoran Tosca memang terbaik.  Mana tidaknya, kita boleh pilih samaada nak duduk di dalam atau luar restoran.  Tapi dua-dua kawasan adalah pilihan terbaik sebab kita daapt tengok sendiri matahari terbenam dan pantas untuk dijadikan gambar terindah utnuk dimuat naik di Intagram.  Kita memang akan rasa selesa dan santai dalam suasana yang mesra di hadapan kolam renang dan keindahan tersendiri kota bandar Melaka di malam hari.  


Waktu Operasi dan Maklumat untuk Dihubungi

Korang kena cuba sendiri okay menu baru di Restoran Tosca DobuleTree by Hilton Melaka.  Restoran dibuka dari jam 6:30 petang - 10:30 malam untuk makan malam.  Maklumat dan tempahan lebih lanjut, sila hubungi +60 6 222 3333, e-mel MKZMM_FB@hilton.com atau lawati eatdrinkhilton.com

Keenakan Istimewa Itali
Lahirkanlah Keikhlasan dihatimu

Thursday, July 9, 2020

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم 
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ 

Sunat (Berkhatan) Bayi Perempuan di Melaka

Kelmarin pada 30hb Jun 2020, anak CX yang paling bongsu ini ada sesi checkup di Klinik Kesihatan (KK).  Dah alang-alang encik suami minta cuti sebab nak bawa si abang checkup gigi juga, makanya CX ajaklah pergi selesaikan urusan ke Klinik Swasta untuk sesi sunat bayi perempuan kami yang kedua, si adik dan tindik telinga si kakaknya.  CX memang masa anak dara yang si kakak pon bersunat (khatan) di klinik yang sama.  Menariknya lagi bila CX dapat tahu bahawa klinik ini juga ada buat servis menindik telinga.  CX dah lama nak tindikkan si kakak tapi nak cari yang Muslim.  Yalah, tindik telinga itu kan terkejut sikit sebab guna tembak.  Anak CX yang usia tiga tahun ini memang dia nangis tau.  Masalahnya, waktu doktor tindik dua-dua belah telinga, dia okay sahaja.  Tapi bila abah dia tanya "sakit tak kakak?" , terus dia meraung. Haha!

Sunat (Berkhatan) Bayi Perempuan di Melaka

Sunat Bayi Perempuan Umur Berapa?

Okay, kelain pula pergi ceritanya ya mukadimah di atas. Halallah ya.  Seeloknya kalau nak sunat bayi perempuan, umur berapa itu adalah ketika usia dia sebelum setahun.  Lagi baik jika anak belum pandai merangkak macam tu.  Ini adalah pendapat CX ya.  Jika berbeza pendapat, CX terima.  Kita pon semua sedia maklum bahawa hukum sunat bayi perempuan adalah wajib (Rujuk Sini) dari segi Islam.  Jadi, jangan dilengah-lengah kalau nak sunat bayi perempuan masing-masing okay.  CX asalnya nak sunat bayi perempuan kami ketika usia dia menginjak tiga bulan tapi disebabkan waktu itu sedang PKP, makanya CX tak beranilah bawa anak ke klinik.  Jadi, selepas PKPB dilaksanakan menjadi norma baharu, CX buat keputusan untuk bawa juga bayi perempuan kami bersunat.  Usia bayi perempuan kami bersunat adalah ketika umur dia enam bulan.  

Sunat bayi perempuan ketika usia tiga hingga enam bulan adalah sangat sesuai.  Bayi masih belum melasak dan tidak banyak bergerak.  Lagipun, sesi sunat bayi perempuan tidaklah rumit seperti sunat lelaki. Sunat bayi perempuan mudah sahaja.  Waktu kedua-dua anak CX bersunat, CX tengok doktor buat macam mana.  

Bagaimana Cara Sunat Bayi Perempuan

Sebenarnya cara sunat bayi perempuan adalah sangat mudah dan ringkas sahaja. Caranya hanya menggunakan hujung jarum kecil sahaja.  Sebelum sesi sunat bayi perempuan, doktor akan bersihkan dulu kawasan tersebut.  Doktor akan cek terlebih dahulu.  Syaratnya ialah lukakan sedikit di bahagian selaput yang melapisi atau menutupi klitoris.  Ya! semudah itu.  Pastikan ada keluar sedikit darah.  Kemudian selesai!  Tak sampai beberapa saat pon doktor ambil masa untuk sunat bayi perempuan.  Selepas itu, dah boleh pakai pampers macam biasa.  Lega bila perkara wajib ini dah terlakssana.  Syukur Alhamdulillah. 

Tapi anak CX menangislah juga waktu itu.  Mana tidaknya, sebelum sesi berkhatan, anak CX dah terima suntikan di KK terlebih dahulu.  Kesian juga tapi itu sahaja masa yang ada dan sesuai untuk sunat bayi perempuan kami sebelum dia semakin lincah.  Cara penjagaan pon tidak perlu apa-apa pon.  Mandi makan semua itu berjalan normal seperti biasa.  Bayi pon tak terbatas.  Alhamdulillah anak CX kuat tak demam sebab dalam satu hari, kena suntik dan bersunat.  Syukur.

Harga Sunat Bayi Perempuan
Sunat Bayi Perempuan di Melaka

Harga Sunat Bayi Perempuan 2020 di Melaka

Harga Sunat Bayi Perempuan tahun ini 2020 di Klinik ini adalah hanya RM20 sahaja.  Jika anak dara kami yang pertama, rasanya dalam beberapa belas ringgit sahaja.  Itu harga tiga tahun lepaslah.  Tapi pada CX, harga sunat bayi perempuan tahun 2020 di Melaka ini adalah sangat berpatutan.  Boleh dikatakan murah dan mampu lagilah.  Tapi, lain klinik, harga dia turut berbeza.  CX dapat tahu harga sunat bayi perempuan bukan di Melaka adalah dalam lingkungan RM30 sehingga menjangkau RM70 ringgit.  Boleh tahan juga harga sunat bayi perempuan ya.  

Klinik Pilihan Sunat Bayi Perempuan di Melaka

Klinik pilihan CX dan suami untuk sunat bayi perempuan di Melaka adalah Klinik Amal & Surgeri Sdn Bhd.  Klinik pilihan sunat bayi perempuan CX di Melaka ini lebih dikenali sebagai Klinik DR.Rahimah Bukit Katil.  Doktor Rahimah ini sangatlah CX sarankan korang untuk jumpa bagi sebarang sesi.  CX suka sebab Dr.Rahimah seorang yang soft spoken tapi style kahau Melaka.  Semua dan segala jenis penyakit, akan di jelaskan sebiji-sebiji dan mudah untuk kita faham.  Ilmu dan pengalaman serta pembacaan Dr.Rahimah sangat meluas.  CX tabik sungguh.  

Harga Sunat Bayi
Klinik Pilihan Sunat Bayi Perempuan di Melaka 2020

Bila jumpa doktor lain, rasa macam tak puas hati sebab kebanyakkan doktor macam acuh tak acuh.  haha! Maafkan saya.  Ini sekadar pendapat CX tau.  Janganlah kecam.  Kalau CX tak sihat, memang akan pilih Klinik ini dan Dr.Rahimah sahaja.  Selain itu, CX taknak.  Sanggup kot tunggu esok hari agar dapat juga buat rawatan dengan Dr.Rahimah.. Terima kasih Dr.Rahimah! You are the best ! Korang pergilah klinik ni , gerenti puas hati dan tak menyesal punya.  Klinik ini juga menjadi pilihan kami sebagai klinik panel keluarga.  Alhamdulillah.

Islam itu Mudah dan Indah
Lahirkanlah Keikhlasan dihatimu


Monday, July 6, 2020

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم 
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ 

PG Mall : Platform E-Dagang Tempatan Pertama di Malaysia


PG Mall adalah platform membeli-belah dalam talian nombor 1 dalam Malaysia.  Platform PG Mall ini dikendalikan oleh PG Mall Sdn. Bhd. (836625-K) dan ditubuhkan sejak tahun 2017.  PG Mall disokong oleh Public Gold Marketing Sdn. Bhd dan merupakan satu-satunya platform jualan e-dagang tempatan dalam Malaysia. Tujuan utama PG Mall dibentuk adalah untuk menyediakan platform perniagaan kepada para peniaga di Malaysia.  Jadi, para peniaga tak perlu risau kalau hendak menggunakan platfrom PG Mall ini kerana ianya dipercayai dan selamat.  Pada CX, PG Mall ini boleh dipercayai dan sebagai peniaga juga, ianya sangat membantu kita untuk mempelbagaikan portfolio perniagaan daripada sudut dan perspektif global.  PG Mall merupakan plaform E-dagang yang banyak digunakan oleh pengguna atas talian. Semuanya terbukti apabila PG Mall menduduki tempat ketiga teratas yang ditentukan berdasarkan laporan Iprice insight report.

PG Mall Tawarkan Jongkong Emas Sempena Jualan Hari Jadi 2020

Tawaran Istimewa kepada Peniaga dan Pembeli

Para peniaga diberikan peluang dan melalui platform PG Mall ini, para peniaga umpama "orang megantuk disorongkan bantal" apabila dapat bergabung dalam sama-sama mengubah dunia e-dagang. Pembeli juga tidak terkecuali apabila PG Mall ini bagaikan "durian runtuh" untuk kita. Mana tidaknya, banyak sungguh produk yang diperdagangkan dengan pelbagai tawaran yang hebat-hebat belaka. Jadi peniaga pon seronok, sebagai pembeli pon sangat berbaloi. Antara produk yang terdapat di PG Mall adalah seperti barang-barang elektronik, fesyen, buku, rumah & kehidupan, makanan & minuman, sukan & riadah, anak & bayi, kesihatan & kecantikan, otomotif hingga E-Voucher. Apa yang lebih menariknya tentang PG Mall, platform ini berkonsepkan Consumerchant iaitu memberi peluang kepada pembeli menjana pendapatan setiap kali memperkenalkan pembeli atau peniaga melalui referral link.

PG Mall Jualan Hari Jadi bermula 29 Jun - 5 Julai 2020

Sempena Jualan Hari Jadi PG Mall yang telah pon bermula pada 29hb Jun sehingga 5hb Julai 2020.  Jom CX nak kongsikan dengan korang apa yang ada sempena jualan hari jadi PG Mall tahun 2020 ini.  Kalau korang membeli-belah di PG Mall, antara manfaat yang korang bakal dapat adalah seperti berikut; Terdapat beberapa manfaat yang diberikan oleh PG Mall tau! Jom baca lagi.

1. Diskaun Pembelian semasa Jualan Hari Jadi PG Mall 

Seronok bila dapat berbelanja dan membeli di PG Mall semasa Jualan Hari Jadi mereka.  Mana tidaknya, kalau CX beli sebarang produk dengan minima sebanyak RM50.00 sahaja, CX akan menikmati diskaun sebanyak 10% tau! Banyak tu! Siapa nak bagi? Lagi menarik, CX boleh dapat diskaun sebanyak 20% kalau berbelanja minima RM100.00.  Fuh! Syurgawi !

2. Penghantaran Percuma

Kalau CX baru merupakan pembeli baru dalam platform PG Mall ini, CX akan dapat nikmati penghantaran percuma dengan minima berbelanja sebanyak RM30. Kalau CX dah memang biasa berbelanja dalam platform PG Mall ini, penghantaran percuma diberikan dengan minima berbelanja sebanyak RM60.

3. Super Killer Deals serendah RM 0.99 sen !

Ini memang mengujakan sungguh! Mana tidaknya, PG Mall ada lancarkan slot Super Killer Deals okay.  CX boleh membeli produk terpilih dengan harga serendah RM0.99 sen sahaja ! Memang wow!  Jadi, kena pastikan korang peka bila waktu yang PG Mall lancarkan Super Killer Deals mereka.

PG Mall Jualan Hari Jadi 2020
Hadiah Jongkong Emas Jualan Hari Jadi PG Mall 2020

4. Cabutan Bertuah kepada Top Referral 

Korang pergi daftar akaun sekarang kalau belum lagi jadi pembeli sah di PG Mall okay.  CX memang seru korang untuk daftar di PG Mall sebab bila dah selesai pendaftaran, akan dapat referral link tau.  Melalui referral link inilah korang boleh kongsikan kepada rakan-rakan dan kenalan.  Kemudian, cuba jadi TOP 3 Shopper Referee sepanjang berlangsungnya Jualan Hari Jadi PG Mall ini.  Korang kena cepat tau sebab Jualan Hari Jadi PG Mall hanya berlangsung selama tujuh (baca: 7) hari sahaja. Ohya! Referee shopper kena ada bukti pembelian yang sah okay.  Korang boleh dan berpeluang untuk menang jongkong emas dan C-wallet tau! 

Tawaran Hadiah Jualan Hari Jadi PG Mall 2020

Hadiah pertama : Jongkong Emas 1gram
Hadiah kedua : C-wallet bernilai RM100
hadiah ketiga : C-wallet bernilai RM50

5. Daily FB Live Deals

PG Mall akan bersiaran secara live di Facebook Page mereka pada setiap hari.  Jadi, korang hanya perlu tunggu dan turut serta menonton live FB tersebut.  Hanya turut serta live di FB sahaja, boleh memberi peluang kepada korang untuk jadi salah seorang pemenang bertuah tau!  Hadiah dia , boleh menang 0.5gram emas (bernilai RM200)! Semuanya tertakluk kepada terma dan syaratlah seperti biasa.

PG Mall Birthday Sale
PG Mall Jualan Hari Jadi 2020

Daftar Akaun PG Mall Sekarang !

Jadi korang, cepat-cepat daftar akaun di PG Mall dan berbelanjalah sekarang! Maklumat lanjut mengenai PG Mall Tawarkan Hadiah Berbentuk Jongkong Emas Sempena Jualan Hari Jadi 2020  ini boleh rujuk link di bawah okay.  

Website: www.pgmall.my
Instagarm: PGMall.my

Hashtag: 
#pgmall #onlineshopping #shopping #MalaysiaNo1ecommerceplatform #ecommerceplatform #Sellnow #Goecommerce #joinusnow #sellonline #sellonpgmall

Berbelanja Sambil Berjimat
Lahirkanlah Keihlasan dihatimu